Facebook Twitter
    Trending
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahasiswa di bandar tertekan kos sara hidup tinggi

    Mahasiswa di bandar tertekan kos sara hidup tinggi

    By Umi FatehahAugust 25, 2022Updated:August 26, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Memang benar terdapat pelbagai bantuan pendidikan dan biasiswa yang disediakan untuk meringankan beban pelajar, namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung segala keperluan. - Gambar energipic.com/Pexels

    KENAIKAN harga barang di pasaran bukan sahaja memberi impak kepada golongan dewasa, malah pelajar universiti juga turut terkesan.

    Kebanyakan mahasiswa perlu tinggal berjauhan daripada keluarga dan berhijrah ke bandar untuk melanjutkan pelajaran demi masa hadapan yang terjamin. 

    Apabila tinggal berjauhan dengan keluarga ini bermakna mereka perlu keluar daripada kepompong dan mula belajar hidup berdikari.

    Memang benar terdapat pelbagai bantuan pendidikan dan biasiswa yang disediakan untuk meringankan beban pelajar, namun ia masih tidak mencukupi untuk menampung segala keperluan.

    Menurut seorang pelajar universiti awam, Fadlin Syakina Zahariman, bantuan pendidikan hanya mencukupi untuk membiayai keperluan asas seperti makan minum dan sewa rumah.  

    Syakina berpendapat kos sara hidup sebagai pelajar yang tinggal di kawasan bandar agak tinggi, lebih-lebih lagi apabila dia perlu menyewa rumah luar daripada kawasan kampus. 

    “Di rumah sewa, rangkaian internet Wi-Fi tidak disediakan oleh tuan rumah. Jadi saya perlu asingkan sebahagian daripada duit biasiswa untuk bayaran bulanan internet dan hotspot. 

    “Jika saya tinggal di kampus sekalipun, capaian internet kurang memberangsangkan kerana pelajar-pelajar lain juga menggunakan Wi-Fi sama yang disediakan oleh pihak universiti. 

    “Mahu tak mahu, saya perlu berbelanja untuk membeli plan internet bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.” cerita Syakina.

    Selain perbelanjaan untuk makan minum dan internet, Syakina juga perlu berbelanja untuk membeli barangan keperluan peribadi, dobi dan kudapan bagi mengalas perut yang mencecah sekurang-kurangnya RM150 sebulan.

    Pelajar jurusan perakaunan itu juga menambah bahawa wang biasiswa yang diberikan tidak cukup untuk menampung pembelian buku-buku dan bahan ilmiah yang lain sehingga terpaksa untuk menggunakan duit poket sendiri.

    Seorang lagi mahasiswa universiti awam, Alya Najwa Mastuni atau lebih dikenali sebagai Najwa menceritakan kesukaran mendapatkan bas ditempatnya membuatkan dia terpaksa menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk membeli barangan keperluan.

    “Caj perkhidmatan e-hailing agak mahal dan sedikit sebanyak menambah beban. Tetapi kadang-kadang saya terpaksa juga menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk menyelesaikan urusan peribadi dan juga perkara berkaitan pelajaran.

    “Saya juga pernah ditipu oleh individu yang menawarkan perkhidmatan kereta sewa. Sungguh tidak disangka mereka sanggup menganiayai orang lebih-lebih lagi pelajar seperti saya,” luah anak sulung daripada tiga beradik itu.

    Walaupun Najwa hanya pelajar universiti yang baharu sahaja meniti ke alam dewasa, dia sudah mempunyai kesedaran untuk mempunyai wang simpanan demi kegunaan masa hadapan.

    “Sekiranya saya mempunyai lebihan wang bantuan pelajaran, saya akan menyimpan dengan cara melakukan pelaburan emas. Ini ialah inisiatif sendiri untuk mempunyai wang simpanan bagi kegunaan masa kecemasan,” ujarnya kepada Relevan.

    Inisiatif Najwa untuk mempunyai wang simpanan sendiri kerana dia tidak mahu membebankan ibu bapanya. 

    Sekiranya dia dalam situasi yang memerlukan perbelanjaan lebih, pelajar jurusan Pengurusan Maklumat itu akan menggunakan wang simpanannya sendiri.

    Adakah isu kewangan menjadi asbab utama para pelajar hilang minat untuk menyambung pelajaran kerana tertekan memikirkan soal kewangan? Ikuti artikel selanjutnya Bahagian 2 – RELEVAN

    Previous Article11 kematian Covid-19 dilaporkan semalam, 5 BID
    Next Article 1,271 kes Covid-19 dirawat di hospital

    Artikel berkaitan

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026
    Artikel Terkini

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.