Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun
    • Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli
    • 10 cara paling salah untuk turunkan berat badan
    • Tip ketika temu duga kursus universiti
    • Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?
    • Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?
    • Jangan buang! Ini boleh dijual 
    • Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026

      Alternatif merasai sesuatu yang manis tanpa gula

      April 7, 2026

      Organ dalaman paling mudah diserang kanser

      April 6, 2026

      Lapan gelas air sehari? Ini fakta sebenar tentang keperluan air untuk tubuh

      April 6, 2026

      Tabiat kunyah ais boleh membawa kepada…

      April 1, 2026
    • Kewangan

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026

      Cara berjimat ketika harga barang naik 

      April 2, 2026

      Persiapan kewangan untuk orang muda

      April 2, 2026
    • Pendidikan

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Kerjaya

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » OctaFX termasuk dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

    OctaFX termasuk dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

    By Umi FatehahAugust 30, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Senarai Amaran Pengguna Kewangan terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara. - Gambar oleh OctaFX

    BANK Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan yang diterbitkan semalam telah mengemaskini Senarai Amaran Pengguna Kewangan dan menambah OctaFX dalam senarai tersebut.

    Senarai Amaran Pengguna Kewangan terdiri daripada syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara. 

    Selain itu, ia juga menjadi panduan kepada rakyat untuk meningkatkan kesedaran entiti atau skim yang mungkin telah disalah anggap atau diwakili sebagai dilesenkan dan dikawal oleh Bank Negara.

    Bank Negara telah menyenaraikan segala laman web rasmi OctaFX dan media sosial termasuk YouTube, Twitter, Facebook, LinkedIn, Instagram dan Telegram yang digunakan untuk mempromosikan khidmat mereka. 

    Selain OctaFX, beberapa entiti lain juga tersenarai seperti BTC Pelaburan Malaysia, Preferred Trust Investment Scheme dan lain-lain lagi.

    Bank Negara juga menjelaskan bahawa senarai itu dikemas kini berdasarkan maklumat yang diterima daripada orang ramai, selepas menjalankan penilaian yang diperlukan ke atas entiti dan skim yang dilaporkan.

    OctaFX juga tersenarai dalam Senarai Peringatan Pelabur oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).  Senarai tersebut juga merangkumi syarikat atau laman web yang menjalankan aktiviti terkawal pasaran modal tanpa lesen atau pendaftaran.

    Sekiranya berlaku perubahan seperti penghapusan entiti atau skim daripada Senarai Peringatan Pelabur, ia tidak boleh ditafsirkan sebagai pengesahan bahawa entiti atau skim tersebut telah dilesenkan atau dikawal oleh BNM. 

    Bank Negara juga menasihatkan para pengguna agar sentiasa berhati-hati apabila melabur dalam mana-mana entiti atau skim kewangan. 

    Sekiranya anda ingin melaporkan entiti atau skim yang beroperasi menyalahi undang-undang, anda boleh mengemukakan pertanyaan atau membuat aduan melalui borang eLINK atau hubungi BNMTELELINK (1-300-88-5465) atau +603 21741717 untuk panggilan ke luar negara.

    Ingat, selidik dahulu supaya tidak termakan janji-janji palsu. – RELEVAN

    Previous ArticleHutan masih lagi dijajah, merdekakah kita? (Bahagian 1)
    Next Article Adakah monkeypox boleh bertahan dan membiak di atas permukaan?

    Artikel berkaitan

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026

    Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

    April 8, 2026
    Artikel Terkini

    Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

    April 10, 2026

    Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

    April 10, 2026

    10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

    April 10, 2026

    Tip ketika temu duga kursus universiti

    April 9, 2026

    Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

    April 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.