Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hutan masih lagi dijajah, merdekakah kita? (Bahagian 1)

    Hutan masih lagi dijajah, merdekakah kita? (Bahagian 1)

    By Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd. Hasmadi IsmailAugust 30, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENCEROBOHAN hutan, tanah rizab, kes jenayah hidupan liar dan konflik hidupan liar yang sering berlaku menjadi ancaman kepada kelestarian biodiversiti negara.- foto oleh wirestock/Freepik

    SABAN hari kita lihat banyak kerosakan dilakukan oleh manusia di atas muka bumi tidak kira di daratan mahupun lautan yang telah menjadi punca pencemaran alam sekitar seperti banjir kilat, tanah runtuh, kepupusan sumber biodiversiti dan sebagainya.

    Pada 3 Mac lalu kita meraikan Hari Hidupan Liar Sedunia manakala Hari Hutan Antarabangsa (21 Mac 2022), Hari Bumi (22 April 2022), Hari Biodiversiti Antarabangsa (22 Mei 2022), Hari Alam Sekitar Sedunia (5 Jun 2022), Hari Harimau Antarabangsa (29 Julai 2022) dan di bulan kemerdekaan ini kita meraikan Hari Gajah Sedunia (12 Ogos 2022).

    Secara rasmi kita sudah merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957. Sejak 65 tahun menikmati kemerdekaan, kita mengisinya dengan wajah Malaysia. Namun, persoalannya adakah kita sudah merdeka?

    Kemerdekaan itu perlu diambil kira dalam sudut pandang yang luas termasuklah dalam mengurus dan membangunkan sumber asli demi kelangsungan pembangunan lestari dan keharmonian rakyat.

    Dalam meniti arus kemerdekaan kita telah merangka agenda pembangunan negara untuk menjadi negara maju berlandaskan keseimbangan fizikal, alam sekitar dan kerohanian.

    Menjelang tahun 2030 melalui Wawasan Kemakmuran Bersama kita berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama dan inklusif pada semua peringkat kumpulan pendapatan, etnik, wilayah serta rantaian bekalan.

    Pada masa ini negara kita mempunyai liputan keluasan hutan kira-kira sebanyak 53% berbanding keluasan tanah negara. Dasar Perhutanan Malaysia yang dilancarkan pada 29 Januari 2021 adalah menjadi rujukan dan panduan kepada dasar-dasar perhutanan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

    KES konflik hidupan liar telah membawa kerugian kepada negara, dari tahun 2013 hingga 2018 mencecah RM 25,094,048.90. – Foto oleh Pixabay

    Ia juga dirangka untuk memacu ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sepertimana termaktub dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dan juga terangkum dalam Pelan Hala Tuju Matlamat Pembangunan Mampan Kebangsaan (2021-2025).

    Sehingga 25 Ogos 2021 kawasan hutan yang diwartakan sebagai kawasan perlindungan yang terletak di bawah pengurusan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di semenanjung ialah berkeluasan kira kira 544,449.5 hektar iaitu 15 kawasan kesemuanya.

    Rizab hidupan liar (RHL) yang terawal diwartakan ialah di Krau, Pahang pada tahun 1928. Antara yang terbaharu ialah Rizab Tuntung Bukit Palong, Terengganu pada tahun 1991.

    Pada tahun ini Taman Negara Johor Endau Rompin telah diiktiraf sebagai Taman warisan ASEAN (48,905 hektar.). Setakat ini rizab terbesar ialah Taman Negara Pahang (248,121 hektar) dan kedua Taman Negara Terengganu (103,082 hektar).

    Pencerobohan hutan dan tanah rizab, kes jenayah hidupan liar dan konflik hidupan liar yang sering berlaku menjadi ancaman kepada kelestarian biodiversiti negara.

    Mengikut laporan Perhilitan dari tahun 2012 hingga 2018 sahaja terdapat 7,788 kes jenayah melibatkan hidupan liar mengikut beberapa kategori kesalahan antaranya pemburuan, pencerobohan, penyeludupan, perniagaan dan lain-lain.

    Kes konflik hidupan liar telah membawa kerugian kepada negara, dari tahun 2013 hingga 2018 mencecah RM25,094,048.90.

    Kerugian ini adalah daripada 23 spesies haiwan dan terbesar ialah konflik bersama gajah (RM16,961,910.00) diikuti babi hutan, kera, tapir, beruang matahari dan Harimau belang.

    Penyahutanan yang berlaku tanpa dikawal akan menyebabkan bukan sahaja kehilangan kolam penyimpanan karbon, tetapi turut  kehilangan habitat hidupan liar, biodiversiti dan memberi ancaman kepada hidupan haiwan.

    Mengupas erti ‘menjajah negara sendiri’ dalam kerangka bulan kebangsaan ini dari sisi yang sedikit berbeza bukanlah mudah. Ironinya penjajah akan memberi kesukaran dan kesusahan kepada peribumi.

    Apabila hutan diwartakan sebagai hutan perlindungan untuk hidupan liar maka, ia sudah memberi suatu ‘kebebasan’ kepada komuniti haiwan.

    Mereka mempunyai kawasan rayau dan bebas bergerak mencari makanan tanpa diancam. Namun, apabila kawasan ‘berdaulat mereka’ di ceroboh oleh penjajah maka, ada dalam kalangan haiwan itu akan bertindak!

    Nantikan sambungan artikel ini yang akan mengupas lebih lanjut mengenai penjajahan  hutan.– RELEVAN

    *Penulis merupakan pensyarah di Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia

    Previous ArticleKes baharu Covid-19 catat di bawah 2,000 kes
    Next Article OctaFX termasuk dalam Senarai Amaran Pengguna Kewangan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.