Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Skim khas untuk graduan baharu beli kereta pertama

    Skim khas untuk graduan baharu beli kereta pertama

    By Umi FatehahAugust 23, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Skim graduan ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada graduan baharu memiliki kereta pertama. - Gambar Hiasan/Utusan

    RAMAI pelajar lepasan universiti sudah berjaya menamatkan pelajaran dan bakal melangkah ke alam dewasa. Apabila sudah mula memasuki alam dewasa, perkara pertama yang mereka fikirkan ialah bekerja. 

    Untuk mula bekerja, pasti graduan baharu buntu memikirkan kenderaan untuk perjalanan ulang-alik ke tempat kerja. Tidak semua kawasan kediaman masing-masing mempunyai akses pengangkutan awam. Dalam situasi ini, kereta sudah menjadi satu keperluan.

    Disebabkan graduan universiti baru sahaja mahu mula bekerja, pasti tidak semua mempunyai simpanan yang mencukupi untuk pembelian kereta. 

    Tahukah anda terdapat Skim Graduan yang disediakan oleh beberapa bank tempatan yang boleh membantu pelajar lepasan universiti untuk memiliki kenderaan?

    Relevan menghuraikan tips untuk memiliki kereta pertama bagi graduan baharu bersama Pegawai Sokongan Jualan di Bank Islam, Nurul Hazira Azman.

    Apa itu skim graduan baharu?

    • Skim graduan ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada graduan baharu memiliki kereta pertama.
    • Berbeza dengan pinjaman biasa, skim graduan baharu ini tidak menghendaki anda untuk mempunyai penjamin.
    • Pinjaman biasa memerlukan pemohon memiliki sekurang-kurangnya satu komitmen hutang. Misalnya kad kredit untuk bank menilai trend dan tabiat pembayaran anda. Namun, dengan skim ini pemohon tidak perlu mempunyai apa-apa komitmen.

    Apakah syarat untuk memohon di bawah skim graduan baharu?

    • Setiap bank mempunyai syarat-syarat yang berbeza. Tetapi secara umumnya, jika anda berumur 20 hingga 30 tahun dan bekerja kurang daripada setahun, anda sudah layak memohon skim graduan. 
    • Anda perlu sekurang-kurangnya tamat pelajar pada peringkat diploma daripada pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang diperakui. Pastikan anda sudah tamat pengajian dengan rasmi supaya fakulti atau pihak universiti boleh mengeluarkan surat tamat pengajian.
    • Tidak pernah memiliki kereta sendiri. Jika sebelum ini sudah pernah memiliki kereta sendiri, anda tidak layak untuk memohon skim graduan baharu yang ditawarkan oleh mana-mana bank.
    • Mempunyai pendapatan sekurang-kurangnya RM1,800 ke atas.
    • Tidak mempunyai masalah tunggakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sekiranya masih mempunyai tunggakan PTPTN, langsaikan segala tunggakan baru layak untuk memohon skim graduan baharu.

    Apakah dokumen yang diperlukan?

    • Wajib menyediakan salinan Kad Pengenalan.
    • Wajib melampirkan salinan Lesen Memandu, sekurang-kurangnya Lesen P.
    • Wajib mempunyai transkrip mini atau surat tamat pengajian.
    • Jika sudah menerima gaji pertama, serahkan salinan slip gaji bersama dokumen wajib yang lain.
    • Jika mempunyai kad pekerja atau kad perubatan kerja, lampirkan bersama salinan kad tersebut.

    Buat para siswazah yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan ingin memiliki kereta pertama, gunakan peluang dan bantuan yang disediakan oleh bank-bank yang menawarkan skim ini. 

    Selepas ini, Relevan akan berkongsi proses pembelian kereta dengan lebih teliti untuk menjadi panduan anda semua. – RELEVAN

    Previous ArticleMakanan jadi lebih sedap dengan penyepit pintar ini? Berikut penjelasan pakar
    Next Article Perjuangan melebihi satu abad, sejarah usaha memartabatkan bahasa Melayu (Bahagian 1)

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.