Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat
    • Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian
    • Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin
    • 7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

      June 16, 2026

      Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

      June 15, 2026

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026
    • Kewangan

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026
    • Pendidikan

      7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

      June 15, 2026

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ajar anak sentuhan selamat, cegah gangguan seksual dari awal

    Ajar anak sentuhan selamat, cegah gangguan seksual dari awal

    By Umi FatehahApril 4, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    BARU-baru ini tular dalam media sosial isu seorang pemandu van sekolah yang disyaki mencabul murid perempuan tahun lima ketika mangsa menaiki van tersebut untuk ke sekolah.  

    Cerita ini dikongsi bapa kepada murid perempuan itu menerusi laman Facebooknya.  Berdasarkan cerita bapa kepada anak tahun lima tersebut, pada mulanya pemandu van tersebut mencubit pipi kanak-kanak itu sambil memujinya comel.  

    Pada hari seterusnya, tindakannya berubah kepada memegang dan meramas tangan kanak-kanak tersebut sehingga ke tahap mula menepuk dan mendekatkan muka ke paha kanak-kanak itu.  Berdasarkan perkongsian bapanya, ibu kanak-kanak itu sering mengingatkan tentang sentuhan selamat.

    “Sesiapa saja sentuh tempat-tempat sulit, meraba-raba badan dia, tak kisah abang dia ke pakcik dia ke cikgu dia ustaz sekolah dia ke atuk dia ke, dia kena beritahu,” kata Tuan Amir Danau iaitu bapa mangsa dalam perkongsian di Facebooknya. 

    Ini memberi gambaran tentang kepentingan ibu bapa mengajarkan tentang sentuhan selamat kepada anak-anak sejak usia kanak-kanak lagi. Geruh tidak berbunyi, malang tidak berbau. Maka, lebih baik jika kita persiapkan anak-anak dengan pengetahuan berpatutan berkenaan gangguan seksual agar mereka dapat bertindak apabila diganggu.

    Relevan menyenaraikan cara-cara yang boleh dipraktikkan ibu bapa untuk mengajar anak-anak tentang sentuhan selamat, seperti yang dicadangkan oleh portal Bright Side.  

    • Cari tempat yang tidak sesak dan senyap untuk bercakap.

    Ini untuk memastikan segala input yang perlu disampaikan dapat dilakukan dengan baik dan kanak-kanak juga akan lebih fokus untuk mendengar.  Ibu bapa perlu bercakap dengan nada yang yang lembut tetapi tegas dan bertentangan mata.

    • Terangkan kepada mereka terdapat tiga jenis sentuhan.

    Sentuhan pertama ialah sentuhan selamat, yang bermaksud sentuhan yang bagus untuk tumbesaran kanak-kanak seperti pelukan, tepuk belakang dan usap kepala.  Ceritakan kepada mereka bahawa sentuhan selamat ialah sentuhan yang tidak akan menyakitkan atau memberi kemudaratan kepada mereka. 

    Sentuhan yang kedua ialah sentuhan tidak selamat. Sentuhan tidak selamat merujuk kepada sentuhan yang memberi kesakitan kepada mereka.  Misalnya, pukulan, cubitan atau tamparan.  Beri peringatan kepada mereka bahawa sentuhan tidak selamat tidak patut berlaku kepada mereka.  

    Sentuhan yang ketiga merujuk kepada sentuhan yang tidak diingini.  Sentuhan yang tidak diingini berkemungkinan tidak menyakitkan tetapi sentuhan ini akan membuatkan mereka berasa tidak selesa.  Misalnya apabila orang tidak dikenali memeluk mereka. 

    • Ajar untuk katakan tidak.

    Ajar anak-anak bahawa mereka mempunyai hak ke atas tubuh badan mereka dan berhak untuk katakan tidak kepada sentuhan atau perkara yang membuatkan mereka berasa tidak selesa kepada orang yang menyentuh mereka, termasuk ahli keluarga sendiri.

    • Hormati orang lain.

    Bagaimana mereka tidak selesa dengan sentuhan tidak diingini, begitu juga dengan orang lain. Jadi, ajarkan anak-anak bahawa mereka juga dilarang untuk melakukan sentuhan sedemikian terhadap kawan-kawan atau sesiapa sahaja.

    Ibu bapa perlu memainkan peranan mereka dalam mengajar sentuhan selamat untuk menjamin keselamatan dan kehormatan diri anak-anak lebih terjamin.  Masalah yang lebih besar mungkin dapat dielakkan dengan mengajar erti sentuhan selamat kepada kanak-kanak yang sedang membesar.  Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. – RELEVAN 

    Previous Article12,380 kes baharu, 30 kematian semalam
    Next Article Mengapa anak tidak dengar kata?

    Artikel berkaitan

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026

    Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

    June 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

    June 16, 2026

    Bukan cerewet biasa, memahami realiti OCD dalam kehidupan seharian

    June 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mempunyai masalah histamin

    June 15, 2026

    7 perkara yang ramai menyesal tak belajar ketika umur 20-an

    June 15, 2026

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.