Facebook Twitter
    Trending
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    • Bahaya lupa makan
    • Gen Z paling tidak bahagia di tempat kerja
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026

      10 cara paling salah untuk turunkan berat badan

      April 10, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 makanan membantu menyejukkan badan ketika cuaca panas

    10 makanan membantu menyejukkan badan ketika cuaca panas

    By Umi FatehahMay 15, 2023Updated:July 20, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    10 makanan membantu menyejukkan badan ketika cuaca panas. - GAMBAR HIASAN JANNIS BRANDT/UNSPLASH

    SEJAK akhir-akhir ini, seluruh Malaysia mengalami cuaca yang sangat panas. Menurut Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, seluruh negara dijangka akan mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos.

    Keadaan cuaca sebegini akan membuatkan badan menjadi cepat lesu dan sering berasa keletihan. Selain itu, gaya hidup, rutin senaman dan diet juga boleh menjejaskan tindak balas badan kita terhadap cuaca.

    Memandangkan kita akan kekal kepanasan sehingga Ogos, Relevan senaraikan 10 jenis makanan yang boleh membantu menyejukkan badan di samping nilai khasiat yang luar biasa dan sangat baik untuk badan kita.

    INFOGRAFIK OLEH HASSAN SHAH
    1. Pisang

    Pisang membantu mengecutkan tisu dalam badan yang meningkatkan keupayaannya untuk menyerap air. Ini membantu kita kekal terhidrat dan dapat menyejukkan badan. Ia juga merupakan snek yang mengenyangkan dan alternatif yang lebih sihat kepada snek yang menyahhidratkan.

    Bagi menambah kesan menyejukkan badan, simpan pisang di dalam peti sejuk beberapa ketika sebelum memakannya.

    1. Avokado

    Tidak seperti daging merah dan lemak tepu lain, avokado adalah sumber lemak sihat yang baik untuk tubuh badan. Dengan pengambilan avokado, ia akan memastikan badan anda sejuk, selain membekalkan lemak sihat.

    Ada sesetengah orang kurang gemar memakan atau tidak dapat menikmati rasa lemak avokado. Jadi, anda boleh mencuba membuat jus atau smoothie avokado dan mencampur bahan-bahan seperti aiskrim vanila, madu serta pisang.

    1. Buah sitrus

    Buah sitrus kaya dengan kandungan air yang tinggi dan menjadikannya makanan tambahan yang ideal untuk diet ketika musim cuaca panas. Buah-buahan ini juga kaya dengan vitamin C yang membantu melindungi tubuh anda daripada matahari.

    Antara buah sitrus yang boleh menjadi pilihan anda ialah oren, lemon dan limau gedang.

    1. Timun

    Kandungan terbesar dalam timun ialah air yang boleh membantu mengekalkan paras hidrat dan menyejukkan badan. Ia juga tinggi dengan kandungan serat dan membantu masalah penghadaman yang mungkin terjejas dalam keadaan cuaca panas.

    Ketika makan tengahari, hidangkan juga timun sebagai ulam-ulaman atau jadikannya sebagai salad.

    1. Kelapa

    Kelapa adalah salah satu makanan yang mendapat gelaran superfood yang menyegarkan dan mempunyai pelbagai manfaat. Kulit kelapa, minyak dan air semuanya menghidratkan dan berfungsi sebagai anti-radang. Kelapa juga sangat membantu untuk menstabilkan tekanan darah. 

    Kebiasaannya, orang ramai menggunakan kelapa sebagai ejen penyejuk ketika demam. Jadi, tidak ada salahnya juga jika anda mahu menyejukkan badan dalam cuaca yang panas ini dengan meminum air kelapa.

    1. Kacang soya

    Kacang soya dan hasilnya yang lain seperti tauhu dan kacang edamame iaitu kacang soya yang belum matang adalah sumber protein yang hebat. Makanan yang kaya dengan protein seperti ayam dan daging merah boleh menyebabkan suhu badan meningkat serta membuatkan anda berasa panas.

    Justeru, seimbangkan diet dan suhu badan dengan menambah kacang soya dalam pemakanan harian.

    1. Beri

    Beri juga mempunyai kandungan air yang tinggi serta pelbagai nutrien lain yang membantu menyihatkan badan kita. Ia juga kaya dengan antioksidan. Antioksidan berfungsi untuk membantu melindungi kita daripada radikal luar seperti matahari dan toksin lain yang mungkin terdedah kepada kita pada musim panas.

    Contoh beri yang anda boleh pertimbangkan untuk makan ialah strawberi, beri biru, beri hitam dan sebagainya.

    1. Tembikai

    Sama seperti timun, komponen tembikai terdiri kira-kira 90 peratus air. Ini juga menjadikan tembikai sebagai pilihan terbaik dan lazat untuk mengekalkan paras air yang mencukupi dalam badan. 

    Sesetengah individu kurang gemar minum air. Jadi, mereka mungkin boleh amalkan pengambilan tembikai untuk kekal hidrat. Selain itu, ia juga kaya dengan serat yang membantu masalah penghadaman.

    1. Yogurt

    Yogurt adalah salah satu makanan sihat yang menyegarkan. Yogurt boleh dimakan dalam pelbagai cara bagi membantu menyejukkan badan. 

    Anda boleh membeli yogurt berperisa atau yogurt tanpa perisa dan tambahkan buah-buahan yang disebutkan di atas bagi memaksimumkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan air dan menyejukkan badan.

    1. Flaxseed 

    Flaxseed atau biji rami adalah sumber kepada pelbagai nutrisi seperti protein, mineral, vitamin dan serat. Ia juga membantu mengekalkan badan yang sejuk dan membantu menguruskan tekanan darah.

    Kesimpulannya, makan makanan menyegarkan yang kaya dengan air boleh membantu mengekalkan suhu badan anda. Anda juga mesti mengelakkan makanan yang kaya dengan gula dan garam kerana ia boleh mengeringkan badan. 

    Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan alkohol dan merokok. Alkohol juga telah terbukti menyebabkan dehidrasi, merokok pula akan mengeringkan badan dan mempunyai pelbagai kesan buruk yang lain kepada badan kita. – RELEVAN

    Previous ArticleBagaimana telefon ‘mengintip’ perbualan dan tingkah laku anda untuk iklan?
    Next Article 9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

    Artikel berkaitan

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026

    Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

    April 14, 2026
    Artikel Terkini

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026

    7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.