JANGKITAN Covid-19 menunjukkan peningkatan pada hari ini iaitu sebanyak 21,315 kes berbanding semalam iaitu 21,072, menjadikan kumulatif kes Covid-19 negara sebanyak 3,061,550 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 87 kes atau 0.41 peratus pesakit berada dalam kategori 3, 4 dan 5 manakala 21,228 kes lagi melibatkan pesakit dalam kategori 1 dan 2. Pesakit dalam kategori 2 menunjukkan peratusan terbesar iaitu sebanyak 15,028 kes atau 70.50 peratus manakala kategori 1 melibatkan 6,200 kes atau 29.09 peratus. Kategori 3 pula melibatkan 48 kes atau 0.23 peratus, kategori 4 sebanyak 23 kes (0.11 peratus) dan jumlah paling sedikit…
Zubaidah Ibrahim
RAMAI yang menganggap berdengkur ketika tidur merupakan perkara biasa kerana badan terlalu letih, tetapi hakikatnya ia bakal mendatangkan pelbagai masalah kesihatan jika dibiarkan berterusan. Bukan itu sahaja, berdengkur juga boleh mengganggu pasangan dan orang lain yang berada berhampiran. Felo Kardiologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Institut Jantung Negara, Dr. Iskandar Mirza Amran berkata, dengkur berlaku apabila bunyi yang kuat terhasil semasa udara melalui tisu-tisu di tekak, menyebabkannya bergetar semasa bernafas. Menurutnya, hampir semua orang berdengkur sekali-sekala, tetapi ada sesetengah orang mempunyai masalah dengkur yang kronik. “Ini berlaku apabila otot di bahagian belakang tekak terlalu mengendur semasa bernafas. “Semasa otot ini mengendur,…
DALAM usaha menyokong matlamat negara untuk meningkatkan pelajar sekolah menengah dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), University of Nottingham Malaysia (UNM) menganjurkan karnival STEM maya pertama untuk para pelajar di seluruh negara. Sehingga kini hanya 47 peratus pelajar sekolah menengah terbabit dalam STEM. Oleh itu, menjadi hasrat besar UNM untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang itu kepada 60 peratus. Membudayakan pelopor STEM di Malaysia “Kami teruja untuk menyediakan platform kepada golongan muda bagi mengikuti mata pelajaran STEM ini. “Pendekatan elemen permainan video dan aplikasi digunakan dalam karnival tersebut untuk membuatkan para remaja menyedari bahawa STEM itu sesuatu yang…
PERNAHKAH terlintas di fikiran, sama ada anda telah memilih kerjaya yang betul atau sebaliknya? Kesilapan memilih bidang pekerjaan mendorong ramai orang untuk menukar pekerjaan sekurang-kurangnya sekali. Jika anda berasa buntu, tidak pasti dan keliru, jangan risau. Ikuti sahaja lima langkah yang dikongsikan oleh Jurulatih Kerjaya, Ashley stahl untuk mencari kerjaya yang benar-benar sesuai untuk anda. 1. Ambil penilaian kerjaya Ujian personaliti kerjaya memberitahu anda pekerjaan apa yang sesuai untuk diceburi pada masa akan datang. Penilaian kerjaya yang betul sebenarnya sangat berguna untuk mencari haluan yang tepat. Hasil penilaian itu akan memberitahu kelebihan seseorang individu dan anda perlu tahu cara untuk…
PETALING JAYA: Sebanyak 10 kematian dicatatkan akibat Covid-19 semalam dengan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Menurut data dari laman web CovidNow, jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 sehingga semalam ialah 32,075 kematian dengan 6,474 BID. Semalam juga mencatatkan 19,090 kes baharu dan menjadikan jumlah terkumpul kes Covid di Malaysia sebanyak 2,975,424 kes. Kes sembuh pula mencatatkan 5,712 kes sekali gus, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan daripada Covid-19 ialah sebanyak 2,835,464. Sementara itu, terdapat 107,883 kes aktif dengan 96,655 orang atau 89.6 peratus daripadanya menjalankan kuarantin di rumah. Sebanyak 5,751 orang atau 5.3 peratus lagi menjalankan kuarantin di Pusat…
PETALING JAYA: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) dengan Little Caliph International Sdn. Bhd., untuk menjalin kerjasama dua hala antara universiti itu dengan Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) tersebut. Jalinan kerjasama itu bertujuan untuk melaksanakan program Akademik Mod 2u2i dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Menurut Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff, kerjasama antara UPSI dan Little Caliph akan mewujudkan perkongsian pintar dari aspek pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan kepakaran bagi bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak. “MOU ini sejajar dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk merealisasikan misi dan visi negara dalam melahirkan modal insan cemerlang secara…
‘POKET kering’ itu antara keluhan yang sering didengar walaupun baharu sahaja menerima gaji. Paling menyedihkan apabila terpaksa mengikat perut sementara menunggu hari gaji pada hujung bulan. Terlalu banyak keinginan yang ingin dipenuhi dan ditambah lagi dengan komitmen sedia ada menyebabkan duit gaji yang diterima setiap bulan cepat menyusut atau ‘bocor’. Sebahagian besar masalah ini adalah kerana kegagalan mengurus kewangan dengan baik. Penganalisis Ekonomi Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa Prof. Madya Dr Baharom Abdul Hamid berkata, pengurusan kewangan yang berhemah amat penting dalam memastikan kelestarian kehidupan. Kesilapan menguruskan kewangan boleh mengakibatkan kesan yang sangat mendalam seperti stres, tekanan hidup dan berpotensi…
PETALING JAYA: Kes Covid-19 terus meningkat apabila hari ini mencatatkan 19,090 jangkitan dan menjadikan jumlah kes terkumpul di Malaysia sebanyak 2,975,422 kes. Ini sekali gus menjadikan hari ini kali kelima berturut-turut kes harian mencecah lima angka selepas mencatatkan 10,089 kes pada Ahad lalu. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada jumlah kes tersebut, 113 atau 0.59 peratus melibatkan pesakit dalam kategori 3,4 dan 5. Pesakit dalam kategori 1 dan 2 pula adalah sebanyak 18,977 kes atau 99.1 peratus. Pesakit dalam kategori 1 dan 2 merupakan kes positif Covid-19 yang tidak bergejala atau bergejala ringan tanpa melibatkan…
SEMUA lapisan masyarakat tidak kira usia sangat menggemari mi segera kerana keenakan rasa, mudah disediakan dan harga murah menyebabkan ia cukup popular sepanjang masa. Justeru, tidak hairanlah mi segera sering menjadi menu orang bujang, pelajar serta mereka yang ‘kering poket’ pada hujung bulan. Namun harus diingat, pengambilan secara berlebihan dan kerap boleh mendatangkan masalah kesihatan. Bagi pakar kesihatan, Dr. Zubaidi Ahmad, beliau menyarankan agar pengambilan mi segera dikurangkan kerana ia boleh mengundang penyakit kronik terutamanya disebabkan bahan daripada serbuk perasa. “Jadikan mi segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan lain. Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh…
HIDUP tidak terasa lengkap tanpa menghirup secawan kopi atau teh pada waktu pagi dan minum petang pula dengan aneka kuih-muih yang kaya dengan kandungan gula. Sudah menjadi budaya makan orang Malaysia yang sangat menggemari makanan manis. Lama-kelamaan keghairahan menikmati makanan manis itu akhirnya menjadi punca kepada penyakit diabetes. Menurut Pakar Pemakanan Pantai Hospital Laguna Merbok, Norhamizah Sohaimi, diabetes merupakan satu masalah kesihatan yang dikenali sebagai pembunuh senyap atau silent killer. Penyelesaian kepada masalah diabetes adalah dengan cara menguruskan masalah penyakit ini dengan serius. “Menurut dapatan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira 3.9…