Facebook Twitter
    Trending
    • Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam
    • 13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental
    • 12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan
    • 6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah
    • 269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    • 2 kematian Covid-19, 1 BID semalam
    • 9,549 kes aktif Covid-19 di Malaysia
    • Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

      February 1, 2023

      13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

      January 31, 2023

      12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

      January 31, 2023

      269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

      January 30, 2023

      2 kematian Covid-19, 1 BID semalam

      January 29, 2023
    • Kewangan

      6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

      January 30, 2023

      Banding harga dengan PriceCatcher, OpenDOSM NextGen apabila berbelanja

      January 25, 2023

      63% kekayaan dunia sejak 2020 dibolot golongan paling kaya

      January 16, 2023

      Kesedaran kewangan lemah, ramai berbelanja lebih daripada pendapatan

      January 16, 2023

      Jangan mulakan perniagaan dengan simpanan kecemasan

      January 11, 2023
    • Pendidikan

      Bekerja di bawah kelayakan, gaji permulaan rendah dan 4 isu lain tentang kebolehpasaran graduan

      January 27, 2023

      7 individu popular dengan IQ tinggi, selebriti jelita Malaysia juga ada

      January 27, 2023

      Apa itu Mensa dan kaitannya dengan individu IQ tinggi?

      January 24, 2023

      Mengapa muzium di Britain tidak lagi guna pakai istilah ‘mumia’?

      January 24, 2023

      YEG tawar pengajian dengan permintaan tinggi pasaran kerja

      January 20, 2023
    • Kerjaya

      Empati bantu fahami suara hati pekerja

      January 27, 2023

      5 kerja sambilan untuk ibu di rumah dengan bayaran lumayan

      January 25, 2023

      5 tanda anda berada di laluan kerjaya yang salah

      January 20, 2023

      9 perkara yang perlu dihadapi majikan dan pekerja pada 2023

      January 19, 2023

      Cuti bersalin itu hak, bukan ganjaran

      January 12, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » UNM anjur Karnival STEM maya pada 14 hingga 20 Februari ini

    UNM anjur Karnival STEM maya pada 14 hingga 20 Februari ini

    By Zubaidah IbrahimFebruary 12, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    DALAM usaha menyokong matlamat negara untuk meningkatkan pelajar sekolah menengah dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), University of Nottingham Malaysia (UNM) menganjurkan karnival STEM maya pertama untuk para pelajar di seluruh negara.

    Sehingga kini hanya 47 peratus pelajar sekolah menengah terbabit dalam STEM. Oleh itu, menjadi hasrat besar UNM untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam bidang itu kepada 60 peratus.

    Membudayakan pelopor STEM di Malaysia

    “Kami teruja untuk menyediakan platform kepada golongan muda bagi mengikuti mata pelajaran STEM ini.

    “Pendekatan elemen permainan video dan aplikasi digunakan dalam karnival tersebut untuk membuatkan para remaja menyedari bahawa STEM itu sesuatu yang menyeronokkan dan menarik,” kata Dekan Fakulti Sains dan Kejuruteraan UNM, Professor Ir. Dr. Law Chung Lim.

    Jelas beliau, STEM sangat penting terutama untuk membantu menyelesaikan cabaran zaman moden seperti banjir, akses kepada air bersih dan perubahan iklim yang mana merupakan kunci untuk memajukan Malaysia pada hari ini serta masa hadapan.

    Peserta Karnival STEM UNM akan diperkenalkan dengan pelbagai bidang berkaitan seperti pembuatan, kepintaran buatan, kejuruteraan bantuan komputer maya berasaskan awan (cloud), pertanian menegak dan genetik.

    Untuk memastikan pengalaman yang mengasyikkan dan inklusif kepada para peserta yang terdiri daripada kumpulan umur berbeza, karnival ini direka untuk menerapkan konsep STEM yang canggih dan kompleks kepada kehidupan seharian serta relevan dengan senario zaman moden.

    Antara pengisian sepanjang karnival itu berlangsung adalah seperti Sesi Bicara Penerokaan STEM yang akan dikupas oleh penyelidik dari UNM dan kerjaya dalam STEM.

    Selain itu, terdapat juga bengkel secara langsung untuk mempelajari pembuatan coklat, pertandingan Mini STEM Antarabangsa (kitar semula topeng muka), membina jambatan dan banyak lagi.

    Terdapat juga cabaran besar STEM yang diadakan secara eksklusif untuk pelajar Malaysia. Pemenang berpeluang memenangi hadiah menarik.

    Karnival tersebut berlangsung bermula 14 hingga 20 Februari 2022 secara percuma kepada semua pelajar. Untuk mendaftar dan mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari https://bit.ly/33KVr7e.

    “Kami mahu memberi mereka platform untuk berfikiran terbuka dan ingin tahu seperti yang sepatutnya di usia mereka,” tutur Lim lagi.- RELEVAN

    pendidikan sains STEM teknologi
    Artikel Terkini

    Tiada kes sembuh dan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    February 1, 2023

    13 tahun terlalu awal guna media sosial, boleh ancam kesihatan mental

    January 31, 2023

    12 kes Covid-19 di ICU memerlukan alat bantuan pernafasan

    January 31, 2023

    6 amaran buat pesara, pastikan pelan persaraan anda tidak musnah

    January 30, 2023

    269 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

    January 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.