Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara masak mi segera dengan betul, lebih sihat

    Cara masak mi segera dengan betul, lebih sihat

    By February 9, 2022Updated:February 14, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kredit foto: jcomp - www.freepik.com

    SEMUA lapisan masyarakat tidak kira usia sangat menggemari mi segera kerana keenakan rasa, mudah disediakan dan harga murah menyebabkan ia cukup popular sepanjang masa.

    Justeru, tidak hairanlah mi segera sering menjadi menu orang bujang, pelajar serta mereka yang ‘kering poket’ pada hujung bulan. Namun harus diingat, pengambilan secara berlebihan dan kerap boleh mendatangkan masalah kesihatan.

    Bagi pakar kesihatan, Dr. Zubaidi Ahmad, beliau menyarankan agar pengambilan mi segera dikurangkan kerana ia boleh mengundang penyakit kronik terutamanya disebabkan bahan daripada serbuk perasa.

    “Jadikan mi segera hanya sebagai makanan terakhir jika tiada pilihan atau makanan lain. Jika tidak boleh berbuat demikian, kurangkan separuh daripada penggunaan serbuk perasa tersebut dan jangan hirup kuah.

    “Mi segera adalah makanan berproses dan bukanlah makanan yang sihat. Jika pengambilan lebih daripada tiga kali seminggu, maka ia sangat berbahaya,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

    Apa itu MSG

    Jelas Zubaidi, biasanya cara kita memasak mi segera adalah dengan meletakkan mi itu ke dalam periuk dan kemudian masukkan air, serbuk perasa dan biarkan kesemua bahan mendidih selama tiga minit lalu siap untuk dimakan. Sebenarnya kaedah memasak mi segera itu salah.

    “Dengan melakukan cara begitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada di dalam serbuk perasa terutamanya Monosodium Glutamate (MSG) yang mana ia akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan ia menjadi toksik. 

    “MSG ialah sejenis bahan perasa yang mampu merangsang sistem saraf rasa dan otak yang menyebabkan ketagihan terhadap makanan yang diletakkan MSG di dalamnya,” ulas beliau.

    Zubaidi memberitahu, walaupun MSG tidak membunuh kita secara mendadak, tetapi ia membunuh kita perlahan lahan. Selain MSG, perhatikan juga bahan-bahan kimia sintetik yang menjadi racun dalam makanan kita seperti perasa, pewarna, penaik, penstabil, pemanis dan pengawet.

    Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi itu disalut dengan pengawet makanan. Pengawet makanan amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.

    Cara masak mi segera yang betul

    Sehubungan itu, beliau berkongsi langkah-langkah yang betul untuk memasak mi segera seperti berikut:

    1. Rebus mi segera di dalam periuk yang diisi air.
    2. Setelah mi masak, toskan dan buang air tersebut yang telah mengandungi bahan pengawet.
    3. Rebus air dalam periuk yang lain hingga mendidih, kemudian masukkan mi tadi ke dalam air mendidih panas itu dan matikan api.
    4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan dan ketika air masih sangat panas masukkan serbuk perasa ke dalam air tersebut untuk membuat sup mi.
    5. Sekiranya, anda inginkan mi kering, masukkan serbuk perasa ke dalam air, masukkan mi dan toskan untuk mendapatkan mi kering tanpa kuah.- RELEVAN
    bahaya mi segera masak sihat mi segera
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.