Zubaidah Ibrahim

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Kraftangan Malaysia menganjurkan Festival Kraf Langkawi (FKL) 2022 di Kompleks Kraf Langkawi (KKL), Teluk Yu bermula 22 hingga 27 Disember. FKL 2022 yang berlangsung selama enam hari itu mula dibuka seawal pukul 10 pagi hingga 6 petang dengan mengetengahkan produk usahawan kraf khususnya dari negeri Utara. Menurut Pengarah Kompleks Kraf Langkawi, Muhamad Razib Saruddin, penganjuran FKL 2022 merupakan kali yang ke-13 dengan mengangkat tema Ini Batik Malaysia. “Kami memilih tema tersebut pada penganjuran FKL 2022 kerana bersempena dengan ulang tahun pertama Hari Batik Malaysia. “Setiap negara mempunyai keindahan batiknya yang tersendiri, begitu juga…

Read More

MALAYSIA kini sedang berada di tengah-tengah musim Monsun Timur Laut. Banjir telah melanda beberapa tempat di negara ini berikutan hujan lebat yang berterusan dan keadaan itu dijangka berlarutan sehingga Mac. Pengalaman tahun lalu dan juga amaran daripada pelbagai pihak diharap dapat membantu mewujudkan lebih banyak kesedaran dalam kalangan orang ramai untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku. Namun, tindakan dan persediaan masih diperlukan untuk meminimumkan kerugian serta melindungi nyawa. Oleh itu, Zurich Malaysia terus menekankan kepentingan mempunyai perlindungan, bukan sahaja untuk diri sendiri dan orang tersayang, tetapi juga harta benda berharga. ARTIKEL BERKAITAN: Nikmati percutian anda di dalam atau luar negara…

Read More

TINDAKAN sekumpulan saintis dari Pusat Penyelidikan Virologi Negeri Vektor di Siberia, Rusia yang menghidupkan semula virus haiwan purba Zaman Ais mencetuskan kebimbangan ramai, malah pakar-pakar turut memberi amaran risiko virus itu merebak. Pasukan saintis dari bandar Novosibirsk, Siberia itu sedang berusaha untuk menghidupkan semula virus prasejarah Paleovirus yang telah tidak aktif selama hampir setengah juta tahun. Mereka telah memeriksa bangkai haiwan Zaman Ais yang diawet seperti mamot dan badak sumbu dengan tujuan mengekstrak serta mengkaji jangkitan yang menyebabkan kematian haiwan-haiwan itu. Kebimbangan tersebut disuarakan kerana dikhuatiri virus haiwan purba itu akan menjangkiti makhluk hidup pada masa kini. ARTIKEL BERKAITAN: Saintis…

Read More

SEBAGAI manusia, kita tidak terlepas daripada ujian emosi sehingga merasakan hidup sangat tertekan dan mengecewakan lantas perkara itu mengganggu perjalanan hidup seseorang. Oleh itu, terdapat pelbagai kaedah diperkenalkan untuk membantu mereka yang sedang bergelut dengan masalah emosi dan salah satunya adalah Teknik kebebasan emosi (EFT) tapping (tepukan atau ketukan) kecil. Teknik itu dilihat semakin mendapat perhatian apabila ramai yang kongsikan manfaat melakukan kaedah tersebut di platform media sosial bagi tujuan melegakan tekanan emosi. Apa itu EFT tapping? Menurut Healthline, EFT tapping ialah rawatan alternatif untuk sakit fizikal dan tekanan emosi. Ia juga dirujuk sebagai mengetuk atau acupressure psikologi. Orang yang…

Read More

KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 993 kes semalam berbanding 1,138 kes kelmarin. Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,017,016 kes. Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,460 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,964,167 kes. Lima kes kematian Covid-19 dilaporkan semalam dan tiga daripadanya merupakan kes kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,800 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,844 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 16,049 kes dengan…

Read More

DALAM fasa tumbesaran anak-anak, mereka sangat memerlukan perhatian rapi daripada ibu bapa atau penjaga terutama dalam aspek penjagaan kesihatan kerana mudah terdedah kepada ancaman pelbagai virus ekoran sistem imun yang masih lemah. Baru-baru ini tular video perkongsian seorang ibu yang menunjukkan anaknya sedang dirawat kerana jangkitan adenovirus. Wajah si comel yang sedang mengalirkan air mata itu meruntun hati netizen. Ada yang bertanyakan keadaan bayi comel itu dan tidak kurang juga mendoakannya segera sembuh. Menurut WebMD, adenovirus ialah sekumpulan virus yang biasanya menjangkiti lapisan mata, saluran pernafasan, paru-paru, usus, saluran kencing dan sistem saraf. Ia juga boleh menyebabkan demam, batuk, sakit…

Read More

MASA berlalu dengan pantas. 16 hari lagi kita akan memasuki tahun baharu 2023. Berat hati untuk mengucapkan selamat tinggal kepada 2022 yang penuh suka dan duka. Kenangan 2022 tersimpan kemas dalam ingatan dan sudah pasti ia menjadi guru terbaik sebagai panduan untuk menjalani kehidupan lebih baik pada masa akan datang. Ramai yang kongsikan perasaan bercampur baur, ada rasa teruja menyambut kedatangan tahun baharu dan pada masa sama risau memikirkan kehidupan yang bakal ditempuh pada 2023. Tahun hadapan dikatakan semakin mencabar baik dari segi ekonomi, pekerjaan, kewangan dan kesihatan. Siapa tidak terusik hati tatkala melihat pelbagai berita kurang menyenangkan, apatah…

Read More

SERING kali kita mendengar keluhan orang yang mengalami jet lag atau gangguan ritma harian ekoran perjalanan jauh ketika mengembara atau melancong. Jet lag ialah gangguan tidur jangka pendek yang biasa terjadi sekiranya anda melakukan perjalanan merentasi lebih dua zon waktu. Gangguan itu boleh membuatkan anda berasa tidak selesa kerana perubahan mendadak ‘jam badan’ atau irama tidur sirkadian. Menurut Cleveland Clinic, apabila anda mengembara merentasi lebih daripada dua zon waktu dengan menaiki kapal terbang ‘jam badan’ memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kitaran tidur dan bangun di destinasi baharu anda. ARTIKEL BERKAITAN: 1 daripada 4 rakyat Malaysia menderita strok menjelang 2040…

Read More

KEPENATAN bekerja dapat diredakan dengan percutian bersama keluarga mahupun rakan-rakan dan pada masa sama mencipta memori indah serta belajar sesuatu yang baharu. Dalam waktu bercuti inilah kita dapat meluangkan masa sepenuh kepada insan tersayang kerana sebelum ini dihambat dengan kesibukan kerja dan masing-masing mempunyai komitmen. Percutian juga merupakan terapi untuk meredakan tekanan, melupakan seketika bebanan kerja dan berseronok sepuasnya! Setelah bercuti untuk beberapa hari, pastinya hati terasa berat untuk kembali bekerja dan minda juga belum bersedia memikul tanggungjawab di pelajabat. Usah risau, Relevan kongsikan lima tip penting untuk anda kembali bersemangat bekerja selepas pulang bercuti seperti berikut: 1. Jangan terus…

Read More

BERSEMPENA dengan Hari Jantung Sedunia dan Hari Strok Sedunia 2022 baru-baru ini, Pfizer Malaysia telah melancarkan laman web kesedaran Fibrilasi Atrium (AF) iaitu www.afjourney.com.my. Pembangunan laman web itu mendapat kerjasama daripada Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia (NHAM) dan Majlis Strok Malaysia (MSC) yang bertujuan untuk menerangkan kepada orang ramai mengenai AF dan kaitannya dengan strok. AF merupakan antara aritmia jantung yang paling lazim dikaitkan dengan morbiditi dan mortaliti berikutan kemerosotan fungsi mekanik atrium yang menyebabkan kadar degupan jantung laju, tidak teratur serta tidak normal. Berdasarkan satu kajian pada tahun 2016, kelaziman AF dalam kalangan penduduk Malaysia ialah 0.54 peratus (%) berbanding…

Read More