Facebook Twitter
    Trending
    • 7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba
    • Tanda-tanda anda menghidap buasir
    • Bandar paling bahagia di Malaysia 2026
    • Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 
    • Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan
    • Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang
    • 7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan
    • Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda anda menghidap buasir

      April 17, 2026

      Hampir 2 bilion individu sedunia berisiko hidap penyakit hati menjelang 2050

      April 14, 2026

      Bahaya lupa makan

      April 14, 2026

      Tabiat harian yang mungkin rosakkan buah pinggang 

      April 13, 2026

      5 keadaan kuku ini petanda penyakit menanti

      April 13, 2026
    • Kewangan

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026

      Berbaloi atau bahaya? Ini barangan terpakai yang tak patut dibeli

      April 10, 2026

      Jangan buang! Ini boleh dijual 

      April 8, 2026

      Beli kereta EV ketika krisis minyak? Ini realiti yang ramai tak sedar

      April 7, 2026
    • Pendidikan

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026

      10 universiti kejuruteraan petroleum terbaik dunia, universiti dari Malaysia di tangga sembilan

      April 3, 2026
    • Kerjaya

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026

      Kelebihan bekerja dari rumah untuk majikan dan pekerja

      April 3, 2026

      Dah dapat keputusan SPM? Ini 5 perkara perlu buat seterusnya

      April 1, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    By AMAL HAYATI FAUZIMarch 3, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia? - GAMBAR HIASAN REUTERS

    SERANGAN Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran pada 28 Februari sudah mencetuskan ketidaktentuan di seluruh dunia.  Harga minyak mentah dan gas asli cecair (LNG) melonjak apabila Selat Hormuz ditutup, laluan penting kepada penghantaran bahan api itu.

    Menurut laporan oleh The Edge Malaysia, walaupun konflik ini berlaku ribuan kilometer dari Malaysia, kesannya akan berikutan ekonomi Malaysia berkait rapat dengan perdagangan global, pasaran tenaga dan aliran modal antarabangsa.

    Mengapa konflik AS-Iran berimpak besar kepada negara ?

    Malaysia ialah negara yang aktif berdagang dengan dunia. Kita mengeksport barangan elektrik dan elektronik (E&E), minyak sawit, produk petroleum serta mengimport pelbagai barangan makanan dan bahan mentah.

    Apabila berlaku konflik antarabangsa khususnya negara yang kaya dengan sumber minyak mentah terbesar seperti Iran, ia boleh menyebabkan:

    • Kenaikan harga minyak
    • Gangguan rantaian bekalan
    • Pasaran kewangan yang tidak menentu

    Satu faktor utama ialah Selat Hormuz iaitu laluan laut sempit yang mengendalikan kira-kira 20 peratus bekalan minyak dunia. Jika laluan ini ditutup, bekalan minyak akan terjejas dan harga boleh naik mendadak. Justeru hampir setiap negara akan menerima kesannya, termasuk Malaysia.

    Kenaikan harga minyak memberi kesan kepada negara

    Kelebihannya, Malaysia ialah pengeluar minyak dan gas. Apabila harga minyak meningkat:

    • Pendapatan negara daripada petroleum bertambah
    • Dividen daripada Petroliam Nasional Berhad (Petronas) kepada kerajaan boleh meningkat
    • Hasil kerajaan berpotensi bertambah dalam jangka masa pendek

    Namun, ada risiko lain yang menanti:

    • Kerajaan menanggung subsidi bahan api seperti RON95 dan diesel
    • Apabila harga minyak dunia naik, kos subsidi juga meningkat
    • Jika harga kekal tinggi untuk tempoh lama, beban kewangan kerajaan akan bertambah

    Kesimpulannya, kesan sebenar bergantung kepada berapa lama harga minyak kekal tinggi.

    Tekanan inflasi dan kos sara hidup

    Apabila harga minyak meningkat, kos pengangkutan dan penghantaran turut sama naik. Ini menyebabkan inflasi import, iaitu kenaikan harga barang akibat faktor luar negara.

    Sektor pembuatan Malaysia, terutamanya industri elektrik dan elektronik (E&E) juga mungkin terjejas kerana kos bahan mentah meningkat, penghantaran terganggu serta permintaan global menurun jika ekonomi dunia perlahan akibat konflik yang berlaku.

    Pasaran saham dan nilai ringgit

    Ketika berlaku pergolakan antara negara luar, kebiasaannya pelabur akan lebih berhati-hati. Mereka cenderung memindahkan wang ke aset yang dianggap lebih selamat.

    Kesan terhadap Bursa Malaysia

    • Pasaran saham turun naik dalam jangka masa singkat
    • Syarikat minyak dan gas berpotensi mendapat manfaat
    • Sektor penerbangan, logistik dan barangan pengguna pula berkemungkinan tertekan akibat kos operasi lebih tinggi dari biasa

    Kesan terhadap nilai ringgit

    Walaupun Malaysia mendapat manfaat daripada harga minyak tinggi, situasi tidak menentu ini berisiko terhadap nilai ringgit kerana pelabur asing berpotensi untuk kurang melabur.

    Risiko ekonomi lebih luas

    Jika inflasi meningkat:

    • Kerajaan mungkin perlu menambah subsidi atau bantuan tunai
    • Perbelanjaan kerajaan akan bertambah
    • Kos pinjaman kerajaan boleh meningkat jika kadar faedah global naik

    Dalam jangka masa panjang, Malaysia perlu:

    • Memperkukuh bekalan makanan
    • Memperluas laluan perdagangan
    • Kurang bergantung terhadap sumber negara luar

    Walaupun konflik AS-Iran berlaku jauh dari Malaysia, kesannya bakal dirasai oleh ekonomi negara melalui harga minyak, inflasi, pasaran saham dan nilai ringgit.- RELEVAN

    Previous ArticleMahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    Next Article Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    Artikel berkaitan

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026

    Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

    April 15, 2026
    Artikel Terkini

    7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

    April 17, 2026

    Tanda-tanda anda menghidap buasir

    April 17, 2026

    Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

    April 16, 2026

    Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

    April 16, 2026

    Penglibatan di sekolah yang berguna untuk masa depan

    April 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.