Zubaidah Ibrahim

SERAMAI 10,109 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. Mengumumkan keputusan tersebut, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, jumlah calon cemerlang itu meningkat 2.7 peratus berbanding 9,696 orang pada SPM 2021. Menurut beliau, seramai 373,974 calon menduduki SPM 2022 yang berlangsung pada 30 Januari hingga 15 Mac 2023 manakala penjadualan semula peperiksaan diadakan pada 16 hingga 22 Mac 2023. ARTIKEL BERKAITAN: 9,696 calon SPM 2021 peroleh semua A – Relevan “Seramai 75,322 calon SPM 2022 pula merekodkan pencapaian kepujian iaitu sekurang-kurangnya gred C dalam semua mata pelajaran. “Selain…

Read More

MENGAWAL jumlah makanan yang diambil adalah langkah terpenting dalam usaha menguruskan badan selain bersenam dan pelbagai aktiviti sihat yang lain, tetapi sering berasa lapar akan membantutkan usaha menurunkan berat badan. Sudah pasti keadaan ini membuatkan anda berputus asa untuk meneruskan misi kurus dan memilih melayan selera makan yang tidak berkesudahan. Apa kata anda cuba makanan yang disarankan oleh realbuzz.com untuk mencegah rasa lapar. Berikut Relevan perincikan tujuh makanan itu yang membantu membuat anda kenyang dengan cara lebih sihat. Bubur Kebanyakan pakar pemakanan akan mengesyorkan anda makan bubur dan pelbagai jenis oat secara konsisten sebagai makanan sihat yang mengenyangkan terutama untuk…

Read More

PADA bulan Jun setiap tahun masyarakat Dayak meraikan Hari Gawai iaitu sebuah perayaan sebagai tanda terima kasih atas hasil tanaman yang banyak. Seiring dengan peredaran masa, Hari Gawai telah menjadi perayaan budaya yang lebih besar untuk adat istiadat dan tradisi Dayak bagi memperingati hubungan masyarakat tersebut yang mendalam dengan tanah. Perayaan ini juga memperlihatkan warisan budaya yang kaya di Sarawak. Sebahagian besar daripada budaya dan warisan Sarawak adalah makanan. Menurut Pengasas Freshable, Adeline Tang, terdapat empat hidangan khas Sarawak yang terbaik mewakili negeri tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap -…

Read More

NEGERI Selangor mempunyai banyak lokasi percutian yang menarik untuk dilawati sepanjang cuti sekolah ini.  Hiburkan hati anak-anak dengan membawa mereka meneroka lokasi-lokasi yang menjanjikan keriangan, menambah ilmu dan pengalaman. Berikut Relevan mencadangkan 10 lokasi untuk anda dan anak-anak melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan dan menikmati juadah enak di sekitar Selangor. 1. Muzium Coklat Siapa yang memerlukan tiket emas ke Willy Wonka jika kita mempunyai Muzium Coklat di Kota Damansara Petaling Jaya? Muzium Coklat ini paling unik di Asia Tenggara dengan paparan digital interaktif, fakta menarik, peralatan terkini dan lebih daripada 100 jenama coklat tersedia dengan tawaran harga terbaik! Jadikan anak-anak anda…

Read More

WANITA yang mengalami masalah ketidakseimbangan hormon akan menyebabkan kitaran haid tidak menentu, emosi tidak stabil, keguguran rambut, kulit berkedut dan kering, muka menjadi kusam serta mudah rasa penat. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, pengambilan pil hormon tidak membantu kerana ia hanyalah bersifat sementara. Apabila berhenti pengambilan pil tersebut, masalah hormon akan berulang semula.  “Oleh itu, yang terbaik adalah kita membantu tubuh kita mencapai keseimbangan hormon ini dari dalam badan. “Selalunya, apabila kita bercakap tentang ketidakseimbangan hormon, ia berkaitan dengan tahap hormon estrogen yang terlalu tinggi,” kongsi beliau di laman Facebook miliknya. Jelas Zubaidi, estrogen adalah hormon yang bertanggungjawab…

Read More

BERGELUT dengan tanggungan hutang yang besar setiap bulan membuatkan Anis Laila Adam, 35, tekad mengubah hidup dengan berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri walaupun tidak pernah terlintas bergelar usahawan. Keputusan tersebut diambil apabila syarikat yang dia bekerja tidak membayar komisen jualan selama tiga bulan dan dia hanya menerima gaji sebanyak RM2,000 sahaja sebulan. Pada ketika itu dia sudah bertugas selama sembilan tahun sebagai pereka jualan (sale designer) di sebuah syarikat pembuatan perabot. “Saya sudah tidak tahan dengan gaji sedemikian sedangkan saya boleh mendapat komisen lebih RM10,000 ribu untuk tiga bulan yang tertunggak itu. “Ekoran tindakan syarikat tidak memberi komisen menyebabkan…

Read More

PENYELIDIK dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Ali Tan Kee Zuan berjaya meraih pingat emas di The International Invention, Innovation & Technology Exhibition 2023 (ITEX) hasil kajiannya mengenai formulasi biobaja cecair yang ditambah baik (An Improved Formulation of a Liquid Biofertilizer). Beliau yang juga pensyarah Jabatan Pengurusan Tanah, Fakulti Pertanian, UPM menghasilkan biobaja cecair  yang mampu mengurangkan kadar baja kimia sehingga 60 peratus dan biobaja ini boleh dihasilkan dalam masa yang singkat iaitu sekitar 24 hingga 48 jam sahaja. Biobaja itu terbukti mampu mempercepatkan proses pengkomposan dan penguraian bahan organik serta menghasilkan baja organik yang berkualiti tinggi. Kajian tersebut yang…

Read More

BERCUTI adalah salah satu terapi yang sangat efektif untuk merehatkan minda selepas berhempas pulas bekerja dan kini tibalah masanya anda meluangkan masa berkualiti bersama keluarga mahupun insan tersayang. Tidak perlu pergi bercuti di tempat yang jauh dengan perjalanan memenatkan, cuba terokai lokasi percutian berdekatan anda yang tidak kurang hebatnya. Untuk mereka yang tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, Relevan kongsikan enam lokasi percutian menarik berdekatan anda yang wajib dikunjungi.   Villa Sajuri Nikmati vila bertemakan Maghribi terletak berhampiran Pantai Remis di Kuala Selangor yang dilengkapi dengan empat bilik tidur dan 12 katil. Vila ini boleh memuatkan sehingga 16 orang tetamu.…

Read More

BERPELUANG melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Belanda merupakan peluang yang sangat bermakna bagi Shafa untuk mengangkat martabat kesenian dan kebudayaan bangsa Melayu. Pengajian selama empat tahun di Belanda itu menerima biaya daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan UM. Kajiannya memfokuskan kepada aktiviti muzik dan nyanyian dalam kalangan masyarakat Melayu di Pahang. Rentetan daripada kajian tersebut, kini beliau menghasilkan buku bertajuk Malay Singing in Pahang Villages: Identity and Practice yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. “Buku ini menceritakan mengenai aktiviti kesenian dan nyanyian masyarakat di Pahang. “Saya memilih kesenian nyanyian di Pahang kerana negeri…

Read More

SIAPA sahaja pasti terpukau dengan kelunakan dan kemerduan suara Dr. Shafa’atussara Silahudin ketika mendendangkan alunan syair dengan bait-bait kata yang sangat indah. Kelembutan dan tutur bicara yang tersusun rapi menjadi bukti bahawa puisi Melayu tradisional mengalir dalam darahnya sehinggakan telinga berasa tidak puas mendengar beliau berkata-kata. Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) itu adalah figura pejuang syair yang cukup popular dalam komuniti pencinta puisi Melayu tradisional baik di dalam negara mahupun di luar negara. Beliau menerima pelbagai pengiktirafan di atas jasa-jasanya memartabatkan syair dan puisi-puisi Melayu tradisional seperti Anugerah Biduan Syair ASEAN 2022 dan Anugerah Bitara Syair…

Read More