Facebook Twitter
    Trending
    • 7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja
    • Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki
    • Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun
    • Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya
    • Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?
    • Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya
    • Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu
    • 9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

      September 26, 2023

      Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

      September 25, 2023

      Gluten bukan makanan ‘jahat’, ini sebabnya

      September 22, 2023

      Ingin mendapatkan pembedahan LASIK? Ini apa yang anda perlu tahu

      September 21, 2023

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

      September 26, 2023

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

      September 26, 2023

      Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

      September 25, 2023

      9 pekerjaan dengan gaji tertinggi 2023

      September 21, 2023

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    By Zubaidah IbrahimJune 3, 2023Updated:June 3, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LAKSA Sarawak dipercayai telah dicipta oleh imigran Cina di Sarawak dan dipopularkan oleh keluarga Tan pada tahun 1960 dan 1970 dengan penghasilan pes laksa jenama Swallow.

    PADA bulan Jun setiap tahun masyarakat Dayak meraikan Hari Gawai iaitu sebuah perayaan sebagai tanda terima kasih atas hasil tanaman yang banyak.

    Seiring dengan peredaran masa, Hari Gawai telah menjadi perayaan budaya yang lebih besar untuk adat istiadat dan tradisi Dayak bagi memperingati hubungan masyarakat tersebut yang mendalam dengan tanah.

    Perayaan ini juga memperlihatkan warisan budaya yang kaya di Sarawak. Sebahagian besar daripada budaya dan warisan Sarawak adalah makanan.

    Menurut Pengasas Freshable, Adeline Tang, terdapat empat hidangan khas Sarawak yang terbaik mewakili negeri tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap – Relevan

    “Salah satu hidangan yang istimewa dalam perayaan Gawai adalah pansoh ayam atau turut dikenali sebagai manok pansoh iaitu sejenis hidangan lazat tradisional Sarawak yang dimasak di dalam buluh.

    “Untuk menyediakannya, ayam akan dimasak di dalam buluh yang baru dipotong bersama bahan-bahan seperti bawang, halia, serai, bawang putih, bunga kantan yang dibakar dan lengkuas.

    “Buluh tersebut dipanggang di atas api terbuka untuk memberikan rasa yang unik kepada ayam,” kongsinya yang yang berasal dari Sarawak.

    PANSOH ayam atau turut dikenali sebagai manok pansoh iaitu sejenis hidangan lazat tradisional Sarawak yang dimasak di dalam buluh.

    Memandangkan persiapan pansoh ayam memerlukan masa yang agak lama, kepakaran, persediaan dan ruang yang sesuai diperlukan untuk membina bara api, maka ia sukar untuk kebanyakan orang yang tinggal di kawasan bandar bagi menyediakan hidangan ini dengan betul.

    Satu lagi hidangan unik negeri ini ialah laksa Sarawak dengan asal usul yang bermula dari abad ke-20.

    “Penciptaan mi sup ini masih misteri, ia dipercayai telah dicipta oleh imigran Cina di Sarawak dan dipopularkan oleh keluarga Tan pada tahun 1960 dan 1970 dengan penghasilan pes laksa jenama Swallow.

    “Laksa ini terkenal dengan rasanya yang kompleks dan berbeza daripada hidangan laksa lain seperti kari laksa dan asam laksa kerana ia menggunakan sambal belacan, iaitu sejenis pes cili kisar yang dihasilkan daripada belacan sehingga memberi hidangan ini rasa yang tersendiri.

    “Pes laksa Sarawak yang paling asli sebenarnya berwarna jingga terang dan mengandungi antara 20 hingga 36 atau lebih bahan termasuk bawang putih, bawang merah, cili, buah keras dan udang kering,” katanya.

    Ciri khusus kuah laksa Sarawak pekat dan berkrim. Hidangan ini dimakan bersama dengan ayam rebus carik, udang, taugeh dan hirisan telur dadar.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor – Relevan

    Tambahnya, seperti semua laksa, pes laksa Sarawak adalah komponen yang paling penting untuk mendapatkan rasa yang tepat. Walau bagaimanapun, pes laksa Sarawak yang asli agak sukar untuk didapati.

    Seterusnya, ka chan ma (sup ayam herba motherwort) juga merupakan hidangan yang unik dari negeri Sarawak.

    Hidangan sup ayam ini menggunakan herba motherwort yang tumbuh secara semula jadi di negeri Sarawak dan telah digunakan dalam pelbagai budaya kerana manfaat perubatannya.

    Jelas Tang, kita perlu membiasakan diri dengan rasa ka chan ma kerana herba motherwort agak pahit.

    HIDANGAN sup ayam ini menggunakan herba motherwort yang tumbuh secara semula jadi di negeri Sarawak dan telah digunakan dalam pelbagai budaya kerana manfaat perubatannya.

    “Pada mulanya saya juga tidak tahan dengan rasanya, tetapi mula menyukai hidangan ini setelah beberapa kali mencuba kerana rasanya yang kompleks, pahit namun ada aroma bunga dan banyak manfaat kesihatannya.

    “Herba ini dipercayai dapat membantu mengawal mood dan mengurangkan rasa cemas.

    “Oleh kerana hidangan ini menggunakan herba motherwort, halia, wainmdan rempah-rempah lain, ia juga dipercayai dapat melegakan masalah kembung perut dan mempertingkatkan peredaran darah,” tuturnya.

    Atas sebab itu, sup ayam yang menyihatkan ini sering dihidangkan sebagai makanan selepas bersalin dan popular dimakan oleh ramai orang kerana rasanya yang unik dan merupakan hidangan yang sangat berkhasiat dengan pelbagai manfaat untuk kesihatan.

    Dalam itu, Tang turut berkongsi mengenai ding pian ho (鼎边糊), sejenis hidangan Sarawak yang unik.

    DING pian ho berasal dari hidangan masyarakat Foochow yang secara umumnya diterjemahkan sebagai pes pinggir kuali.

    Hidangan dari masyarakat Foochow ini secara umumnya diterjemahkan sebagai pes pinggir kuali yang merujuk kepada cara mi ini dibuat.

    Campuran tepung dicurahkan di sekeliling pinggir kuali yang berisi sup. Apabila mi telah masak, ia digesel kembali ke dalam kuali sementara sebahagian campuran tepung tersebut telah masak di dalam sup.

    Hasilnya adalah gabungan antara mi leper dan bubur.- RELEVAN

    featured gawai sarawak zubaidah
    Artikel Terkini

    7 kesilapan yang sering dilakukan dalam proses cari kerja

    September 26, 2023

    Perempuan dijangka hidup lebih lama berbanding lelaki

    September 26, 2023

    Peanut dinobatkan ayam tertua di dunia berusia 21 tahun

    September 26, 2023

    Kentut berlebihan petanda penyakit, ini puncanya

    September 25, 2023

    Siapa yang memutuskan 5 hari bekerja, cuti hujung minggu?

    September 25, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.