Zubaidah Ibrahim

KEBANYAKAN kita secara umumnya sedar akan kepentingan insurans kenderaan dan perubatan, tetapi tahukah anda bahawa insurans perlindungan perjalanan (travel) ketika melancong juga penting? Sama seperti insurans hayat dan insurans perubatan, insurans perjalanan menyediakan pampasan dan perlindungan untuk kejadian yang tidak diingini semasa melancong atau melakukan perjalanan jauh dalam jangka masa pendek atau panjang. Perlindungan ini terhad kepada masa dan tempoh perjalanan seseorang. Merujuk kepada Bjak.my, Relevan kongsikan enam manfaat insurans perjalanan seperti berikut:  Penerbangan ditangguh atau dibatalkan Kadangkala gangguan bermula sebelum anda menaiki pesawat. Anda juga bakal berhadapan dengan penerbangan yang ditangguhkan atau dibatalkan.  Ia hanyalah sebahagian daripada pengalaman perjalanan.…

Read More

APABILA hujan turun, kedengaran bunyi katak riuh seolah-olah sedang berpesta. ‘Suara’ katak yang kuat itu telah memukau pencinta katak sehingga Prof Madya Dr. Marina Mohd. Top @ Mohd. Tah menjadikan katak sebagai model atau haiwan kajian beliau. Beliau yang merupakan Pensyarah Ekologi dan Pengurusan Hidupan Liar, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu memilih katak sebagai haiwan kajian kerana ia memainkan peranan penting dalam ekosistem alam sekitar. Marina memilih kumpulan haiwan amfibia Anura (katak) sebagai bidang kajian kerana katak adalah haiwan liar yang aktif pada waktu malam dan memainkan peranan besar kepada kehidupan manusia. Haiwan ini sangat memikat hati beliau kerana ia…

Read More

SEPERTI tahun-tahun sebelum ini, Covid-19 masih lagi menghantui kita dan peningkatan kes sejak bulan-bulan terakhir kembali menggusarkan hati orang ramai yang sudah selesa menjalani kehidupan normal. Sepanjang tahun 2023, Relevan telah kongsikan pelbagai artikel-artikel menarik berkaitan dengan isu kesihatan termasuklah berita terkini mengenai Covid-19, tip pemakanan sihat dan kecantikan. Berikut 10 artikel terbaik kesihatan yang disiarkan di Relevan sepanjang tahun 2023.   Sendawa berlebihan petanda masalah kesihatan, ini 5 jenis penyakit dan rawatan Sendawa adalah proses yang biasa berlaku apabila udara keluar dari perut melalui mulut. Jika tidak dikeluarkan, udara berlebih boleh menyebabkan perut kembung. Antara punca sendawa yang banyak…

Read More

BONUS kebiasaannya diberikan kepada pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang cemerlang, tetapi berbeza dengan sebuah syarikat di China yang menilai pekerjanya dengan ukuran jumlah senaman untuk mendapatkan ganjaran tersebut. Pemilik syarikat Guangdong Dongpo Paper, Lin Zhiyong menggantikan program bonus pekerja akhir tahunnya dengan skim lain yang direka untuk mempromosikan senaman iaitu ganjaran kewangan yang menarik untuk pekerja yang bersenam setiap hari.  Skim yang di luar kebiasaan itu menjadi bualan dan tajuk utama media antarabangsa kerana menggantikan skim bonus pekerja berasaskan prestasi kerja dengan satu penilaian baharu iaitu prestasi olahraga. Syarikat pengeluar kertas di Wilayah Guangdong itu mahu menggalakkan gaya hidup…

Read More

MELIHAT kepada dilema yang terpaksa dihadapi oleh lelaki dan kesukaran untuk mendapatkan akses bagi merawat masalah kesihatan seksual kaum Adam telah mendorong Dr. Samhan untuk membuka Him Clinic (Forhimclinic.com) pada awal tahun ini. Him Clinic beroperasi secara dalam talian dengan dibantu 17 orang kakitangan. “Berdasarkan pengalaman merawat pesakit lelaki, mereka lebih suka mendapatkan rawatan secara dalam talian berbanding pergi ke klinik fizikal. “Menyedari tabiat mereka itu, saya menyediakan platform khas untuk membantu masalah lelaki dengan rawatan berkesan, selamat dan doktor bertauliah. “Selepas membuat pendaftaran, doktor akan menghubungi pesakit dan mereka perlu menjawab beberapa soalan untuk mengetahui tahap masalah,” tutur bapa…

Read More

BERCAKAP mengenai perkara di dalam ‘kelambu’ terutamanya kesihatan seksual lelaki masih dianggap tabu dalam masyarakat kita. Akibatnya, masalah itu dipendam dan tidak mendapat bantuan sewajarnya. Disebabkan rasa malu dan stigma masyarakat, ramai pasangan terpaksa menamatkan perkahwinan kerana merasakan sudah tidak ada jalan keluar daripada permasalahan tersebut. Perkara itu menarik perhatian Dr. Ahmad Samhan Awang atau lebih dikenali sebagai Dr. Samhan untuk mendalami bidang kesihatan lelaki dan memberi kesedaran mengenainya di pelbagai platform laman sosial miliknya sejak empat tahun lalu. Sehingga kini, perkongsiannya diikuti seramai 1.5 juta orang di TikTok, 645,000 di Facebook, 645,000 di Instagram dan 70,000 di platform X. Menurut…

Read More

KITA sudah biasa mendengar mengenai urutan badan dan manfaatnya kepada kesihatan. Tahukah anda yang urutan wajah juga mempunyai banyak manfaat kesihatan termasuk mencantikkan kulit wajah? Urutan wajah juga boleh melegakan otot di bahagian wajah, melancarkan peredaran darah, membantu masalah kulit kusam dan parut jerawat. Jom teruskan membaca untuk mengetahui banyak lagi manfaat urutan wajah dengan merujuk Rouge Beautybar. Menegangkan otot muka dan melegakan ketegangan Kita banyak menahan ketegangan di wajah ketika berdepan emosi marah, tertekan dan sedang menumpukan perhatian. Akibatnya, kulit muka mudah berkedut. Urutan wajah juga sangat membantu mereka yang mengalami masalah sindrom temporomandibular joint (TMJ) iaitu gangguan pada…

Read More

YAYASAN Kemanusiaan Malaysia (MHF) berhasrat mencipta impak baharu landskap pendidikan Malaysia menerusi penganjuran SuperCamp dengan memperkenalkan program pendidikan terbaik di luar bilik darjah. SuperCamp merupakan jenama pendidikan global yang ditubuhkan pada tahun 1982 dengan meletakkan kepercayaan bahawa kanak-kanak yang diperkasakan dengan asas ‘8 Kunci Kecemerlangan’ boleh mengukuhkan motivasi untuk terus belajar. Lapan kunci itu ialah integriti, komitmen, kegagalan membawa kepada kejayaan, tanggungjawab, bercakap dengan tujuan yang baik, fleksibiliti, inilah masanya dan keseimbangan. Pengarah Eksekutif MHF, Henry Teh Kok Kheng berkata, kanak-kanak tidak mempunyai kemahiran hidup yang lazimnya dipelajari semasa memasuki fasa dewasa. “Kita perlu mencetuskan kesedaran yang boleh disesuaikan dengan…

Read More

AIR kelapa bukan sahaja menyegarkan dan menghilangkan dahaga tetapi mempunyai banyak manfaat kesihatan sehingga ia cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Pelbagai petua disarankan untuk diambil bersama air kelapa bagi mendapatkan manfaat kesihatan maksimum. Sehubungan itu, Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad kongsikan manfaat air kelapa seperti berikut: Sumber Elektrolit “Air kelapa mengandungi banyak elektrolit semula jadi seperti natrium, magnesium, kalsium dan kalium.  “Elektrolit adalah mineral penting untuk mengimbangi jumlah air dalam badan anda, memindahkan toksin ke dalam dan keluar dari sel, menyokong fungsi otot dan saraf serta menstabilkan tekanan darah. “Kadangkala bersenam secara agresif menyebabkan kehilangan banyak cecair dan…

Read More

MODEL kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan oleh pasukan penyelidik antarabangsa telah menunjukkan keupayaan untuk meramalkan peristiwa masa depan dalam kehidupan manusia, termasuk masa kematian mereka. Life2vec yang dipanggil model pengubah yang dilatih pada jumlah data besar untuk meramal pelbagai aspek kehidupan seseorang telah dicipta oleh saintis di Denmark dan Amerika Syarikat. Selepas diberi data daripada rekod kesihatan dan demografi Denmark untuk enam juta orang seperti masa lahir, persekolahan, pendidikan, gaji, perumahan dan kesihatan, model AI telah dilatih untuk meramal perkara yang akan berlaku seterusnya. Menurut penciptanya, Life2vec menunjukkan keupayaan yang menakutkan untuk meramal bila orang akan meninggal berdasarkan analisis data.…

Read More