“JANGAN mesej aku lagi,” tulis Johan ringkas, buat Rizal terkedu di rumah. Rakannya yang pernah sama-sama susah seakan mahu memutuskan hubungan. Baru seminggu Johan jadi orang kaya baharu. Ayahnya meninggalkan dunia dengan warisan harta bernilai hampir RM10 juta. Bagi Rizal, Johan masih kawan yang sama. Angka di akaun bank tidak mengubah perasaannya pada kawan yang dahulunya pernah menghirup mi segera dari mangkuk sama. Ketika itu, Johan tidak berhubungan langsung dengan bapa kandung yang bercerai dengan ibunya sejak dia sekolah rendah. Dia tahu bapanya ada di Kuala Lumpur. Dia tahu bapanya ahli politik berjaya tapi dia memilih untuk menganggap bapanya tak…
KU SYAFIQ KU FOZI
BILANGAN penduduk bekerja di Malaysia adalah seramai 16.56 juta orang pada April, meningkat 0.1 peratus berbanding 16.53 juta pada Mac. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pasaran buruh pada April kekal stabil, mencerminkan pertumbuhan ekonomi Malaysia yang menggalakkan. Sehubungan itu, kata beliau, bilangan tenaga buruh pada April turut meningkat 0.1 peratus, mencatatkan 17.12 juta orang dengan kadar penyertaan tenaga buruh kekal pada 70.3 peratus. “Bilangan penganggur pada bulan tersebut mencatatkan sedikit penurunan, iaitu sebanyak 0.04 peratus kepada kira-kira 566,400 orang, berbanding kira-kira 566,600 pada Mac. “Kadar pengangguran pada April kekal pada 3.3 peratus, seperti yang direkodkan bulan…
SAYA tak tahu pameran Sesat di Kuala Lumpur: Lagunya Begini, Tampaknya Begitu… M. Nasir di Galeri Puteh dilancarkan pada 9 Jun. Sudah terbayang suasana sunyi dan romantis sebuah galeri seni, betapa lapangnya fikiran ketika mengumpul kandungan untuk artikel ini. Tapi dari eskalator tingkat 4 KL Eco City, saya dah nampak orang bersila di luar galeri. Galeri Puteh agak penuh dan padat. Ramai betul manusia berkumpul. Rupanya majlis pelancaran baru usai. Jangan salahkan saya sebab tak tahu. Saya baca artikel Abdullah Jones di Seni Malaya tentang pameran itu tapi tak ada langsung maklumat tentang pelancarannya diletakkan. Sebab inilah, saya fikir, pelukis dari…
SEMUA imbuhan lain berada di luar kata dasar. Baik imbuhan awalan, akhiran atau apitan; mereka tak menyibuk mahu menyelit di celah-celah huruf perkataan lain. Tapi tidak untuk imbuhan sisipan. Imbuhan berbaka langka ini (hanya ada empat, itupun salah satunya hanya wujud dalam satu perkataan) tidak malu untuk menghadirkan dirinya dalam kata dasar sehingga umat manusia terkeliru – ingatkan perkataan dengan imbuhan sisipan memang kata dasar yang asal. Lihat bagaimana lazimnya kita menggunakan perkataan seperti gemilang, selerak, serabut dan kelemumur. Tak seperti kata terbitan (perkataan yang diletakkan imbuhan) lain, kita boleh terus nampak yang mana imbuhan, yang mana kata dasar. Ya,…
PERBUALAN tentang pekerjaan yang wajar sudah berlangsung lama dan ia menjadi lebih signifikan apabila Keadilan Sosial dan Kerja Wajar untuk Semua diangkat sebagai tema Hari Pekerja global pada 1 Mei lalu. Kerja yang wajar meliputi pelbagai aspek. Pertumbuhan Buruh Antarabangsa (ILO) meletakkan empat lingkungan substantif, iaitu guna tenaga penuh dan produktif, hak di tempat kerja, perlindungan sosial dan galakan dialog sosial. Keempat-empat lingkungan tersebut boleh diukur melalui indikator-indikator dalam 10 sublingkungan. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam perkembangan tuntutan kerja wajar. Pada 2019, Program Negara Kerja Wajar (DWCP) telah dilancarkan. Ia merupakan rangka kerja yang melibatkan kerjasama ILO, kerajaan Malaysia, Persekutuan…
MOHD Supyan Abdul Rahman, atau yang orang kenal sebagai Pyanhabib meninggal dunia pada usia 66 tahun pada 4 Jun 2024. Tuhan beri subsidi umur tiga tahun kepadanya. Berita pemergiannya mula dikongsi rakan rapat Allahyarham, Azalan Hussain (Sinaganaga) di Facebook sebelum disahkan isteri Allahyarham, Zurina Zakaria, juga melalui Facebook. Tak lama sebelum itu, ketika melepak seperti kutu di tepi jalan Persiaran Barat, ada kawan saya mengajuk gaya deklamasi Pyanhabib, membaca sajak Bapaku Seorang YB. Ia bukan ejekan, saya tahu, sebaliknya sebuah homaj pada ikoniknya seorang Pyanhabib. Tapi bila ada kawan lain mahu rakam, saya halang. Takut ia jadi sensitif. Sering juga…
KAU berdiri di tengah laluan pejalan kaki di Bukit Bintang. Jarum pendek pada jam sudah melepasi nombor 10 tetapi Kuala Lumpur tidak gelap. Di sekeliling ada manusia yang berjalan berkumpulan, ketawa dengan jenaka rakan. Ada pasangan berpegangan tangan, cuba sembunyi cinta di balik pipi yang kemerahan. Kau berdiri tegak, berseorang. Selautan manusia, tiada satu pun yang dikenali. Tiada kenalan, apatah lagi rakan. Kaupulang ke bilik sewa. Beg dicampak, baju dibuka, katil berkeriut menyambut hempasan tubuh yang berat dengan soalan: “Lapan juta manusia di Kuala Lumpur, kenapa aku masih sunyi?” Lampu pendafluor yang benderang hilang fungsi. Bilik menggelap. Empat dinding putih…
BERITA anak muda tidak mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau tak mahu melanjutkan pelajaran selepas SPM sentiasa boleh dikaitkan dengan persepsi mereka terhadap pasaran kerja. Anggapan bahawa pendidikan tinggi tidak menjamin peluang pekerjaan berkualiti bukan baru sehari dua berkumandang; sudah lama dan persepsi itu semakin memekat saban hari. Dan persepsi itu tidak sepenuhnya salah. Data Jabatan Perangkaan menunjukkan hampir empat bagi setiap 10 siswazah berada dalam pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan pada 2023. Pada 2021, terdapat 15.8 peratus siswazah berada dalam sektor pekerjaan tidak formal, berbanding 8.6 peratus pada 2013. Itu antara statistik yang dikemukakan penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah…
KALI terakhir saya terpesona dengan penjelasan berkenaan perbezaan antara ilmu dengan maklumat adalah melalui sebuah video di Youtube. Saya tonton waktu masih bergelar mahasiswa. Video itu merupakan syarahan Prof. Wan Mohd. Nor Wan Daud. Yang bertanya soalan itu ialah Aliff Basri (yang ketika itu belum dikenal tapi sekarang menjadi kawan yang disyukuri kewujudannya). Khamis, 30 Mei 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulang hal yang hampir sama di pentas utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Tidaklah begitu mempesona (sebab ia hanya ucapan perasmian, bukan ruang meneroka dalam sesuatu isu seperti syarahan) tetapi saya yakin, Anwar cuba membawa rawi…
PADA 2014, item-item yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) mula diperkenalkan dalam kertas peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM 2023 yang diterbitkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan pada 27 Mei, ada dimuatkan laporan ringkas berkenaan keupayaan calon menjawab item KBAT. Hal ini menarik untuk dilihat memandangkan SPM 2023 merupakan kali ke-10 item KBAT dimasukkan dalam peperiksaan terbesar peringkat menengah itu. Relevan mengambil sedikit masa untuk meringkaskan laporan tersebut anda. Tentang KBAT KBAT merupakan elemen yang diserapkan dalam sistem peperiksaan untuk menguji keupayaan calon menggunakan kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta idea secara kreatif atau inovatif…