Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Makan durian sambil beringat

    Makan durian sambil beringat

    By Umi FatehahJuly 4, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Makan durian sambil beringat. - GAMBAR HIASAN JIM TEO/UNSPLASH

    MUSIM durian kembali lagi. Di mana-mana sahaja, pasti ada yang menjual raja buah ini. Bau durian yang kuat dan rasanya lemak manis membuatkan ramai tidak boleh menahan diri daripada membeli dan makan dengan banyak. 

    Namun, sedarkah bahawa durian juga boleh memudaratkan kesihatan jika dimakan secara berlebihan?

    Kandungan gula yang tinggi

    Salah satu perkara penting yang ramai terlepas pandang ialah kandungan gula dalam durian. Menurut pakar pemakanan, dalam 100 gram isi durian mengandungi kira-kira 27 gram karbohidrat dan majoritinya adalah gula. Ini hampir sama dengan kandungan gula dalam beberapa jenis kek manis.

    Walaupun gula dalam durian adalah semula jadi, pengambilan dalam kuantiti berlebihan tetap boleh meningkatkan paras gula darah. 

    Bagi mereka yang mempunyai diabetes atau prediabetes, makan durian terlalu banyak boleh menyebabkan paras gula darah naik mendadak dan sukar dikawal.

    Tinggi kalori, mudah naik berat badan

    Selain kandungan gula, durian juga tinggi kalori. Seulas isi durian bersaiz sederhana boleh mengandungi sekitar 60 hingga 70 kalori. Bayangkan jika anda makan lima hingga enam ulas sekali gus, itu sudah melebihi 350 kalori dalam satu masa, bersamaan satu mangkuk nasi!

    Jika anda sedang mengawal berat badan, berhati-hatilah. Kalori yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak dalam badan dan seterusnya menyebabkan pertambahan berat tanpa disedari, apatah lagi jika tidak diseimbangkan dengan aktiviti fizikal.

    Tinggi lemak

    Berita baiknya, durian mengandungi lemak baik (monounsaturated fat) yang boleh membantu menurunkan kolesterol jahat dalam badan jika dimakan berpada-pada. 

    Namun, ini bukan bermakna anda boleh makan sepuasnya. Segala kebaikan akan hilang jika anda makan melebihi keperluan badan.

    Boleh meningkatkan suhu badan

    Ramai orang mengadu berasa panas selepas makan durian. Ini kerana durian bersifat menghangatkan badan. Bagi mereka yang mudah mengalami masalah seperti sakit tekak, ulser atau demam, makan durian terlalu banyak boleh memburukkan keadaan.

    Selain itu, jika anda makan durian bersama makanan atau minuman lain yang tinggi gula dan lemak seperti pulut durian bersantan atau durian bersama kopi manis, kesannya terhadap badan akan berganda. 

    Badan bukan sahaja menjadi panas malah paras gula dan kolesterol anda turut naik mendadak.

    Tidak sesuai dicampur alkohol

    Walaupun kurang diamalkan di Malaysia, ada juga orang luar yang makan durian sambil minum alkohol. 

    Kajian menunjukkan gabungan durian dan alkohol boleh membahayakan kerana durian mengandungi sulfur yang boleh menghalang aktiviti enzim tertentu yang membantu menguraikan alkohol dalam hati. 

    Ia boleh menyebabkan rasa mual, muntah, mabuk teruk atau dalam kes yang jarang tetapi ekstrem, membawa maut.

    Siapa perlu lebih berhati-hati?

    Secara amnya, mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti berikut perlu mengehadkan pengambilan durian:

    • Pesakit diabetes
    • Pesakit darah tinggi atau masalah jantung
    • Individu obes atau sedang diet

    Makan durian dengan selamat

    Untuk menikmati durian dengan lebih selamat, hadkan kuantiti pengambilan. Satu hingga dua ulas durian sudah memadai untuk merasai keenakan raja buah ini tanpa berlebihan. 

    Pastikan juga anda minum air kosong yang mencukupi ketika makan durian kerana air kosong membantu menyeimbangkan suhu badan selain mengelakkan anda daripada mengambil minuman manis yang hanya akan menambah jumlah gula dalam badan.

    Selain itu, elakkan makan durian pada lewat malam. Ini kerana pada waktu malam, badan kurang aktif membakar kalori. Ia akan menyebabkan gula daripada durian mudah disimpan sebagai lemak dan seterusnya meningkatkan risiko kenaikan berat badan. 

    Anda juga disarankan untuk tidak memakan durian bersama makanan berat lain seperti pulut durian bersantan. Gabungan ini bukan sahaja tinggi kalori malah kandungan gulanya juga berganda, sekali gus memberi beban tambahan kepada tubuh badan anda.

    Jika mula rasa panas, pening atau tidak selesa selepas makan durian, berhenti serta-merta. Jadi, makanlah durian sambil beringat! – RELEVAN

    Previous ArticleJangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    Next Article Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.