DALAM wawancara pertama selepas kemunculan semula Mat Kilau, beliau mendedahkan pelbagai kisah sepanjang persembunyiannya. Tempoh lebih tujuh dekad bukan sekejap. Dalam tempoh tersebut, Tanah Melayu sendiri melalui pelbagai peristiwa bersejarah. Dari pemerintahan British, kemasukan tentera Jepun, 14 hari pemerintahan komunis, darurat, penubuhan Malayan Union, kemerdekaan sehingga nama Tanah Melayu ditukar kepada Malaysia. Menurut Mat Kilau, selepas diusir Hugh Clifford, beliau merantau sehingga ke Kampung Penar dan Kampung Jambu di Pattani, Thailand, menjadi guru silat di sana. Beliau kemudiannya berpindah ke Kelantan selama tiga tahun dan ke Kampung Pasir Nering, Kuala Berang, Terengganu selama tujuh tahun. Di Terengganu, beliau tinggal bersama…
KU SYAFIQ KU FOZI
FILEM Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mencatat kejayaan besar apabila bukan sahaja kutipan tiketnya mencecah belasan juta dalam masa kurang seminggu, malah nama pahlawan Mat Kilau disebut-sebut semula, termasuk dalam kalangan anak muda. Kisah Mat Kilau sangat unik. Beliau diisytiharkan mati pada 1895 di Kelantan untuk mengelak daripada diburu penjajah British, kemudian muncul semula pada 1969 sebelum meninggal dunia kurang setahun selepas itu. Selama lebih tujuh dekad, Mat Kilau berpindah-randah sehingga ke Pattani, Thailand sebelum menetap semula di Pahang dengan identiti baharu. Kemunculan semula beliau pada hari Jumaat, 26 Disember 1969 di Masjid Kampung Pulau Tawar, Jerantut menggemparkan negara. Mat Siam…
MENTERI Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin mengumumkan pemilihan penyair terkemuka, Datuk Abdul Rahman Shaari sebagai penerima Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara. Ini menjadikan Abdul Rahman sebagai Sasterawan Negara yang ke-15, menuruti jejak Profesor Dr. Siti Zainon Ismail yang menerima anugerah tersebut pada 2019, Datuk Dr. Zurinah Hassan pada 2016 dan 12 sasterawan lain sebelumnya. Menurut Radzi, Abdul Rahman dipilih daripada 12 calon sasterawan sebagai penerima anugerah itu, hasil penilaian panel sembilan pakar. Kata beliau, kekuatan Abdul Rahman adalah dalam genre puisi yang mana karyanya sarat dengan pemikiran serta memerlukan pentafsiran yang mendalam. “Abdul Rahman menekuni semua…
RANCANGAN Buku Hijau yang diperkenalkan kerajaan 48 tahun lalu masih relevan untuk diamalkan sekarang, lebih-lebih lagi apabila dunia sedang menghadapi risiko krisis makanan akibat kemerosotan ekonomi serta peperangan. Rancangan tersebut menggalakkan aktiviti tanaman jangka pendek, perkebunan berkelompok, penternakan dan pemeliharaan ikan air tawar yang dapat memberikan hasil dalam jangka pendek kepada orang ramai. Selain itu, ia turut menjadi senjata untuk menghadapi inflasi dengan meningkatkan pendapatan rakyat melalui perniagaan produk tani serta mengurangkan kebergantungan rakyat kepada produk tani import. Menurut Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kadeer, pengenalan Rancangan Buku Hijau suatu masa dahulu berkesan mengurangkan kadar inflasi menerusi penglibatan…
ILMU pengurusan kewangan bukan seperti Sains atau Matematik yang diajar sejak sekolah. Ilmu ini sering diajar dan diperturunkan secara tidak formal; mungkin dari ibu bapa kepada anak, abang kepada adik atau kenalan yang tua kepada yang muda. Namun, ia kemahiran hidup yang penting. Menjelang dewasa apabila hal kewangan sepenuhnya jatuh ke bahu sendiri, kita perlu tahu bagaimana untuk menyimpan, tabiat berbelanja yang baik atau cara memastikan simpanan semakin bertambah. Ditambah dengan tekanan ekonomi sekarang, semakin penting untuk anak muda melengkapkan diri dengan ilmu kewangan. Harga barang yang naik, keperluan teknologi yang meningkat dan tangga gaji yang tidak berubah memberi tekanan,…
KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan semalam menggembirakan banyak pihak. Para pelajar cemerlang dirai dan yang kurang cemerlang juga menerima banyak sokongan motivasi. Tidak kira cemerlang atau tidak, segala usaha para pelajar perlu dihargai kerana bukan mudah untuk menghadapi tekanan peperiksaan awam terbesar itu. Tahniah buat semua. Pelbagai pandangan dan perkongsian juga muncul dalam media sosial. Ada yang memberikan tip menyambung pelajaran dan ada yang memberi peringatan tentang cabaran dunia selepas persekolahan. Berkongsi tip tentang pelajaran ini memang sudah menjadi kerja Relevan, jadi mari kita lihat perkongsian seterusnya tentang perkara yang tidak kurang pentingnya untuk diketahui para lepasan…
KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan Kementerian Pendidikan hari ini menunjukkan perkembangan positif apabila seramai 9,696 calon mencatatkan keputusan semua A walaupun Gred Purata Nasional (GPN) menurun kepada 4.86. Pastinya, para lepasan SPM sudah mula mengatur langkah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Ada banyak pilihan yang boleh dipertimbang lepasan SPM, baik melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma, asasi, matrikulasi, Tingkatan 6 atau sijil kemahiran. Semuanya ada kelebihan tersendiri. Buat mereka yang mahu membuat permohonan melalui Unit Pusat Universiti (UPU), ada beberapa langkah yang boleh diambil bagi memastikan peluang yang lebih baik untuk diterima dalam program pilihan. Relevan senaraikan langkah-langkah…
KRISIS makanan bukanlah perkara yang baharu. Setiap kali berlaku kegawatan ekonomi, krisis makanan berkemungkinan akan berlaku khususnya dalam negara yang belum mampu mengeluarkan makanan rujinya sendiri. Dunia pada zaman ini sangat terhubung, lebih-lebih lagi dari sudut perdagangan. Komoditi didagangkan dengan sangat pesat seiring pesatnya sistem pengangkutan dan teknologi komunikasi. Disebabkan itu, kegawatan ekonomi berpotensi menyebabkan krisis makanan kerana banyak makanan yang diimport dari satu negara ke negara lain. Apabila sesebuah negara mengalami masalah ekonomi, ia turut memberi kesan kepada negara lain. Ambil contoh krisis peperangan Rusia dengan Ukraine. Disebabkan masalah di Ukraine, negara lain yang mengimport gandum daripadanya turut berdepan masalah.…
RESAM hidup yang asas: umur kita akan terus meningkat dan jika usia panjang, kita pasti akan merasa tua. Satu doa yang sering menitip di bibir, pastinya agar kita dikurnia kesihatan yang berpanjangan. Namun, berdoa saja tidak cukup. Ia perlu diiringi usaha untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan mental sendiri. Mungkin sebahagian kita masih muda namun penjagaan kesihatan perlu bermula dari awal. Jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Nanti sudah dijangkiti pelbagai penyakit baru kita nak sedar. Ancaman besar kepada kesihatan warga emas ialah penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit buah pinggang. Untuk mengelakkan penyakit-penyakit…
ACARA buku terbesar negara, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) kembali lagi tahun ini. Bermula 3 Jun lalu, acara itu akan berakhir pada Ahad ini. Buat anda yang belum berkesempatan berkunjung, masih ada masa lagi. Terdapat 709 pempamer yang terlibat dalam PBAKL tahun ini. Sambutannya meriah walaupun mungkin tidak semeriah ketika sebelum pandemik dahulu. Ini merupakan kali pertama PBAKL dianjurkan secara fizikal di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur selepas pandemik melanda. Relevan berkesempatan meluangkan masa untuk meninjau keadaan di WTC. Ternyata para pempamer tidak melepaskan peluang untuk menawarkan tajuk buku baharu dan lama, malah diskaun istimewa untuk para pengunjung.…