KU SYAFIQ KU FOZI

SERAMAI 56,207 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal mendapat sijil tersebut untuk sesi 2021, menurut jawapan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin di sidang Parlimen hari ini.  Jumlah itu merangkumi 10,681 calon yang tidak hadir menduduki peperiksaan dan 45,526 calon yang menduduki peperiksaan tetapi gagal mata pelajaran Bahasa Melayu atau Sejarah atau kedua-duanya. Dalam keputusan yang diumumkan Jun lalu, seramai 9,696 atau 2.54 peratus daripada 407,097 calon yang menduduki SPM 2021 memperoleh keputusan semua A. Seramai 71,842 atau 18.8 peratus calon pula memperoleh keputusan sekurang-kurangnya kepujian. Sementara itu, calon yang mendapat keputusan lulus pula seramai 129,796 atau 33.96 peratus manakala…

Read More

SEBUT sahaja kutu, kita sudah boleh bayangkan kerimasannya. Kulit kepala gatal-gatal! Gatalnya tak boleh bawa bincang. Oleh sebab gatal-gatal itu, kita jadi rimas, gelisah dan hilang tumpuan. Sebab itu dalam budaya Melayu, kutu dikaitkan dengan hal-hal negatif. Simpulan bahasa mati kutu contohnya, bererti tidak mampu melawan. Kutu embun pula orang yang suka merayau tanpa hala sehingga awal pagi. Ada juga peribahasa seperti ibarat kutu, boleh diselisik yang bermaksud kesalahan dan keburukan tidak boleh disorok. Gombak gemilang kutu banyak, bibir hitam gigi kotor pula bermaksud bersih dan cantik di luar tetapi hatinya busuk. Kita boleh mencipta apa sahaja peribahasa tentang kutu…

Read More

PINJAMAN pendidikan sudah menjadi kebiasaan di Malaysia. Selain biasiswa yang hanya ditawarkan kepada sebahagian pelajar, pinjaman pendidikan ialah alternatif terbaik untuk melanjutkan pelajaran, terutamanya buat golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Secara teori, pinjaman pendidikan ialah hutang yang baik. Ia bermakna, hutang sebegini diambil untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup peminjam. Kita meminjam sejumlah wang untuk mendapatkan pendidikan yang dapat memberikan peluang pekerjaan dengan pendapatan yang lebih baik. Namun, adakah realitinya sebegitu? 60 peratus graduan bekerja dengan pendapatan RM2,000 dan ke bawah pada 2021, menurut dapatan Kementerian Pengajian Tinggi. Masalah pengangguran dan bekerja bawah kelayakan dalam graduan juga tidak asing di…

Read More

JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 4,204 kes semalam berbanding 3,213 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,687,470 kes. Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 4,582 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,607,207 kes. Sebanyak lapan kes kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,985 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,646 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 44,278 kes dengan…

Read More

TANGGA gaji yang rendah untuk graduan dengan kelulusan ijazah sering diperkatakan ketika ini. Ia juga dispekulasikan sebagai antara sebab lebih ramai lepasan SPM memilih untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Hanya menambah hutang sedangkan gaji tidak seberapa, luah mereka. Benarkah gaji untuk graduan baharu rendah? Artikel dari Khazanah Research Institute (KRI) mengesahkan hal itu apabila didapati kira-kira 60 peratus graduan baharu menerima gaji pada paras RM2,000 dan ke bawah pada 2021. Bukan itu sahaja, artikel Memahami Statistik Kebolehpasaran Graduan oleh Hawati Abdul Hamid yang dimuatkan dalam siri artikel KRI Views juga membongkar empat statistik lain berkaitan kebolehpasaran graduan…

Read More

TIDAK sukar untuk menemukan graduan yang bekerja di luar bidang pengajiannya. Saya sendiri sebahagian daripada mereka; mempunyai kelulusan ijazah pendidikan tetapi memilih untuk bekerja sebagai penulis portal. Faktor dan kesan fenomena ini telah dihuraikan dalam artikel sebelum ini melalui pandangan konsultan kerjaya. Bagaimana pula pandangan graduan itu sendiri? Apa faktor yang mendorong mereka mendapatkan pekerjaan di luar bidang pengajian dan lebih penting, adakah mereka gembira dengan pekerjaan mereka sekarang? Gaji tidak setimpal Nursyuhadah Hamzah, 26, merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dan Teknologi Makanan. Bidang ijazahnya spesifik tetapi dia memilih untuk bekerja dalam bidang berbeza, iaitu sebagai pengendali kandungan media sosial.…

Read More

TAHUN 2022 sudah melepasi garis tengahnya. Berbagai-bagai peristiwa berlaku tahun ini; dari krisis kesihatan yang tiada penghujung sehingga krisis makanan dan keselamatan, semuanya dimuatkan dalam satu tahun yang mencabar. Kata orang, waktu sukar melahirkan pemimpin yang baik. Diharapkan, dunia akan bertemu pemimpin-pemimpin yang baik dalam waktu sukar ini supaya kita warganya dapat menempuh keluar segala krisis dan generasi seterusnya dihadiahkan dunia yang lebih baik untuk mereka. Sehubungan itu, Relevan ingin memperkenalkan anda kepada tujuh pemimpin berpengaruh tahun ini, menurut senarai yang dikeluarkan oleh majalah TIME. Kami memberikan anda pengenalan, maklumat selanjutnya tentang mereka boleh anda cari sendiri selepas ini. Mia…

Read More

FENOMENA graduan bekerja di luar bidang kini semakin menjadi norma. Terutamanya selepas pandemik Covid-19 apabila pasaran pekerjaan hampir runtuh akibat sekatan pergerakan di seluruh dunia, lebih ramai graduan memilih untuk mendapatkan apa saja pekerjaan yang ada asalkan punya pendapatan untuk menampung hidup. Mencari kewajaran tindakan ini adalah mudah, ia tentang kemandirian (survival). Dalam pasaran kerja yang sangat kompetitif namun dibelenggu tawaran gaji yang rendah ini, graduan sanggup bermula semua dari sifar dan belajar kemahiran baharu demi pendapatan yang berbaloi. Sehubungan itu, bekerja dalam sektor yang berbeza dengan bidang pengajian sudah menjadi kebiasaan. Ada graduan pendidikan yang bekerja sebagai penulis, ada…

Read More

INFLASI Malaysia yang diukur melalui Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 3.4 peratus pada Jun lalu kepada 127.4 berbanding 123.2 pada bulan sama tahun sebelumnya.  Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, penyumbang utama kenaikan inflasi pada bulan tersebut ialah indeks makanan yang meningkat 6.1 peratus. Semua kumpulan lain kecuali komunikasi turut merekodkan peningkatan dan mendorong kepada inflasi keseluruhan. Indeks pengangkutan meningkat 5.4 peratus diikuti dengan restoran dan hotel (5.0 peratus); hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.4 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.2 peratus) serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (2.2 peratus). “Pada Jun, kesemua subkumpulan bagi makanan dan…

Read More

PENDUDUK di Kepulauan Melayu mempunyai sejarah panjang sebagai bangsa maritim. Petempatan awal yang kebanyakannya dibuka berdekatan dengan laut membuatkan penduduk di kepulauan ini tidak asing dengan pelayaran serta aktiviti kelautan. Warisan maritim Melayu juga unggul. Dari perkapalan hingga perdagangan melalui laut, etnik Melayu mempunyai kepakaran yang pernah menjadi antara yang terbaik di dunia. Maka, tidak hairanlah apabila ada teori mengatakan seorang pelaut Melayu merupakan manusia pertama yang berjaya mengelilingi dunia. Teori ini diakui beberapa pakar sejarah yang melihat bukan pelayar Portugis, Ferdinand Magellan atau pembantunya dari Sepanyol, Juan Sebastian Elcano yang pertama mengelilingi dunia, sebaliknya hamba dan jurubahasa kepada Magellan,…

Read More