KU SYAFIQ KU FOZI

BAJET 2023 akan dibentangkan pada 7 Oktober ini oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, belanjawan tahunan negara itu dibentangkan tiga minggu lebih awal berbanding tarikh sebenar. Setiap tahun, rakyat akan menantikan pembentangan belanjawan bagi mengetahui perbelanjaan kerajaan sepanjang tahun, lebih-lebih lagi berkenaan bantuan kewangan dan subsidi yang disediakan kerajaan. Untuk 2023, perkara tersebut lebih ditunggu-tunggu kerana dunia dijangka berdepan kemelesetan pada tahun hadapan. Strategi kerajaan untuk menangani kemelesetan ekonomi, termasuk membantu rakyat menjalani kehidupan dalam fasa mencabar tersebut akan diperhati rakyat, terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung…

Read More

GENERASI Z atau Gen Z merupakan generasi paling berpengaruh di dunia ketika ini. Secara umum, generasi ini merupakan mereka yang lahir antara 1997 hingga awal 2000. Ketika ini, dianggarkan 30 peratus daripada populasi dunia merupakan Gen Z. Mereka juga merupakan generasi terbaharu yang memasuki alam pekerjaan. Disifatkan sebagai natif digital (generasi yang lahir dan membesar dalam dunia digital), pelbagai pandangan telah dikongsikan tentang sikap dan ciri mereka dalam alam pekerjaan.  Hal ini menjadi tumpuan perbincangan dalam sektor sumber manusia kerana pengurusan Gen Z sebagai pekerja akan menentukan jatuh-bangun dan kejayaan syarikat. Ciri pemikiran dan budaya mereka yang berbeza memberi cabaran…

Read More

SEBANYAK 20 universiti awam (UA) di negara ini hanya dapat menempatkan 71,615 pelajar bagi kemasukan sesi akademik 2022/2023.  Kapasiti yang terhad ini menyebabkan sebanyak 20,732 calon yang layak dan melepasi syarat am gagal dalam permohonan mereka melalui Unit Pusat Universiti (UPU) yang diumumkan 25 September lalu. “Tempat di universiti awam adalah terhad dan sekarang ini persaingan terlalu tinggi untuk mendapatkan tempat. “(Ini) menunjukkan satu perkara baik kerana bakat untuk masuk universiti adalah yang terbaik dalam kalangan terbaik, (mereka) bakat masa depan negara,” kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar dalam taklimat media pada 29 September. Menurut Husaini,…

Read More

SABAN tahun, apabila keputusan Unit Pusat Universiti (UPU) diumumkan, pasti akan ada luahan kecewa daripada pemohon yang gagal. Ramai juga yang mempertikaikan proses pemilihan oleh UPU. UPU mempunyai sistem yang tersendiri dalam menilai permohonan bakal pelajar. Melalui sistem ini, faktor kejayaan atau kegagalan pemohon boleh jadi pelbagai. Walaupun mempunyai keputusan akademiknya cemerlang, seorang pemohon boleh gagal disebabkan faktor lain seperti markah kokurikulum yang rendah, tiada kekosongan tempat atau semudah terlupa menekan satu butang ketika membuat permohonan. Hati-hati memohon Permohonan UPU perlu dibuat dengan berhati-hati kerana dengan sedikit kesilapan, anda boleh kehilangan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang diidamkan. Selidik…

Read More

BERITA pemergian ulama besar kelahiran Mesir, Sheikh Yusuf al-Qaradawi pada 26 September lalu ditangisi umat Islam yang terhutang ilmu dan kebijaksanaan kepadanya. Pemimpin rohani Ikhwanul Muslimin itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun di Doha, Qatar, negara yang didiaminya selepas menjadi buangan kerana lantang mengkritik kerajaan pimpinan Abdel Fatah al-Sisi di Mesir. Yusuf dikenali sebagai ulama yang tidak mengehadkan ajarannya kepada mazhab dan kumpulan tertentu dalam Islam. “Beliau mungkin ulama Islam paling ‘antarabangsa’ yang ada dalam zaman moden ini; mungkin yang paling berpengaruh kerana beliau tidak mengehadkan ajarannya kepada bahagian Islam yang tertentu,” kata koresponden kanan Al Jazeera English,…

Read More

BANK Negara Malaysia (BNM) mengarahkan institusi kewangan untuk mengambil langkah pencegahan tambahan bagi membendung jenayah penipuan kewangan yang semakin kerap berlaku baru-baru ini. Gabenornya, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd. Yunus berkata, semua bank dikehendaki memastikan kawalan dan standard keselamatan mereka sentiasa berada pada tahap tertinggi, terutamanya bagi perkhidmatan perbankan internet dan mudah alih. Kata beliau, BNM juga mengeluarkan panduan keselamatan kepada industri kewangan dari semasa ke semasa mengenai modus operandi penipuan terkini serta langkah keselamatan tambahan yang perlu diambil bank-bank bagi melindungi simpanan pelanggan. “Hakikatnya, kaedah penipuan atau modus operandi yang diguna pakai penjenayah akan sentiasa berubah-ubah. “Oleh yang demikian,…

Read More

MELIHAT kanak-kanak kecil dalam lingkungan tiga hingga enam tahun bermain telefon pintar atau tablet sudah menjadi kebiasaan. Kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada 2020 mendapati 47 peratus kanak-kanak yang berusia antara lima hingga 17 tahun menggunakan internet. Ia meningkat dengan mendadak berbanding hanya 18.4 peratus pada 2016. Ramai ibu bapa mengizinkan anak-anak menggunakan gajet kerana sedar kebaikan yang boleh diperolehi daripada aktiviti tersebut, lebih-lebih lagi melalui video-video pendidikan yang boleh ditonton secara percuma. Namun, aktiviti tersebut turut membawa keburukan. Sehubungan itu, ibu bapa perlu bijak mengawal masa anak-anak dengan gajet yang jika berlebihan, boleh memberi kesan buruk yang…

Read More

PEMBELIAN barangan secara dalam talian sudah menjadi kebiasaan di Malaysia. Lebih-lebih lagi ketika pandemik Covid-19, lebih ramai yang selesa membeli barang dalam talian berbanding secara fizikal. Trend tersebut berterusan sehingga kini walaupun pergerakan tidak lagi terbatas seperti dahulu. Menurut laporan  Digital 2022, terdapat 14.43 juta rakyat Malaysia berbelanja secara dalam talian pada Februari 2022 dengan nilai perbelanjaan tahunan mencecah AS$8.17 bilion (RM37.31 bilion). Walau bagaimanapun, masih ramai pengguna di Malaysia yang tidak peka dengan caj tambahan atau bayaran tersembunyi yang dikenakan apabila membeli barangan dari negara luar. Begitu juga apabila melancong ke luar negara. Ramai yang terperangkap apabila pelbagai caj…

Read More

RASUAH merupakan musuh besar kepada ekonomi sesebuah negara. Dari kerajaan purba hingga moden, hampir semua ketamadunan pernah berhadapan masalah rasuah. Pada zaman ini, negara dengan ekonomi membangun dan baru muncul lebih terdedah kepada masalah rasuah.  Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dibangunkan Transparency International menunjukkan tiada negara yang terlepas daripada persepsi mengamalkan rasuah (markah terbaik diperolehi Denmark, Finland dan New Zealand pada 2021, iaitu 88 markah). Namun, gambaran yang lebih jelas dapat dilihat ialah negara-negara maju mempunyai markah yang lebih baik dalam indeks tersebut. Negara dengan ekonomi membangun dan baru muncul cenderung mencatat markah yang rendah. Malaysia menduduki tangga ke-62 daripada…

Read More

SEJAUH mana bencinya kita kepada pemimpin yang mengamalkan rasuah?  Antara pemimpin yang rasuah dengan pemimpin yang melakukan dosa peribadi seperti makan babi atau minum arak, mana yang lebih kita benci? 36 tahun lalu, pakar sosiologi terkemuka dunia, Profesor Datuk Dr. Syed Hussein Alatas pernah menulis yang kita lebih marahkan pemimpin yang makan babi berbanding pemimpin yang mengamalkan rasuah. Kata Syed Hussein dalam rencananya di Berita Harian Singapura pada 3 April 1986, orang Islam waktu itu tidak begitu kuat emosinya dalam menentang rasuah, tetapi akan sangat marah jika pemimpinnya makan babi. “Kalau umpamanya kita katakan pemimpin itu suka makan babi, mudah sekali,…

Read More