Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan
    • 10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor
    • Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

      June 3, 2023

      10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

      June 2, 2023

      Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

      June 2, 2023

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ramai gagal UPU kerana persaingan, tiada ‘kabel’ dan ‘orang dalam’

    Ramai gagal UPU kerana persaingan, tiada ‘kabel’ dan ‘orang dalam’

    By KU SYAFIQ KU FOZISeptember 29, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TEMPAT di universiti awam adalah terhad dan persaingan terlalu tinggi untuk pelajar mendapatkan tempat. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SEBANYAK 20 universiti awam (UA) di negara ini hanya dapat menempatkan 71,615 pelajar bagi kemasukan sesi akademik 2022/2023. 

    Kapasiti yang terhad ini menyebabkan sebanyak 20,732 calon yang layak dan melepasi syarat am gagal dalam permohonan mereka melalui Unit Pusat Universiti (UPU) yang diumumkan 25 September lalu.

    “Tempat di universiti awam adalah terhad dan sekarang ini persaingan terlalu tinggi untuk mendapatkan tempat.

    “(Ini) menunjukkan satu perkara baik kerana bakat untuk masuk universiti adalah yang terbaik dalam kalangan terbaik, (mereka) bakat masa depan negara,” kata Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar dalam taklimat media pada 29 September.

    Menurut Husaini, pihaknya menerima 115,477 permohonan daripada calon lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf.

    Daripada jumlah tersebut, sebanyak 90,745 calon layak dan melepasi syarat am berbanding 71,615 kapasiti tempat yang disediakan di 20 UA.

    ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimana pemilihan ke universiti melalui UPU dibuat?

    Kata beliau, untuk 10 program paling kompetitif, permohonan yang diterima ialah tiga kali ganda lebih banyak berbanding penawaran tempat.

    Sebagai contoh, katanya, program perubatan mempunyai 1,841 calon layak tetapi hanya 692 calon yang ditawarkan tempat; perakaunan (4,258 layak, 1,502 tempat) dan undang-undang (1,660 layak, 541 tempat).

    Antara sebab calon gagal adalah tidak memenuhi syarat khas program pengajian, tiada kekosongan tempat terutamanya untuk program kompetitif, gagal dalam saringan temu duga dan kedudukan merit yang rendah.

    Calon yang gagal bagaimanapun masih berpeluang membuat rayuan sehingga 5 Oktober ini.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jangan putus asa jika gagal UPU, ini langkah untuk buat rayuan

    Kata Husaini, jika masih gagal di peringkat rayuan, calon masih boleh membuat permohonan kemasukan terus ke universiti selain pilihan masuk ke institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

    “Rayuan ke Kolej Komuniti dan institut latihan kemahiran awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan bukan melalui UPUOnline. Hanya rayuan ke UA dan politeknik sahaja melalui UPUOnline,” katanya.

    Sementara itu, Husaini turut menolak dakwaan wujud campur tangan ‘orang dalam’ sebagai jalan pintas buat sesetengah calon untuk masuk ke UA.

    Kata beliau, tawaran ke universiti dibuat melalui sistem UPUOnline maka tidak wujud dakwaan penggunaan ‘kabel’ atau jalan pintas.

    ARTIKEL BERKAITAN:  Pelbagai faktor tentukan kemasukan ke universiti, akademik sahaja bukan penentu

    “Kalau nak kata dapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.75 pun tak dapat tempat, ia disebabkan persaingan terlalu tinggi. Sukar juga nak kata ada ‘kabel’ kerana tawaran berdasarkan sistem.

    “Pihak UPU sebelum nak keluarkan tawaran kemasukan, semua naib canselor berkampung empat hari untuk memastikan sistem kita tidak ada cacat cela yang menyebabkan kegagalan. Jadi saya menafikan perkara ini,” katanya. – RELEVAN

    featured pendidikan upu
    Artikel Terkini

    Kenali 4 makanan tradisi Sarawak, ada manfaat kesihatan

    June 3, 2023

    10 ‘port’ sarapan menarik di Selangor

    June 2, 2023

    Jom bawa anak-anak pusing Selangor di 10 lokasi percutian ini, makanan pun sedap

    June 2, 2023

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.