Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Apa yang perlu diperhatikan dalam pembentangan Bajet 2023?

    Apa yang perlu diperhatikan dalam pembentangan Bajet 2023?

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 4, 2022Updated:October 4, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENJAWAT awam, Nathasha Diyana Zulkifly melihat buku Konsultasi Bajet 2023 pada Majlis Konsultasi Bajet 2023 di Kementerian Kewangan, Putrajaya, 23 Ogos lalu. - GAMBAR FAISOL MUSTAFA/UTUSAN

    BAJET 2023 akan dibentangkan pada 7 Oktober ini oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Berbeza dengan tahun-tahun sebelum ini, belanjawan tahunan negara itu dibentangkan tiga minggu lebih awal berbanding tarikh sebenar.

    Setiap tahun, rakyat akan menantikan pembentangan belanjawan bagi mengetahui perbelanjaan kerajaan sepanjang tahun, lebih-lebih lagi berkenaan bantuan kewangan dan subsidi yang disediakan kerajaan.

    Untuk 2023, perkara tersebut lebih ditunggu-tunggu kerana dunia dijangka berdepan kemelesetan pada tahun hadapan.

    Strategi kerajaan untuk menangani kemelesetan ekonomi, termasuk membantu rakyat menjalani kehidupan dalam fasa mencabar tersebut akan diperhati rakyat, terutamanya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang dijangka berlangsung tahun ini.

    Hampir pasti belanjawan terbesar

    Hampir setiap tahun, belanjawan yang dibentangkan merupakan belanjawan terbesar dalam sejarah. Ia normal kerana nilai wang akan susut disebabkan inflasi, menyebabkan jumlah wang yang dibelanja secara nominal akan bertambah.

    Dalam Belanjawan 2020, jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan adalah sebanyak RM297 bilion. Jumlah ini meningkat kepada RM322.5 bilion dalam Belanjawan 2021 dan terus meningkat kepada RM332.1 bilion dalam Bajet 2022.

    Untuk Bajet 2023, jumlahnya dijangka terus meningkat. Pensyarah Kanan Putra Business School (PBS), Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menjangkakan jumlah mencecah sehingga RM350 bilion.

    Defisit atau tidak

    Bajet 2023 dijangka akan terus menjadi belanjawan defisit memandangkan negara masih dalam usaha pemulihan akibat pandemik Covid-19 dan persekitaran ekonomi yang mencabar. 

    Belanjawan defisit bermaksud perbelanjaan kerajaan akan melebihi pendapatan. Baki perbelanjaan yang melebihi pendapatan akan ditampung melalui hutang.

    Defisit belanjawan negara meningkat dengan ketara pada 2020 disebabkan pandemik Covid-19. Daripada 3.4 peratus pada 2019, ia meningkat kepada 6.2 peratus pada 2020.

    Ia terus meningkat kepada 6.5 peratus pada 2021 sebelum kembali menurun pada 2022 pada 6.0 peratus. Defisit dalam Bajet 2023 dijangka kurang daripada 6.0 peratus berdasarkan pertumbuhan ekonomi yang dikecap negara pada tahun ini.

    Kesihatan atau pendidikan

    Dalam Bajet 2022, dua kementerian yang menerima peruntukan tertinggi ialah Kementerian Pendidikan dengan RM52.6 bilion (tidak termasuk RM14.5 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi) dan Kementerian Kesihatan dengan RM32.4 bilion.

    Kedua-dua kementerian ini dianggap sebagai kementerian terpenting yang memerlukan perbelanjaan mengurus dan pembangunan yang besar setiap tahun.

    Untuk Bajet 2023, dijangka peruntukan untuk Kementerian Kesihatan akan meningkat dengan signifikan memandangkan permintaan untuk meningkatkan peruntukan kepada kementerian itu sudah beberapa kali disuarakan menterinya, Khairy Jamaluddin.

    Antara sebab perlunya peruntukan yang lebih untuk Kementerian Kesihatan adalah sebagai persediaan untuk menghadapi fenomena negara tua menjelang 2024.

    ARTIKEL BERKAITAN: Peningkatan populasi tua, penyakit tak berjangkit antara cabaran kesihatan di Malaysia

    Walau bagaimanapun, peruntukan untuk pengurusan dan pembangunan pendidikan juga kekal penting. Lebih-lebih lagi selepas kerajaan melaksanakan pengambilan guru seramai 18,702 orang secara sekali ambil (one-off) bermula tahun lalu. Malah, pengambilan sekali ambil itu dijangka akan diteruskan pada tahun hadapan.

    Bantu rakyat

    Seperti yang berlaku setiap tahun, bantuan langsung atau tidak langsung kepada rakyat akan mendapat perhatian ramai. Ini termasuk bantuan tunai seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan subsidi-subsidi berkaitan.

    Dalam Bajet 2022, sebanyak RM8.2 bilion diperuntukkan untuk BKM yang memanfaatkan 9.6 juta penerima. Disebabkan jangkaan kemelesetan ekonomi tahun hadapan, jumlah itu mungkin meningkat dan memanfaatkan lebih ramai orang dalam Bajet 2023.

    Kerajaan juga dijangka akan berbelanja lebih untuk subsidi bagi mengimbangkan kesan inflasi. Pada Ogos lalu, kadar inflasi Malaysia adalah pada 4.7 peratus.

    Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, kerajaan membelanjakan kira-kira RM80 bilion setakat tahun ini untuk pemberian subsidi, bantuan dan insentif.

    Kata beliau, tanpa subsidi, kadar inflasi Malaysia pada Ogos dianggarkan pada 10.6 peratus. Walaupun pertumbuhan inflasi dijangka berkurang pada tahun hadapan, sejumlah besar peruntukan tetap diperlukan untuk mengawalnya.

    Apa-apapun, kita nantikan pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada Jumaat, 7 Oktober ini. Relevan akan terus membawakan perkembangan terkini pembentangan Bajet 2023 untuk anda. – RELEVAN

    Previous Article2,005 kes sembuh Covid-19, 5 kematian
    Next Article Bajet 2023: Fokus penciptaan pekerjaan berkualiti, bawa balik bijak pandai dari luar negara

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.