Facebook Twitter
    Trending
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    • Makanan yang kembalikan kesuburan rambut
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026
    • Kewangan

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana pemilihan ke universiti melalui UPU dibuat?

    Bagaimana pemilihan ke universiti melalui UPU dibuat?

    By September 29, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    AKADEMIK dan kokurikulum cemerlang bukan penentu kejayaan permohonan UPU. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    SABAN tahun, apabila keputusan Unit Pusat Universiti (UPU) diumumkan, pasti akan ada luahan kecewa daripada pemohon yang gagal. Ramai juga yang mempertikaikan proses pemilihan oleh UPU.

    UPU mempunyai sistem yang tersendiri dalam menilai permohonan bakal pelajar. Melalui sistem ini, faktor kejayaan atau kegagalan pemohon boleh jadi pelbagai.

    Walaupun mempunyai keputusan akademiknya cemerlang, seorang pemohon boleh gagal disebabkan faktor lain seperti markah kokurikulum yang rendah, tiada kekosongan tempat atau semudah terlupa menekan satu butang ketika membuat permohonan.

    Hati-hati memohon

    Permohonan UPU perlu dibuat dengan berhati-hati kerana dengan sedikit kesilapan, anda boleh kehilangan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang diidamkan.

    Selidik dahulu cara membuat permohonan dengan betul dan kaedah pemilihan yang digunakan UPU. Kalau tidak faham, cuba berjumpa kaunselor atau hubungi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) Jabatan Pengajian Tinggi (JPT).

    Kalau tak faham juga, bacalah Relevan. Relevan telah menerbitkan beberapa artikel tentang UPU sebelum ini, termasuk dua artikel di bawah:

    ARTIKEL BERKAITAN: Segala yang anda perlu tahu sebelum membuat semakan UPU

    ARTIKEL BERKAITAN: Buat lepasan SPM, ikuti langkah ini sebelum buat permohonan UPU 

    Dalam artikel ini pula, Relevan akan menjelaskan dengan lebih terperinci cara BKPA memproses permohonan UPU. Fahami artikel supaya anda tahu bagaimana pemilihan pelajar ke universiti dibuat.

    Penentuan aliran

    Pertama sekali, pemohon akan dikategorikan mengikut aliran, sama ada sains atau sastera. Penentuan ini hanya melibatkan dua kelulusan, iaitu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Matrikulasi/Asasi. 

    Untuk STPM, pelajar yang mengambil mana-mana dua daripada subjek berikut akan memasuki aliran sains. Subjek tersebut ialah Matematik M, Matematik T, Further Mathematics, Fizik, Kimia, Biologi, ICT dan Sains Sukan.

    PENENTUAN aliran untuk lepasan STPM/Setaraf.

    Pemohon yang tidak memenuhi aliran sains akan secara automatik dimasukkan ke aliran sastera.

    Bagi Matrikulasi/Asasi pula, aliran pemohon ditentukan program yang diikuti, seperti Sains, Teknikal, Kejuruteraan, Perakaunan, TESL atau Undang-Undang.

    Bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan diploma/setaraf, tidak ada penentuan aliran bagi mereka.

    Meritokrasi

    Ya, meritokrasi. Pemilihan pelajar ke universiti berdasarkan kelayakan akademik dan kokurikulum mereka yang dikira menggunakan markah merit. 

    Dalam pengiraan merit pemohon, 90 peratus markah diperuntukkan kepada akademik manakala 10 lagi kepada kokurikulum.

    Pengiraan merit untuk lepasan STPM/Setaraf adalah berbeza mengikut kelulusan. Bagi lepasan STPM, purata nilai gred keseluruhan (PNGK) yang diperlukan untuk pengiraan markah akademik dikira dengan mengambil kira purata nilai gred empat mata pelajaran terbaik, termasuk Pengajian Am.

    PNGK untuk lepasan matrikulasi/asasi pula akan dibekalkan oleh Bahagian Matrikulasi KPM dan Pusat Asasi universiti berkaitan.

    Untuk STAM, penentuan PNGK berdasarkan gred yang diperolehi manakala untuk diploma/setaraf, PNGK berdasarkan keputusan akhir yang diperolehi.

    KAEDAH pengiraan markah akademik untuk lepasan STPM/Setaraf.

    Jumlah akhir markah akademik akan ditambah dengan markah kokurikulum yang diperolehi dari Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian KPM untuk STPM, Bahagian Matrikulasi KPM untuk matrikulasi dan Pusat Asasi universiti masing-masing untuk asasi.

    Pemilihan pelajar

    Markah merit merupakan faktor utama yang menentukan kejayaan calon. Selain itu, faktor susunan pilihan yang diambil juga memainkan peranan.

    Namun, calon perlu memastikan segala langkah dan kriteria asas telah dipenuhi. Ini kerana, ada calon yang mempunyai markah merit tinggi tidak berjaya dalam permohonannya kerana kesilapan mudah, seperti tidak menekan butang “simpan” ketika menghantar permohonan atau tidak memenuhi syarat am dan khas program pengajian.

    Maka, langkah pertama yang perlu dipastikan calon ialah permohonannya dengan maklumat yang lengkap diterima sistem. Jika ada kesilapan pada tahap ini, calon pasti kecewa melihat keputusan nanti.

    Kedua, pastikan pula syarat am dan khas program pilihan dipenuhi. Semak kelayakan anda sama ada sesuai atau tidak dengan program yang dipilih. Jika markah merit anda setinggi gunung pun, jika tidak memenuhi syarat program, anda tidak akan terpilih.

    Ketiga, susun pilihan program anda dengan teliti. Buat kiraan merit untuk semua program pilihan dan congak peluang anda.

    CONTOH pemprosesan pemilihan yang berjaya.

    Jangan terlebih anggar (overestimate) kemampuan sendiri. Anda mungkin pelajar paling cemerlang di sekolah dengan PNGK 3.93, tapi jangan lupa, di luar sekolah ada ramai lagi pelajar dengan keputusan yang lebih cemerlang.

    Oleh itu, susun pilihan anda dengan rasional. Jika markah merit anda sekadar cemerlang (90 ke atas) tetapi bukan sangat cemerlang (95 ke atas), elakkan dari meletakkan program yang popular dalam kalangan pelajar cemerlang sebagai pilihan awal.

    Seimbangkan minat dengan realiti. Paling penting, dapatkan nasihat kaunselor kerana setiap orang akan mempunyai masalah yang berbeza. Tiada nasihat umum yang dapat selesaikan semua masalah anda. – RELEVAN

    Previous ArticlePengesanan kanser paru-paru percuma dengan teknologi AI
    Next Article Ramai gagal UPU kerana persaingan, tiada ‘kabel’ dan ‘orang dalam’

    Artikel berkaitan

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026
    Artikel Terkini

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026

    Cara menabung paling ‘bare minimum’

    January 13, 2026

    Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

    January 12, 2026

    Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

    January 12, 2026

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.