PEMBERIAN Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 sebanyak RM150 secara “one-off” atau sekali sahaja kepada kira-kira 5.2 juta murid sekolah kerajaan seluruh negara disifatkan sebagai nikmat awal tahun yang positif buat para pelajar dan keluarga mereka. Walaupun nilainya sederhana, bantuan ini mampu memberi kesan besar sekiranya dimanfaatkan dengan perancangan dan keutamaan yang betul. Bagi pelajar, sudah tentu insentif ini dapat dimanfaatkan sebagai duit belanja tambahan dan peluang untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersedia dari segi kelengkapan, pembelajaran serta pembentukan nilai tanggungjawab. DAHULUKAN KEPERLUAN ASAS PEMBELAJARAN Utamakan insentif RM150 untuk membeli keperluan asas persekolahan. Pelajar disarankan menggunakan bantuan ini untuk membeli…
AMAL HAYATI FAUZI
“SEDIKIT-sedikit, lama-lama jadi bukit.” Itu pepatah Melayu tentang pengurusan kewangan. Pendapatan kecil bukan alasan untuk tidak menabung, malah ia menjadi penguat semangat untuk terus konsisten ketika menabung. Ini kerana usaha tidak akan mengkhianati hasil. Perunding kewangan berlesen, Dr. Adam Zubir berkata, isu sebenar berlakunya masalah kewangan berpunca daripada kegagalan mengurus duit dengan betul walaupun sudah bergaji. Tanpa pengetahuan asas dan usaha konsisten, gaji sebesar manapun boleh lesap sekelip mata. Jika anda seorang yang sentiasa mempersoalkan ke mana duit pergi sejurus duit gaji masuk atau orang yang mula berjinak menabung, ini petanda anda perlu mengikut lima peraturan asas urus duit yang…
MASALAH rambut gugur bukan perkara baharu. Stres, pemakanan tidak seimbang, kurang rehat serta gaya hidup tidak sihat antara faktor yang menyumbang kepada kesuburan rambut. Selain rawatan di salun, pengambilan makanan berkhasiat memainkan peranan besar dalam memastikan rambut kekal sihat. Menurut laporan daripada Times of India, berikut merupakan makanan terbaik untuk kembalikan kesuburan rambut. Telur Jika rambut mempunyai makanan kegemaran, telur pasti berada di tempat teratas. Rambut terhasil daripada protein dikenali sebagai keratin. Oleh itu, makanan yang mempunyai khasiat protein tertinggi ialah telur. Khasiat telur untuk rambut termasuk biotin, vitamin B12 dan zat besi. Gabungan nutrien ini membantu mengurangkan rambut mudah…
KEMUDAHAN Buy Now, Pay Later (BNPL) semakin popular dalam kalangan pengguna muda. Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), BNPL ditawarkan sebagai alternatif kepada kad kredit membolehkan pengguna memiliki barang terlebih dahulu dan membayarnya secara ansuran. Di sebalik kemudahan yang ditawarkan, ada kesan kewangan yang perlu diambil tahu oleh semua pengguna. Tanpa perancangan atau berhadapan kesempitan kewangan, BNPL akan menjadikan masalah kewangan seseorang lebih buruk. Berikut ialah kelebihan dan kekurangan BNPL yang perlu dipertimbangkan sebelum menggunakannya. Kelebihan BNPL Membantu urus aliran tunai BNPL membolehkan pengguna membuat pembelian tanpa bayaran penuh secara serentak. Ia membantu meringankan beban kewangan untuk tempoh yang…
PERMULAAN tahun 2026 membawa khabar baik buat semua rakyat Malaysia. Baru-baru ini, negara digemparkan dengan perutusan khas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif kewangan bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat. Pengumuman tersebut pastinya memberi kelegaan terutama kepada golongan kurang bernasib baik. Justeru orang ramai disarankan untuk memberi perhatian kepada beberapa tarikh penting melibatkan insentif yang disediakan kerajaan. Berikut ialah perincian tarikh dan jenis bantuan yang bakal diterima sepanjang awal tahun ini: 9 Januari Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula disalurkan kepada 3.7 juta penerima isi rumah, selain 1.3 juta penerima daripada…
RASA mengidam atau lebih dikenali sebagai “craving” sering disalah tafsir sebagai tanda lapar. Walhal, ia adalah keinginan secara mendadak terhadap makanan tertentu terutamanya yang manis atau berkarbohidrat. Tabiat tersebut biasanya dipengaruhi oleh naik turun paras gula dalam badan serta pengurusan pemakanan harian dan bukannya akibat rasa lapar. Menurut ahli biokimia Perancis, Jessie Inchauspe, terdapat beberapa pendekatan mudah demi hilangkan rasa craving. Makan mengikut turutan betul Mulakan hidangan dengan makanan berserat seperti sayur-sayuran, diikuti oleh protein dan lemak dan akhir sekali karbohidrat atau makanan bergula. Turutan pemakanan ini membantu melambatkan proses penyerapan gula dalam badan, seterusnya mengurangkan rasa craving. Sayur sebagai…
PENJAGAAN usus penting bagi menjaga keseluruhan tubuh badan. Menurut pakar-pakar kesihatan, usus dianggap “otak kedua” manusia kerana fungsinya untuk mencerna makanan, mempengaruhi tenaga serta sistem imun badan. Berikut adalah tujuh makanan mesra usus yang boleh dijadikan sebahagian daripada diet harian. Kurma Makanan sunnah nabi ini banyak khasiatnya termasuk kaya dengan serat sehingga mampu melancarkan pencernaan tanpa menyebabkan perut menjadi kembung. Ia juga mengandungi prebiotik iaitu makanan kepada bakteria baik bagi kesihatan usus. Rasa manis semula jadi yang ada pada kurma menjadi alternatif sihat untuk menggantikan gula. Kandungan sihat lain seperti kalium, magnesium dan antioksidan turut menyokong hidrasi serta pemulihan otot.…
TEKANAN kewangan sering dianggap berpunca daripada kegagalan mengurus kewangan. Menurut Wealth Wisdom, punca sebenar masalah tersebut adalah kerana ramai tidak mengetahui jumlah simpanan minimum yang diperlukan untuk terus bertahan apabila berdepan situasi luar jangkaan. Konsep angka selamat Angka selamat merupakan jumlah simpanan minimum demi memastikan kehidupan masih stabil tanpa cengkaman kewangan terutamanya ketika berdepan situasi tidak dijangka seperti kehilangan pekerjaan, kecemasan perubatan dan perbelanjaan berlebihan. Ia menandakan bahawa kewangan anda masih dalam keadaan terkawal dan anda masih mampu meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun sumber pendapatan terhenti. Mengapa konsep angka selamat penting untuk diaplikasikan ? Tidak dapat dinafikan, kos sara hidup…
Tahun berubah. Umur bertambah. Yang paling diingati adalah kita setahun lebih tua. Maka kebimbangan bahawa rupa akan dimamah usia mula menyerap ke sanubari. Anda mungkin tidak dapat menghentikan penuaan tetapi beberapa langkah boleh diambil untuk mengurangkan kesan ditelan zaman. Pengambilan gula berlebihan memberi kesan besar terhadap tubuh badan, mempercepatkan proses penuaan serta menjejaskan fungsi dalaman badan. Menurut ahli biokimia dari Perancis, Jessie Inchauspe dalam bukunya berjudul “Glucose Revolution and the Glucose Goddess Method” beliau berkongsi kajiannya mengenai impak gula terhadap kehidupan harian dan cara terbaik mengaplikasikan pengambilan gula secara sihat. Badan kita sedang “terbakar” secara perlahan Setiap kali paras gula…
TUBUH badan kurus dan langsing sering dianggap lambang kecantikan dan kesihatan ideal. Bagaimanapun, pakar mengingatkan bahawa penurunan berat badan tidak selalunya membawa maksud positif. Dalam sesetengah keadaan, berat badan susut secara mendadak tanpa sebab sebenar boleh menjadi tanda awal penyakit seperti gangguan hormon atau lebih buruk kanser. Menurut pakar kesihatan yang mesra dipanggil Dr. Iman, berikut ialah tiga tanda utama berat badan susut yang wajar diberi perhatian. Risiko penurunan berat badan tanpa diet Kebiasaannya berat badan menurun apabila seseorang mengurangkan pengambilan makanan, diet atau bersenam. Namun, ia mula membimbangkan apabila berat badan turun sekurang-kurangnya lima peratus dalam tempoh tiga hingga…

