Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    By AMAL HAYATI FAUZIJanuary 14, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya. GAMBAR HIASAN KOSMO!

    PEMBERIAN Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 sebanyak RM150 secara “one-off” atau sekali sahaja kepada kira-kira 5.2 juta murid sekolah kerajaan seluruh negara disifatkan sebagai nikmat awal tahun yang positif buat para pelajar dan keluarga mereka. Walaupun nilainya sederhana, bantuan ini mampu memberi kesan besar sekiranya dimanfaatkan dengan perancangan dan keutamaan yang betul.

    Bagi pelajar, sudah tentu insentif ini dapat dimanfaatkan sebagai duit belanja tambahan dan peluang untuk memulakan sesi persekolahan dengan lebih bersedia dari segi kelengkapan, pembelajaran serta pembentukan nilai tanggungjawab.

    DAHULUKAN KEPERLUAN ASAS PEMBELAJARAN

    Utamakan insentif RM150 untuk membeli keperluan asas persekolahan. Pelajar disarankan menggunakan bantuan ini untuk membeli buku latihan, alat tulis, beg sekolah atau kasut yang sudah lusuh dan tidak lagi sesuai untuk digunakan.

    Masih belum terlambat untuk gantikan barang asas persekolahan yang uzur. Langkah ini bukan satu pembaziran, sebaliknya keperluan penting demi keselesaan dan tumpuan pelajar ketika berada di dalam kelas.

    Kekurangan kelengkapan asas sering menjadi faktor pelajar kurang selesa dan hilang  fokus ketika di dalam kelas. Dengan persediaan yang mencukupi, pelajar dapat memulakan  sesi persekolahan dengan lebih yakin dan bersemangat.

    RANCANG PERBELANJAAN SEBELUM MEMBELI

    Selain memenuhi keperluan, pemberian BAP turut menjadi bahan pembelajaran awal dalam aspek pengurusan kewangan. Pelajar digalakkan untuk senaraikan barang yang betul-betul diperlukan sebelum berbelanja bagi mengelakkan pembelian secara impulsif.

    Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), perancangan kewangan perlu dipupuk sejak usia muda bagi membentuk tabiat berbelanja secara berhemah. AKPK menegaskan bahawa kemahiran membezakan antara keperluan dan kehendak adalah asas penting dalam pengurusan kewangan yang bijak.

    Pembelian tanpa perancangan termasuk dorongan perasaan takut ketinggalan atau Fear of Missing Out (FOMO) boleh menyebabkan wang habis tanpa memberi manfaat untuk tempoh yang panjang. Justeru, pelajar digalakkan membandingkan harga dan memilih barangan berkualiti dengan harga berpatutan.

    TINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN

    Selain keperluan dan kelengkapan  asas, insentif RM150 boleh dimanfaatkan untuk meningkatkan kualiti pembelajaran. Pelajar boleh membeli buku rujukan, kamus, buku latihan tambahan sebagai persediaan menghadapi sesi persekolahan bagi tahun ini.

    Bahan akademik ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar menimba ilmu serta memahaminya dengan lebih mendalam, terutamanya mata pelajaran mencabar seperti Matematik dan Sains. Bukan itu sahaja, ia turut meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar secara kendiri apabila di luar waktu persekolahan.

    BELAJAR MENGURUS WANG DENGAN BERTANGGUNGJAWAB

    AKPK turut menekankan bahawa pendedahan awal terhadap pengurusan kewangan membantu membentuk disiplin dan sikap bertanggungjawab dalam diri pelajar. Walaupun masih di bangku sekolah, pelajar wajar dididik untuk mengurus wang dengan bijak agar mereka lebih menghargai nilai setiap ringgit yang dibelanjakan.

    Pelajar yang mampu mengawal perbelanjaan akan lebih menghargai nilai wang serta memahami bahawa setiap duit ringgit yang dibelanjakan perlu memberi pulangan yang bermanfaat kepada diri mereka untuk tempoh lama, lebih-lebih lagi berkaitan dengan pendidikan dan pembangunan diri.

    HARGAI BANTUAN DAN ELAKKAN PEMBAZIRAN

    Bantuan awal persekolahan merupakan tanda keprihatinan kerajaan terhadap pendidikan rakyat sejagat. Justeru, pelajar perlu menghargai bantuan ini dengan menggunakannya untuk tujuan pendidikan dan bukan perkara memudaratkan.

    Sikap menghargai bantuan yang diberikan mencerminkan nilai amanah dan kesedaran sivik dalam diri pelajar. Nilai-nilai ini penting dalam membentuk generasi yang bertanggungjawab dan berdaya saing pada masa akan datang.

    Previous ArticleHutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    Next Article Gaji besar tapi simpanan sikit

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.