MENGURANGKAN pengambilan gula atau istilah yang sering digunakan sekarang “cut sugar” merujuk kepada usaha mengurangkan atau menghentikan gula tambahan dalam makanan terutamanya pencuci mulut atau makanan berproses. Menerusi laporan Times of India, pakar gastroenterologi dari Universiti Harvard dan Stanford, Dr. Sethi berkongsi mengenai keberkesanan “cut sugar” selama dua minggu untuk membantu semua lapisan umur meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan diri. Berikut ialah fasa yang anda perlu bersedia hadapi sepanjang tempoh tersebut. Fasa tercabar pada hari pertama hingga ketiga Permulaan untuk sesuatu sentiasa ada dugaan yang perlu dilalui demi kebaikan diri. Dalam konteks ini, ramai akan mengalami perkara berikut pada tiga hari…
AMAL HAYATI FAUZI
TERDAPAT banyak tabiat yang sering dilabel sebagai tidak produktif seperti menonton filem tanpa henti, meluangkan masa dengan melayari media sosial dan membaca kandungan tidak berfaedah. Ramai beranggapan semua tabiat ini membazirkan masa. Menurut Talent Labs, tabiat yang sering dipandang remeh tetapi berpotensi untuk dijadikan sumber pendapatan atau laluan kerjaya, sekiranya disertai dengan minat yang mendalam dan pemahaman yang betul. Aktiviti harian ini secara tidak langsung membentuk kemahiran tertentu yang relevan dengan keperluan industri masa kini. Gemar menonton filem Menonton filem atau drama secara berterusan sering dianggap pasif. Namun begitu, aktiviti ini sebenarnya melibatkan daya pemahaman terhadap struktur penceritaan dan pelbagai…
SEBELUM membuat permohonan Unit Pusat Universiti atau UPU, perancangan awal amat penting supaya setiap pilihan selari dengan kelayakan serta minat. Persediaan rapi juga dapat mengelakkan kesilapan semasa mengisi permohonan. Berikut beberapa tip persediaan yang wajar diberi perhatian sebelum memohon tempat di universiti awam menerusi UPU. Kenal pasti minat sendiri Memilih program yang sesuai dengan minat sendiri adalah penting kerana anda bukan sahaja perlu mempelajari subjek-subjek berkaitan dalam tempoh dua hingga enam tahun, malah berkemungkinan memperoleh kerjaya dalam bidang sama seumur hidup. Dapatkan nasihat rakan-rakan, guru dan kaunselor serta keluarga tentang pilihan anda. Lakukan sedikit kajian untuk mengetahui subjek-subjek yang akan…
BUKAN semua jenis kain sesuai dijemur, sama ada di dalam atau di luar rumah. Sesetengah fabrik mudah rosak, mengecut atau hilang bentuk jika dikeringkan menggunakan mesin atau digantung secara langsung. Berikut panduan lengkap berdasarkan pandangan pakar penjagaan pakaian. Tuala dan alas kaki bilik air Menurut pakar penjagaan pakaian, tiada sebab praktikal untuk menjemur tuala dan alas kaki bilik air. Ini kerana ia mengambil masa yang lama untuk kering serta mengambil ruang yang banyak. Selain itu, menjemur tuala boleh menyebabkan teksturnya menjadi keras. Oleh sebab itu, ia lebih sesuai dikeringkan dalam mesin pengering. Proses putaran dalam mesin tersebut membantu melembutkan fabrik…
PENDETA Za’ba atau nama penuhnya Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad pasti tidak lekang dari bibir apabila dikaitkan dengan kesusasteraan bahasa Melayu dan pembangunan pendidikan negara secara umum. Negarawan ini bukan hanya dikenali sebagai tokoh bahasa, beliau juga merupakan seorang cendekiawan Melayu dan pendidik yang pemikirannya mendahului zaman. Jasanya meninggalkan kesan mendalam kepada pembentukan Malaysia hari ini. Za’ba percaya bahawa kemajuan bangsa Melayu tidak akan tercapai tanpa pembaharuan menyeluruh dalam cara berfikir, memahami agama, menggunakan bahasa dan mengurus pendidikan. Melalui keyakinan inilah menjadikan beliau disegani ramai kerana berani menegur kelemahan bangsanya sendiri demi masa depan negara yang lebih…
RAMAI beranggapan menyimpan makanan di dalam peti ais merupakan cara terbaik untuk mengekalkan kualiti. Sebenarnya ada makanan yang lebih sesuai dibiarkan pada suhu persekitaran. Menurut laporan Reader’s Digest berikut ialah makanan yang akan baik dan sepatutnya dikekalkan pada suhu persekitaran. Tembikai yang belum dipotong Satu kajian dari U.S Department of Agriculture (USDA) mendapati tembikai yang disimpan pada suhu bilik menghasilkan dua kali ganda antioksidan berbanding buah sama yang disimpan dalam peti ais. Suhu sejuk boleh menghalang pembentukan “beta-carotene” (warna asli pada tumbuhan) yang baik untuk kesihatan kulit dan mata. Bagaimanapun, tembikai yang sudah dipotong perlu disejukkan untuk mengelakkan pembiakan bakteria.…
BUKAN semua orang menerima pelbagai makanan. Jika anda kerap mengelak hidangan tertentu sebelum mencuba makanan, besar kemungkinan anda tergolong dalam kategori “picky eater” – individu yang terlalu memilih makanan. Hanya mengambil makanan yang sama Adakah anda sering mengulangi hidangan yang sama setiap minggu ? Kajian mendapati individu yang terlalu memilih makanan mempunyai tabiat mengambil makanan yang sudah biasa dimakan. Berkemungkinan besar tabiat ini bermula dari zaman kanak-kanak dan berlanjutan sehingga dewasa. Sering elak buah dan sayur Kebanyakan “picky eater” kurang gemar buah dan sayur. Ini kerana rasa pahit, tekstur pelik atau bau kuat membuatkan makanan kaya nutrisi ini kurang menarik…
SERING terlupa untuk menukar sarung bantal? Walaupun nampak remeh, penjagaan kebersihan sarung bantal amat penting untuk memastikan raut wajah kekal bersih dan sihat. Berikut ialah perkara yang perlu anda tahu tentang sarung bantal serta cara penjagaannya. Sarung bantal sebagai pusat pembiakan bakteria Menurut kajian terbaharu oleh syarikat tilam Amerisleep, selepas seminggu tidur menggunakan sarung bantal yang sama, sarung tersebut boleh mencecah tiga hingga lima juta unit pembiakan bakteria (CFU). Secara ringkasnya, situasi ini bersamaan dengan 17,000 kali ganda lebih banyak bakteria daripada mangkuk tandas. Jika anda mencuci sarung bantal hanya sebulan sekali, jumlah bakteria boleh meningkat kepada hampir 12 juta…
MEMBIARKAN mangkuk tandas terbuka sering menjadi tabiat orang ramai. Menurut laporan Reader’s Digest, pakar mikrobiologi mendedahkan tabiat ini boleh memberi kesan serius kepada kebersihan serta kesihatan seluruh ahli rumah. Apa kesannya apa bila kita gagal menutup mangkuk tandas? Mengapa mangkuk tandas dibiarkan terbuka berbahaya ? Menurut Public Health Malaysia, setiap kali anda mengepam tandas, pusaran air yang kuat akan menghasilkan semburan halus dipanggil sebagai aerosol yang mengandungi perkara berikut: Air tandas Bakteria Virus Sisa najis dan air kencing Fenomena ini dikenali sebagai “toilet plume”. Kajian saintifik menunjukkan aerosol ini boleh tersembur sehingga enam kaki atau dua meter ke udara sebelum…
MEMASUKI alam pekerjaan sering digambarkan sebagai kemuncak selepas bertahun-tahun menimba ilmu. Namun sebenarnya, pekerjaan pertama bukan hanya tentang gaji atau pengalaman. Ia proses mencari diri sendiri. Menurut Talent Labs, berikut merupakan realiti yang perlu ditelan semua apabila pekerjaan pertama. Universiti tidak mencerminkan realiti dunia kerja Di universiti, kejayaan diukur melalui markah dan usaha yang jelas hasilnya. Namun di tempat kerja, tidak semua usaha dilihat orang lain dan bukan semua pencapaian mendapat perhatian. Ramai mula sedar dunia sebenar menilai lebih daripada kebolehan akademik. Ia menuntut daya tahan emosi dan keupayaan menyesuaikan diri. Letih walaupun buat semua perkara betul Ramai pekerja muda…

