Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Petanda anda seorang ‘picky eater’

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    By AMAL HAYATI FAUZIJanuary 19, 20262 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Petanda anda seorang 'picky eater'

    BUKAN semua orang menerima pelbagai makanan. Jika anda kerap mengelak hidangan tertentu sebelum mencuba makanan, besar kemungkinan anda tergolong dalam kategori “picky eater” – individu yang terlalu memilih makanan.

    1. Hanya mengambil makanan yang sama

    Adakah anda sering mengulangi hidangan yang sama setiap minggu ? Kajian mendapati individu yang terlalu memilih makanan mempunyai tabiat mengambil makanan yang sudah biasa dimakan. Berkemungkinan besar tabiat ini bermula dari zaman kanak-kanak dan berlanjutan sehingga dewasa.

    1. Sering elak buah dan sayur

    Kebanyakan “picky eater” kurang gemar buah dan sayur. Ini kerana rasa pahit, tekstur pelik atau bau kuat membuatkan makanan kaya nutrisi ini kurang menarik pada mereka.

    1. Tekanan ketika di tempat bersosial

    Pernahkah anda merasa gelisah dan bimbang untuk menghadiri majlis kerana makanan yang bakal dihidangkan? Selain daripada situasi itu, mungkin tabiat memeriksa menu terlebih dahulu sebelum ke restorannya boleh menjadi petanda anda seorang “picky eater”. 

    1. Sensitiviti terhadap deria

    Warna, tekstur bau atau rasa makanan boleh meninggalkan kesan terbesar kepada anda. Sebagai contoh, tekak anda mungkin tidak boleh menerima makanan atau minuman berperisa buah durian dan kelapa. Sensitiviti ini menyebabkan anda sukar mencuba makanan baru dan eksotik.

    1. Pengalaman semasa kanak-kanak mempengaruhi cara anda sekarang

    Sesetengah tabiat “picky eater” bermula dari zaman kanak-kanak. Pengalaman kurang menyenangkan seperti paksaan untuk makan boleh mempengaruhi tabiat pemakanan terkini. Cara didikan ibu bapa dan rutin pemakanan harian turut memberi impak ketika sudah dewasa.

    1. Takut untuk mencuba

    Satu perubahan kecil dalam diet sudah terasa sukar, apatah lagi mencuba makanan yang tidak pernah dimakan. Bagi sesetengah individu, mereka mengambil masa panjang untuk menyukai sesuatu baharu. Mencuba hidangan jarang dimakan boleh menyebabkan mereka rasa cemas dan loya, terutamanya jika lidah sudah terbiasa dengan makanan bergula atau berlemak.

    1. Tabiat pemakanan mencerminkan kesihatan diri

    Pemilihan makanan yang keterlaluan boleh menjejaskan berat badan dan selera makan. Menerusi beberapa kes berkaitan masalah ini, ia boleh menyebabkan gangguan makan dikenali sebagai “Avoidant or Restrictive Food Intake Disorder” (ARFID). Berikut merupakan simptom yang perlu diawasi:

    • Penurunan berat badan
    • Kekurangan nutrien
    • Bergantung kepada ubat-ubatan
    • Elak makan bersama orang lain

    Cara mengatasi

    Bagaimanapun, ada kajian membuktikan orang dewasa boleh melatih diri untuk menerima lebih banyak jenis makanan mengikut cara berikut:

    • Tambah rempah atau sos untuk menghilangkan rasa pahit makanan.
    • Makan sayur bersama kicap atau sos kegemaran.
    • Cabar diri untuk mencuba semula makanan kurang digemari semasa kecil.
    • Latih diri untuk kurangkan makanan manis atau berlemak secara perlahan-lahan.
    • Lebihkan makanan sihat dan kurangkan makanan berproses. -RELEVAN
    Previous ArticleKenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    Next Article 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.