BERPUASA bukan hanya menahan lapar dan dahaga, malah ia memerlukan pengurusan dan gaya pemakanan yang betul supaya tubuh kekal bertenaga dan sihat sepanjang hari. Menurut Hello Doktor, terdapat beberapa tabiat yang sering dilakukan ketika Ramadan tetapi sebenarnya boleh menjejaskan kesihatan. Berikut merupakan tabiat yang wajar dielakkan. Melambatkan waktu berbuka Sengaja melewatkan berbuka selepas masuk waktu Maghrib boleh menyebabkan paras gula darah menurun, keletihan melampau, pening dan dehidrasi. Perut yang kosong terlalu lama boleh mengakibatkan sakit perut atau gastrik. Menerusi perkongsian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dari sudut hukumnya, melewatkan berbuka tanpa sebab adalah makruh kerana bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW untuk…
AMAL HAYATI FAUZI
Trend “masjid hopping” semakin popular dibicarakan, terutama apabila tibanya Ramadan. Selain beribadah, aktiviti ini memberi peluang untuk menghayati keindahan seni bina serta sejarah Islam di Malaysia. Berikut 10 masjid tercantik yang boleh dimasukkan dalam senarai jelajah anda. Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan Masjid yang terletak di Bandar Sri Sendayan ini sering digelar binaan masjid tercantik di Malaysia. Mula dibina pada tahun 2015 dan dirasmikan pada tahun 2019, ia mampu menampung sehingga lima ribu jemaah dalam satu masa. Masjid ini dilengkapi dengan tiga dewan solat, perpustakaan, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah serta kediaman kakitangan. Keindahan reka bentuknya turut menjadikannya lokasi tumpuan…
DILEMA menentukan jurusan pengajian dan hala tuju kerjaya masih menjadi cabaran utama dalam kalangan pelajar, terutamanya apabila tamat alam persekolahan. Menurut Timbalan Naib Presiden Pejabat Strategi Kumpulan, Talent Corporation Malaysia Berhad, Syaza Nazura Noor Azmi, kekeliruan ini bukan satu kelemahan. Sebaliknya, ia merupakan fasa normal dalam proses pertumbuhan diri demi memastikan kehidupan masa depan cerah. Syaza yang juga berperanan sebagai pengasas dan fasilitator kerjaya di Kejar Kerjaya menjelaskan bahawa ramai pelajar belum diberi ruang dan pendedahan mencukupi untuk memahami diri sendiri sebelum membuat pilihan besar dalam hidup. Tidak tahu minat bukan bermakna gagal Menurut Syaza, bukan semua pelajar mampu menentukan…
RAWATAN mencabut gigi adalah prosedur berkesan bagi mengelakkan rasa sakit berpanjangan atau jangkitan pada gigi yang telah rosak. Menurut MediConnexions Consulting, penjagaan selepas rawatan memainkan peranan penting bagi memastikan proses penyembuhan berjalan lancar dan mengurangkan risiko pada kawasan luka. Berikut merupakan panduan yang boleh diamalkan selepas rawatan cabut gigi. Rehat secukupnya Selepas prosedur, tubuh badan memerlukan masa untuk pulih. Elak lakukan aktiviti lasak atau senaman berat dalam tempoh 48 jam pertama. Gunakan masa tersebut untuk berehat dan biarkan badan memberi fokus kepada proses penyembuhan. Pilih makanan lembut Dalam beberapa hari awal, amalkan makanan lembut seperti bubur, sup, yogurt atau kentang…
KETIKA cuaca panas terik atau kering tekak, pemilihan makanan amat penting. Tanpa sedar, sesetengah makanan boleh meningkatkan suhu tubuh badan, dehidrasi dan mengganggu keseimbangan badan. Menurut Real Simple, berikut adalah senarai makanan atau minuman yang perlu dielakkan. Durian Raja buah ini mengandungi gula dan lemak yang banyak. Pengambilannya juga boleh membuat suhu badan meningkat dan menyebabkan rasa haus dengan cepat. Makanan pedas Makanan dengan kepedasan yang tinggi memberi sensasi panas dan menyebabkan badan cepat kehilangan air. Makanan berproses Makanan berproses termasuk kerepek kentang, sosej dan mi segera boleh menjadi punca dehidrasi paling cepat kerana kandungan garam, gula dan perisa tambahan…
ADA kalanya perjalanan hidup tidak berlaku seperti yang dirancang. Ada yang berani meninggalkan zon selesa serta menukar haluan kerjaya demi mengejar impian sebenar. Menurut Jobstreet, berikut merupakan tujuh figura terkenal yang membuktikan bahawa perubahan kerjaya bukan pengakhiran, sebaliknya permulaan baharu. Rowan Atkinson Sebelum dikenali sebagai Mr. Bean, Rowan Atkinson sebenarnya menuntut dalam bidang kejuruteraan elektrik di Universiti Newcastle sebelum menyambung pengajian ke peringkat sarjana di Universiti Oxford. Ketika di universiti, beliau aktif dengan kelab drama dan pada titik inilah minatnya terhadap seni persembahan mula berkembang dan mengubah haluan hidupnya menjadi pelakon komedi. Menerusi siri “Mr. Bean” yang popular sepanjang era…
SEIRING dengan peningkatan suhu di negara ini, pemilihan pakaian menjadi kunci untuk kekal selesa sepanjang hari. Selain memastikan tubuh badan kekal hidrasi, jenis fabrik yang dipakai turut memainkan peranan penting dalam mengurangkan rasa bahang dan peluh berlebihan. Berikut merupakan jenis pakaian yang sesuai dipakai ketika cuaca panas terik. Fabrik mesra kulit Fabrik mesra kulit perlu ada dalam setiap almari pakaian anda. Fabrik jenis ini serap peluh dengan baik dan mengurangkan rasa bahang pada kulit. Antara jenis fabriknya termasuk: Kapas (cotton) : lembut, menyerap peluh dan selesa dipakai harian Linen : ringan dan mempunyai struktur tenunan yang membenarkan aliran udara Buluh…
RAMAI memilih jalan mudah dengan menelan ubat tahan sakit atau “painkiller” setiap kali pening kepala, sakit gigi atau lenguh badan. Kelegaan sementara ini dianggap penyelesaian segera, sedangkan pengambilan tanpa kawalan boleh memudaratkan kesihatan. Menurut STR Behavioral Health, tabiat ini berisiko mewujudkan kebergantungan serta menyukarkan pengesanan punca sebenar penyakit. Painkiller bukan penyelesaian kesihatan berpanjangan Ubat tahan sakit berfungsi untuk mengurangkan kesakitan dalaman. Ia tidak merawat penyakit anda sepenuhnya, sebaliknya hanya menahan sakit yang anda rasai buat seketika. Sekiranya ia digunakan terlalu kerap, badan mula bergantung kepada ubat untuk berfungsi secara normal. Lebih membimbangkan apabila ubat ini mudah didapati di kedai runcit…
“BARU sempat menarik nafas lega pada Jumaat petang, tiba-tiba Isnin kembali”. Situasi ini bermain di fikiran setiap kali hujung minggu. Perasaan resah mula muncul sehingga membuatkan perasaan “Monday blues” menghantui anda sebelum memulakan minggu baharu. Kenapa cuti hujung minggu sering terasa sekejap ? Pakar pengurusan masa, Laura Vanderkam menerusi laporan What To Wear berkata, hujung minggu sering terasa singkat kerana tidak dimanfaatkannya dengan baik. Sepanjang minggu, hidup kita terikat dengan jadual tetap, pergi kerja awal pagi dan pulang ke rumah saat matahari mula terbenam. Apabila hujung minggu tiba, kita cenderung melakukan perkara tidak penting dan hanya bergoyang kaki di rumah…
GURAUAN yang dianggap remeh kadangkala meninggalkan kesan mendalam kepada emosi seseorang individu. Menyedari hakikat itu, pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam menganjurkan program “Gully: Gurau atau Bully?” menerusi See Media Through: Special Edition (SMT SE) di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuantan, Pahang. Program yang berlangsung selama tiga hari itu dianjurkan oleh pelajar semester lima Program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian), Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM), UiTM Shah Alam sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM). Fokus fahami batas gurauan dan buli Bertemakan isu buli, program ini menekankan pemahaman terhadap perbezaan…

