Umi Fatehah

BARU-BARU ini, ramai rakyat Malaysia kongsikan notifikasi gempa bumi yang dihantar oleh Google Maps.  Rata-rata menyatakan mereka agak terkejut dengan notifikasi yang dihantar dengan bunyi yang kuat dan sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran.  Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), berlaku gempa bumi di Utara Sumatera, Indonesia kira-kira jam 10:59 malam, 3 April lalu. Laporan itu menjelaskan gegaran gempa bumi yang berlaku di Indonesia mungkin turut dirasai di sekitar Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Namun, dalam kenyataan tersebut MET menjelaskan bahawa ekoran daripada gegeran itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. Bagaimana gempa bumi…

Read More

BERBELANJA untuk persiapan sebelum Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini mungkin sedikit mencabar dek kekangan kewangan. Hal ini kerana rata-rata ibu bapa baru sahaja berbelanja wang yang agak besar untuk persiapan sekolah anak-anak. Kalau diikutkan, perbelanjaan sekolah perlu dilakukan kerana pendidikan lebih utama berbanding perayaan. Justeru, mungkin agak sukar untuk rancang belanjawan dengan baik kerana segalanya berlaku dalam jangka masa yang dekat. Oleh itu, Relevan kompilasikan beberapa tip jimat berbelanja bagi sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. 1. Senaraikan keperluan Senaraikan semua barang keperluan yang perlu dibeli seperti baju raya, kasut raya sehinggalah barang yang diperlukan untuk membuat…

Read More

BATU karang bersaiz kecil, keras dan diperbuat daripada bahan buangan dalam air kencing yang belum dikeluarkan sepenuhnya. Walaupun penyelidik masih mengkaji kaitan antara kopi dan risiko batu karang, kajian terbaharu membuktikan bahawa pengambilan kafein seperti kopi atau teh boleh membantu mencegah pembentukan batu karang. Apakah kaitan antara kopi dan batu karang? Secara umumnya, kopi mempunyai sifat diuretik. Ini bermakna kopi boleh menyebabkan anda lebih kerap kencing.  Kebanyakan orang termasuk beberapa pakar kesihatan berpendapat bahawa minum kopi mungkin menyebabkan dehidrasi, sekali gus meningkatkan risiko batu karang. Walau bagaimanapun, hasil penyelidikan mengatakan sebaliknya. Malah, kajian terbaharu mengenai batu karang menunjukkan bahawa penggunaan…

Read More

SEJURUS sahaja tamat pengajian, ramai di antara kita mahu terus mula bekerja untuk mencari wang bagi menampung kehidupan. Hidup sebagai orang dewasa bermakna perlu menjadi lebih bertanggungjawab dan sudah perlu menanggung pelbagai komitmen. Umum mengetahui kepentingan bekerja. Tetapi, bagaimana jika pekerjaan yang dilakukan itu membuatkan hidup lebih tertekan kerana tanggungjawab dan beban kerja?  Jika ditanya apakah pekerjaan yang paling tidak bahagia di dunia, pekerjaan apakah yang terlintas di fikiran anda? Sekiranya anda memikirkan pekerjaan jawatan peringkat permulaan atau pekerjaan bergaji rendah sebagai pekerjaan yang paling tidak bahagia, fikirkan semula. Menurut kajian yang dilakukan selama 85 tahun oleh Universiti Harvard, pekerjaan…

Read More

SETELAH seharian menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadan, kita pasti akan tertunggu-tunggu azan Maghrib berkumandang untuk menikmati juadah berbuka puasa.  Namun begitu, perasan atau tidak, kebiasaannya kaum perempuan sahaja yang bertungkus lumus melakukan persiapan untuk berbuka puasa. Begitu juga dengan waktu sahur, mereka juga yang perlu bangun lebih awal daripada ahli keluarga yang lain untuk menyiapkan juadah bersahur.  Bermula daripada membeli bahan masakan, memasak, menghidang dan membasuh pinggan, kebanyakannya ibu atau adik beradik perempuan sahaja yang buat. Ramai antara kita yang berasa lesu dan kurang bermaya kerana berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Ada juga yang hanya tidur…

Read More

BERKAIT dengan musim persekolahan pula, pasti banyak yang perlu dibeli seperti baju sekolah, buku dan perkakas sekolah yang lain. Jadi, bagi ibu bapa yang runsing merancang perbelanjaan persekolahan dan perayaan kali ini, penulis buku Bergaji & Pokai, Suraya Zainudin menasihatkan untuk teliti semula bajet dan susun mengikut kepentingan. “Seharusnya pendidikan diutamakan dan kemudian barulah perbelanjaan untuk musim perayaan. Katakan bajet ada RM5,000 untuk dibelanjakan bagi keperluan persekolahan dan musim perayaan. “Dahulukan dan asingkan sejumlah wang pembelian berkaitan sekolah. Katakan ada baki sebanyak RM2,000, gunakan baki itu untuk raya atau apa-apa pembayaran yang penting seperti bil dan sebagainya,” tegasnya. Jelas Suraya…

Read More

PENGGUNA platform media sosial pasti pernah melihat ciapan berkaitan kewangan yang dikongsikan oleh individu ini. Suraya atau nama lengkapnya, Suraya Zainuddin banyak berkongsikan tip-tip berkenaan kewangan, khususnya perancangan kewangan peribadi di Twitter. Dia merupakan seorang pencipta kandungan. Menurut Suraya, dia sudah berkecimpung dalam penciptaan kandungan sejak 2015 lagi, bermula dengan penghasilan blognya, Ringgit Oh Ringgit yang asalnya bertujuan untuk mencari klien. Pada ketika itu, dia bekerja dalam bidang penulisan. Ada kalanya, Suraya membuat perkongsian berkaitan kewangan peribadinya sebagai suka-suka sahaja. Namun, lama-kelamaan ia mula dapat permintaan yang tinggi sehinggalah blognya sudah stabil dan mampu menjana pendapatan yang tinggi. Baru-baru ini…

Read More

SETIAP tahun, kita pasti menunggu ucapan daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-raja setiap Ramadan, Aidilfitri dan Aidiladha dengan penuh debaran. Tetapi, bagaimana tarikh mula berpuasa dan raya ditentukan? Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita melihat anak bulan untuk menentukan bila kita mula berpuasa. Dalam sebuah hadis oleh Nafi’ dari Ibnu Umar, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda tentang bulan Ramadan. “Jangan kamu berpuasa kecuali kamu melihat hilal iaitu (Ramadan). Dan janganlah kamu berbuka sebelum kamu melihat hilal (Syawal). Apabila penglihatan kamu dilindungi oleh awan, maka hendaklah kamu takdirkannya.” (Sahih Bukhari 2:1787) Hilal atau anak bulan merupakan fasa bulan yang paling nipis dan kurang…

Read More

KECEWA dengan gaji yang ditawarkan oleh syarikat? Sebenarnya, ramai yang mengalami masalah ini terutamanya apabila gaji yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding jangkaan gaji atau gaji bagi pekerjaan yang lepas.  Walaupun pihak perekrut telah memaklumkan bahawa perundingan yang ditawarkan ketika temu duga tidak diterima, anda masih boleh mencuba.  Bagi menjawab soalan sama ada dibolehkan atau tidak untuk melakukan perundingan selepas surat tawaran diterima, ada kemungkinan ia dibolehkan tetapi mungkin sedikit mencabar. Selain itu, tidak semua syarikat bersikap terbuka untuk melakukan rundingan selepas surat tawaran dikeluarkan. Sebaik sahaja anda menerima tawaran itu, kemungkinan untuk perundingan itu berjaya mungkin tidak tinggi dan…

Read More

TIDAK lama lagi Ramadan bakal tiba, pasti ramai yang sudah mula merancang menu dan membeli barangan keperluan dapur untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga.  Seperti yang kita tahu, kini urusan pembelian sudah tidak lagi bergantung pada wang tunai semata-mata. Kita bebas memilih untuk melakukan bayaran melalui kad debit, kad kredit atau imbasan kod Quick Response (QR).  Jika telefon pintar yang dimiliki mempunyai kemudahan transmisi Near Field Communication (NFC), anda juga boleh melakukan pembayaran menggunakan Samsung Pay dan Apple Pay.  Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kedai yang mengenakan syarat seperti hanya menerima bayaran kad jika anda berbelanja melebihi jumlah tertentu.  Terdapat juga…

Read More