Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kurangkan ketagihan TikTok, ubah tabiat demi kehidupan sejahtera

    Kurangkan ketagihan TikTok, ubah tabiat demi kehidupan sejahtera

    By Umi FatehahFebruary 7, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kurangkan ketagihan TikTok, ubah tabiat demi kehidupan sejahtera. - GAMBAR HIASAN COLLABSTR/UNSPLASH

    SEBELUM ini, Relevan kongsikan artikel berkaitan kesan ketagihan TikTok kepada kesihatan fizikal, mental dan emosi. 

    Salah satu petanda utama anda ketagih TikTok ialah masalah tidur atau tidur lewat hampir setiap malam kerana menggunakan TikTok.

    Kalau diperhatikan, sekiranya mempunyai masalah ketagihan TikTok, kesan paling ketara ialah kesukaran untuk menumpukan perhatian.

    Ini bermakna anda hanya dapat fokus dalam masa yang sekejap sahaja apabila melakukan aktiviti yang sama secara berterusan dalam jangka masa panjang seperti membaca buku dan menonton filem. 

    Sudah tiba masanya untuk anda ubah gaya hidup agar tidak terlalu bergantung kepada media sosial untuk mengisi masa. Cuba ikut tip di bawah untuk mengurangkan ketagihan dan penggunaan TikTok dalam kehidupan seharian.

    1. Tutup notifikasi TikTok

    Apabila bercakap tentang mahu kurangkan kekerapan membelek telefon, mod do not disturb ialah pilihan terbaik. Lebih mudah untuk kekal fokus menyelesaikan tanggungjawab atau tugasan kerja. 

    Notifikasi media sosial dicipta bertujuan untuk memberikan anda peringatan secara berkala bahawa ada kandungan baharu yang dikongsi oleh pengguna-pengguna lain. Atau, rakan anda sendiri yang gemar berkongsi video-video TikTok melalui pesanan mesej di aplikasi tersebut.

    Jadi, buang perasaan fear of missing out (FOMO) atau perasaan takut terlepas apabila tidak menggunakan TikTok dan matikan notifikasi.

    Sekiranya tidak mahu menggunakan mod do not disturb kerana bimbang akan ada panggilan penting, anda boleh matikan notifikasi TikTok di tetapan.

    1. Tetapkan had screen time media sosial

    Tetapkan masa pada jam tangan atau telefon untuk mengehadkan jumlah masa yang anda luangkan di media sosial. Peranti iPhone terutamanya mempunyai keupayaan dalam tetapan ‘masa skrin’ untuk menetapkan had masa. 

    Pilih had bergantung kepada keterukan ketagihan TikTok. Katakan satu jam sehari iaitu bersamaan dengan tujuh jam seminggu. Setiap kali anda membuka aplikasi itu, tetapkan had dan mulakan penentu masa (timer). 

    Apabila sudah mencapai had yang ditetapkan, kuatkan diri dan jangan tergoda untuk menambah masa tambahan. Usaha ini mungkin agak mencabar pada peringkat awal tetapi ia akan berbaloi pada akhirnya.

    1. Cari hobi lain di luar dunia media sosial

    Fikirkan-fikirkan semula apa yang anda buat sebelum wujudnya media sosial. Cubalah keluar jalan-jalan di taman, baca buku atau bersenam. Fikirkan perkara yang menggembirakan anda sebelum wujudnya tabiat menatal skrin telefon. 

    Anda juga boleh mempelajari kemahiran baharu yang boleh menyumbang kepada kerjaya. Mungkin anda akan terkejut dengan berapa banyak masa lapang yang boleh diluangkan untuk perkara berfaedah berbanding bergantung kepada media sosial sahaja. 

    Selain itu, hobi baharu yang boleh dicuba seperti mengait, bermain gitar atau memasak lebih menguntungkan dan menyeronokkan. 

    1. Jadikan TikTok sebagai ganjaran

    Apa yang dimaksudkan dengan jadikan TikTok sebagai ganjaran ialah selepas sudah menyiapkan apa-apa tugasan selama satu jam, benarkan diri sendiri untuk menatal media sosial selama 15 minit.

    Namun, anda perlu jujur dengan diri sendiri. Pastikan sudah menyiapkan tugasan sebelum menikmati media sosial.

    1. Padam akaun dan aplikasi TikTok

    Sekiranya anda sedar bahawa kebanyakan masa diluangkan secara dalam talian, sudah tiba masanya untuk berjumpa dan berinteraksi dengan rakan-rakan secara bersemuka. 

    Terpulang kepada seberapa teruk kebergantungan anda terhadap TikTok, mungkin sudah tiba masanya untuk padam akaun dan aplikasi secara serta-merta. Putuskan sama ada anda mahu berehat dalam tempoh yang sekejap sahaja atau untuk selama-lamanya. 

    Kalau selalu meluangkan dua jam dalam satu hari untuk menatal TikTok, kini anda mempunyai lebihan 14 jam dalam seminggu untuk melakukan apa sahaja. Bukan badan sahaja yang memerlukan rehat, otak kita juga perlukan ruang dan masa daripada terus bekerja. – RELEVAN

    Previous ArticleYayasan Maghfirah kongsi rezeki Ramadan, buka 6 pakej infak
    Next Article Berhenti menatal telefon selepas 11 malam, ini sebabnya

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.