Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?
    • Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia
    • Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah
    • Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 
    • 5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah
    • Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya
    • Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir
    • Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026

      Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

      April 21, 2026

      Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

      April 21, 2026
    • Kewangan

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026
    • Pendidikan

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026
    • Kerjaya

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 6 tip ini bantu kesihatan mental pelajar, hidup lebih tenang

    6 tip ini bantu kesihatan mental pelajar, hidup lebih tenang

    By Umi FatehahJuly 14, 2023Updated:July 24, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tertekan dengan kehidupan sebagai pelajar? Ini 6 cara untuk menjaga kesihatan mental anda. - GAMBAR HIASAN CENTRE FOR AGEING BETTER/UNSPLASH

    MELANJUTKAN pelajaran ke peringkat universiti menandakan pelajar-pelajar ini sudah selangkah lebih dekat ke alam dewasa. Fasa ini membawa kepada pertemuan wajah dan persekitaran baharu, tekanan pelajaran dan ketahanan hidup yang kesemuanya perlu digalas di bahu sendiri. 

    Di samping berseronok dan gembira belajar serta meneroka fasa kehidupan baharu, akan ada situasi di mana anda berasa tertekan. 

    Apabila tertekan, kesihatan mental para pelajar mungkin terjejas. Isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar bukan perkara baharu. Keadaan kesihatan mental yang kurang stabil boleh menjejaskan tumpuan, tahap tenaga dan keupayaan pelajar untuk melaksanakan tugasan dan tanggungjawab pelajaran dengan baik. 

    Oleh itu, penjagaan kesihatan mental dalam kalangan pelajar adalah sangat penting. Berikut adalah beberapa strategi yang boleh dilakukan demi kesejahteraan mental masing-masing.

    6 tip ini bantu kesihatan mental pelajar. – INFOGRAFIK OLEH NOOR FATHIMA
    1. Dapatkan tidur yang berkualiti dan cukup

    Tidak kira berapa banyak tugasan yang perlu diselesaikan atau kuliah yang perlu anda hadir, pelajar perlu mengutamakan tidur. Menurut National Institute of Health, pakar mengesyorkan orang dewasa mendapatkan tempoh tidur antara tujuh hingga sembilan jam setiap malam. 

    Kekurangan tidur yang berkualiti berkemungkinan membuatkan pelajar mengalami pelbagai kesan negatif seperti sukar menumpukan perhatian, mendapat gred yang lemah, kebimbangan dan kemurungan. 

    Dengan tekanan yang sudah ada dan ditambah pula kebimbangan dan kemurungan, ia akan menyebabkan kesan yang lebih negatif seperti pemikiran untuk membunuh diri dan juga percubaan membunuh diri. 

    Ia kedengaran menakutkan tapi tidak boleh dinafikan perkara ini wujud. Sudah banyak laporan berita mengenai cubaan membunuh diri dalam kalangan pelajar dikongsikan. 

    Oleh itu, jangan pandang remeh terhadap kepentingan mendapatkan tidur yang cukup.

    1. Luangkan masa untuk penjagaan diri

    Pelajar perlu meluangkan masa untuk diri mereka sendiri dengan melakukan perkara yang mereka gemari. Penjagaan diri (self-care) setiap orang berbeza dan tidak ada cara yang betul. 

    Sebagai contoh, meluangkan masa membaca buku, menulis jurnal, mendaki dan juga menonton filem bersama rakan-rakan. Luangkan sedikit masa untuk lakukan apa sahaja yang anda suka dan jadikan ia rutin harian. Selagi ia tidak menjejaskan tanggungjawab dan prestasi terhadap pelajaran, tidak mengapa. 

    Meluangkan masa untuk penjagaan diri adalah sebahagian daripada rutin yang sihat sambil mengekalkan kesihatan mental yang positif. 

    1. Rehat daripada menggunakan media sosial

    Mungkin pada peringkat awal ia agak sukar untuk dilakukan kerana anda sudah terbiasa menggunakan media sosial untuk mengisi masa lapang. Tetapi, ada sebabnya anda perlu berhenti sebentar daripada menggunakannya.

    Penggunaan media sosial dikatakan boleh meningkatkan risiko berasa cemas dan tertekan. Sudah menjadi sebahagian daripada lumrah manusia yang sering membandingkan kehidupan kita dan kehidupan orang lain yang dilihat di media sosial. 

    Sama ada mereka lebih cantik, pandai, bergaya dan kaya, akan ada ketika anda membandingkan kehidupan diri sendiri dengan orang lain. Ia boleh menyebabkan kekurangan keyakinan diri dan seterusnya memberi kesan negatif kepada kesihatan mental.

    1. Jaga kesihatan badan

    Apabila anda menjaga kesihatan fizikal, ia juga mendorong kepada peningkatan kesihatan mental. Menjaga kesihatan badan bermaksud anda perlu memastikan pengambilan makanan yang berkhasiat, minum banyak air dan lakukan aktiviti fizikal seperti bersenam. 

    Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang akan membuatkan badan lebih cergas dan minda lebih cerdas. 

    1. Tetapkan rutin harian

    Rutin boleh menenangkan dan membantu mengurangkan kebimbangan. Di universiti, anda bertanggungjawab untuk menyusun dan melengkapkan rutin anda sendiri, tidak seperti ketika di bangku sekolah di mana ibu dan bapa membantu menguruskan semuanya. 

    Rutin harian termasuk menetapkan waktu tidur dan bangun, belajar, makan dan bersenam. Rutin harian boleh membantu memberikan pelajar rasa mereka bertanggungjawab untuk mengawal kehidupan sendiri. 

    Rutin harian juga membantu anda kekal sibuk sepanjang hari dan tidak akan duduk terperap di dalam dorm sahaja. Anda juga akan menjalani kehidupan seharian yang lebih produktif dan bermanfaat. 

    1. Jangan takut untuk mendapatkan bantuan

    Jika anda berada dalam waktu yang sukar dan bergelut dengan kesihatan mental, jangan sesekali berasa takut untuk mendapatkan bantuan. Cari kawan yang selesa untuk anda berkongsi cerita dan mengadu, jangan pendam seorang diri.

    Anda juga boleh dapatkan bantuan kaunseling di universiti masing-masing atau khidmat pakar kesihatan mental di luar. Jangan sesekali pandang remeh dan ambil mudah tentang kesihatan mental. Jagalah kesihatan mental anda demi kehidupan yang lebih sejahtera. – RELEVAN

    Previous ArticleFotografi hidupan liar: Kemahiran atau peralatan?
    Next Article Jom suri rumah bebaskan tekanan dengan 7 tip ini

    Artikel berkaitan

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    April 22, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.