Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fotografi hidupan liar: Kemahiran atau peralatan?

    Fotografi hidupan liar: Kemahiran atau peralatan?

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 14, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BAGI Hafiz (kiri) dan Izereen, kemahiran fotografi hidupan liar boleh diasah dengan peralatan asas dan di persekitaran rumah. - SHIDDIEQIIN ZON/RELEVAN

    KITA akui realiti, bukan semua orang mampu mendapatkan peralatan terbaik untuk fotografi hidupan liar, terutamanya pada usia muda.

    Namun, jangan risau. Menurut jurugambar hidupan liar, Izereen Mukri dan Hafiz Yazid, peralatan bukanlah segala-galanya. Malah, anda tidak perlu terus masuk ke hutan untuk mendapatkan gambar.

    “Hidupan liar ada di sekeliling kita. Paling mudah, lalat. Lalat ada bermacam-macam warna, dari mata sampai tubuhnya. Begitu juga nyamuk, belalang, mulakan dengan itu. Kamera telefon pun dah ada banyak fungsi.

    “Mulakan dengan yang kecil-kecil. Selepas itu boleh ambil gambar rama-rama dan sebagainya, selepas itu baru masuk ke hutan,” kata Izereen. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Merakam dan mengenal hidupan liar melalui fotografi

    Bagi Hafiz pula, mungkin sukar untuk mengumpul pendapatan yang banyak dalam fotografi hidupan liar tetapi bidang ini juga ada fungsi pendidikannya. Pengetahuan yang dikumpul melalui pengalaman mengambil gambar pelbagai jenis fauna boleh dikongsikan untuk kesedaran masyarakat.

    Kedua-dua mereka turut berkongsi beberapa hal tentang fotografi hidupan liar. Ikuti tip-tip ini jika anda mahu masuk dalam bidang yang sangat menarik ini.

    • It’s a marathon, not a sprint

    Jangan terburu-buru. Anggap fotografi hidupan liar seperti sebuah kembara yang panjang. Ada orang yang suka membanding-banding koleksi gambar spesies. Relaks dan kumpul perlahan-lahan kerana destinasi bukan yang utama, prosesnya yang penuh nikmat.

    • Kemahiran, bukan peralatan

    Memang tak ramai yang mampu nak beli peralatan canggih untuk mendapatkan gambar paling cantik tetapi itu bukan yang utama. Mulakan dengan membeli barang terpakai, terutamanya peralatan asas.

    Seperti kata Izereen, ia bukan tentang peralatan tetapi siapa yang di belakang peralatan itu.

    “Kalau tak ada kemahiran, gunakan barang mahal pun tak dapat juga gambar yang cantik. 

    “Bagi saya, guna sahaja apa barang yang ada sampai kita rasa barang yang ada itu tak cukup untuk dapatkan apa yang kita nak, baru beli barang yang lebih baik,” kongsi Hafiz.

    • Buat kawan

    Hanya 30 peratus pengetahuannya dicari sendiri, 70 peratus lagi hasil pergaulannya dengan komuniti jurugambar hidupan liar. Itu perkongsian Izereen.

    Memang banyak yang dapat dipelajari jika anda berada dalam komuniti peminat hidupan liar. Banyak ilmu yang dikongsi secara spontan oleh mereka yang lebih berpengalaman yang tidak dapat diperolehi di tempat lain.

    Maka, nasihat mereka, bergaul dan sertai komuniti-komuniti ini.

    • Mereka yang takut dengan kita

    Satu hal yang menarik dikongsikan mereka, hidupan liar bukanlah pemangsa yang perlu ditakuti manusia. Sebaliknya, binatang, contohnya ular, mereka takut kepada manusia.

    “Orang selalu salah faham. Hampir semua jenis ular akan lari dari kita. Dia dapat getaran sikit terus lari.

    “Kalau dia cuba nak serang, maknanya kita dah masuk dalam kawasan dia. Contohnya ular tedung selar, walapun dia dah berpanggung (tegakkan badan dan kebangkan kepala), dia takkan serang kalau kita tak datang dekat,” kata Izereen.

    • Jangan buat binatang stress

    Ada antara jurugambar yang suka ‘memikat’ burung dengan bunyi. Walaupun tidak salah tetapi ia perlu ada batasnya.

    Menggunakan rakaman bunyi burung untuk memikat burung lain turun rendah boleh menyebabkan burung tertekan dan meninggalkan sarangnya. Ini menyebabkan anak-anak mereka terdedah kepada pemangsa.

    Walaupun hanya sebahagian kecil jurugambar hidupan liar yang berbuat demikian, ia perlu dielakkan bagi memastikan biodiversiti di kawasan tersebut tidak terganggu. – RELEVAN

    Previous ArticleAwasi tekanan kewangan, kita boleh murung kerana wang
    Next Article 6 tip ini bantu kesihatan mental pelajar, hidup lebih tenang

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.