Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    By Nur Jasmien Amani Ahmad ZamriJanuary 29, 20263 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Buli: di sebalik gurauan yang menyakitkan. GAMBAR HIASAN CANVA
    Nur Jasmien Amani Ahmad Zamri

    BULI bukanlah isu baharu, namun perbuatan ini terus menular tanpa mengira tempat dan masa sama ada di sekolah, tempat kerja mahupun di media sosial.

    Apa yang dianggap sebagai gurauan sebenarnya boleh mengguris hati seseorang. Gurauan yang melampaui batas boleh memberi kesan psikologi serius kepada mangsa seperti rasa gelisah dan hilang keyakinan diri. 

    Buli siber yang semakin membimbangkan

    Lebih membimbangkan lagi kerana sudah tidak terkira kes buli siber yang berlaku sejak tahun kebelakangan. Contoh buli siber termasuk menerima komen negatif oleh akaun palsu di media sosial atau gambar mangsa disebarkan tanpa izin. Situasi seperti ini menjadikan perbuatan buli sukar dikesan dan dihentikan serta-merta.

    Kesan psikologi dialami mangsa

    Menurut laporan Kementerian Pendidikan Malaysia, jumlah kes buli di sekolah menunjukkan peningkatan ketara sejak tahun 2020 sehingga 2024.

    Dalam tempoh tersebut, kebanyakan mangsa yang terlibat dengan kes buli adalah dalam lingkungan umur 13 hingga 17 tahun. Pada usia ini, mereka sedang mengalami fasa pertumbuhan dan perkembangan emosi yang sensitif. Salah satu daripada kes nyata, seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun dilaporkan diejek secara berulang dan dipinggirkan di sekolah.

    Menurut ibunya, budaya buli itu menyebabkan anaknya meluah perasaan melalui lukisan gambar gelap dan mencederakan diri sendiri dengan melukakan pergelangan tangannya. Asbab trauma itu, mangsa kini menghidapi kemurungan dan serangan panik.

    Kitaran trauma dan pengaruh persekitaran

    Masalah buli berpunca daripada pelbagai faktor. Antara punca utamanya ialah keinginan untuk membuktikan diri paling berkuasa, pengaruh rakan sebaya dan tekanan emosi dalam diri pembuli. Dalam banyak keadaan, mereka juga pernah menjadi mangsa buli.

    Mereka mengulangi kitaran penderitaan itu sebagai cara untuk melepaskan perasaan. Selain itu, kurang perhatian daripada ibu bapa serta persekitaran sosial yang negatif turut menyumbang kepada perilaku keji itu.

    Peranan pelbagai pihak menangani isu buli

    Oleh itu, pendidikan emosi dan nilai empati harus diterapkan sejak peringkat awal persekolahan. Institusi pendidikan perlu melaksanakan program kesedaran anti-buli yang bersifat interaktif dan menyeluruh.

    Kempen seperti “Gurau atau Buli?” merupakan contoh pendekatan kreatif yang menyedarkan pelajar untuk memahami perbezaan antara gurauan sebenar atau tidak. Sekali gus, ia membentuk persekitaran sekolah yang lebih positif dan berempati.

    Peranan media massa juga penting dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap isu buli. Liputan media yang seimbang dan beretika boleh membantu meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa buli bukan sekadar masalah disiplin tetapi satu bentuk penderaan psikologi yang perlu ditangani secara serius.

    Cukup dengan memberikan pendedahan dan ruang agar suara mereka didengari masyarakat untuk dijadikan teladan. Dokumentari dan program televisyen berunsur pendidikan boleh menjadi platform berkesan dalam menyebarkan mesej anti-buli kepada masyarakat.

    Sokongan masyarakat kunci cegah buli

    Pada masa yang sama, masyarakat harus mengubah cara pandang terhadap isu ini. Jangan hanya menyalahkan mangsa.

    Sebaliknya, hulurkan sokongan moral dan emosi. Setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk menolak budaya buli, sama ada sebagai ibu bapa, guru, rakan atau pengguna media sosial. Amalkan sikap bertimbang rasa dan usah sebarkan aib. Ia merupakan langkah kecil yang mampu membawa perubahan besar dalam masyarakat.

    Kesimpulannya, buli bukanlah perbuatan nakal atau gurauan keterlaluan, tetapi satu bentuk kekejaman emosi yang meninggalkan parut dalam jiwa. Setiap insan berhak rasa selamat, dihormati dan dihargai tanpa perlu hidup dalam ketakutan.

    Sudah tiba masanya kita berhenti menormalisasi perbuatan buli. Masyarakat yang berempati ialah masyarakat yang benar-benar bertamadun kerana menghormati dan menyayangi sesama manusia merupakan asas kepada nilai kemanusiaan sejati. – RELEVAN

    Penulis merupakan pelajar sarjana muda tahun akhir kursus Komunikasi Media Baharu, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

    Previous ArticleJadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    Next Article 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    Artikel berkaitan

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.