Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Biasiswa Dana Pendidikan Elena Cooke bantu pelajar miskin

    Biasiswa Dana Pendidikan Elena Cooke bantu pelajar miskin

    By July 4, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEJAK 14 tahun lalu, Dana Pendidikan Elena Cooke telah membantu 56 pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk mencapai impian mereka.

    PADA 2009, sekumpulan bekas pelajar Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS) yang mempunyai visi untuk mempertingkatkan keupayaan anak muda ke tahap tertinggi telah bergabung bagi memulakan satu misi untuk membantu golongan kurang bernasib baik untuk mencapai impian melanjutkan pelajaran tinggi.

    Dari situ, lahirlah Dana Pendidikan Elena Cooke yang ditubuhkan sebagai mengenang jasa bekas pengetua BBGS yang berkhidmat paling lama iaitu mendiang Miss Elena Maude Cooke.

    Beliau mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan terkenal kerana kasih sayangnya kepada para pelajar serta kesediaannya untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.

    Diilhamkan dari sifat penyayangnya, Dana Pendidikan Elena Cooke ditubuhkan untuk membantu pelajar yang kurang bernasib baik dan memerlukan kewangan untuk memperkasakan mereka melalui pendidikan.

    Setiap tahun, Dana Pendidikan Elena Cooke mengalu-alukan permohonan biasiswa daripada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan kewangan.

    Pengerusi Alumni BBGS, Moey Yoke Lai berkata, bagi pelajar yang dilanda kemiskinan, pendidikan adalah kunci untuk membebaskan diri mereka daripada kemiskinan.

    “Namun, ramai daripada mereka mungkin tidak mempunyai peluang atau akses untuk melanjutkan pelajaran disebabkan kekangan kewangan. Di sinilah Dana Pendidikan Elena Cooke menawarkan bantuan.

    “Kami membuka peluang kepada pelajar-pelajar tersebut untuk memanfaatkan dana biasiswa yang akan memperkasakan mereka untuk memupuk potensi pendidikan tanpa rasa bimbang tentang kewangan.

    ”Kriteria pemilihan penerima biasiswa adalah bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga aktif dalam dalam aktiviti kokurikulum dan mempunyai perwatakan yang baik,” jelasnya.

    Kini, setelah 14 tahun, Dana Pendidikan Elena Cooke telah membantu 56 pelajar yang memerlukan bantuan kewangan untuk mencapai impian mereka dan ramai yang telah mencipta kejayaan dalam kehidupan mereka.

    Ujar Moey, Dana Pendidikan Elena Cooke akan terus berusaha untuk bekerjasama dan berikhtiar dalam mengumpul dana bagi membantu lebih ramai pelajar yang memerlukan.

    Dana Pendidikan Elena Cooke telah diwujudkan melalui sokongan kuat penderma korporat, individu dan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi.

    Ini termasuklah Kolej Sunway, Universiti Sunway dan Universiti HELP yang mengetepikan semua yuran pengajian dan yuran am manakala Dana Pendidikan Elena Cooke menyediakan elaun untuk penginapan, buku dan perbelanjaan sara hidup lain.

    Untuk maklumat lanjut dan borang permohonan boleh dimuat turun di sini. – RELEVAN

    Previous ArticleApa itu brisk walking dan berapa pantas patut kita berjalan apabila melakukannya?
    Next Article Gementar pada hari pertama bekerja? Ini 6 tip untuk anda lebih bersedia

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.