Facebook Twitter
    Trending
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kerja bersesuaian dengan para introvert

    5 kerja bersesuaian dengan para introvert

    By Umi FatehahJune 30, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEBANYAKAN pekerjaan lebih sesuai dengan individu mempunyai personaliti ekstrovert. - GAMBAR HIASAN HANNAH WEI/UNSPLASH

    PASARAN kerja hari ini menawarkan peluang untuk individu yang mempunyai ciri-ciri personaliti dan kekuatan yang berbeza-beza. 

    Meskipun terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang sesuai untuk pelbagai jenis personaliti, kebanyakan pekerjaan lebih sesuai dengan individu mempunyai personaliti ekstrovert.

    Jika anda tergolong dalam kumpulan introvert, jangan berputus asa. Sesetengah pekerjaan mungkin akan membebankan kesihatan mental anda, bergantung kepada tahap kemahiran komunikasi dan persekitaran kerja yang diperlukan untuk berkembang. 

    Namun begitu, terdapat banyak pekerjaan untuk diceburi tanpa mengira jenis personaliti sama ada ekstrovert atau introvert. Relevan senaraikan lima pekerjaan terbaik untuk introvert menurut perkongsian di Entrepreneur.

    1. Akauntan

    Akauntan merupakan pekerjaan yang sangat sesuai dengan introvert. Profesion ini kebanyakannya bekerja dengan nombor, mengemas kini buku syarikat, menyemak isu belanjawan dan sebagainya. 

    Jika anda gemar bekerja dengan nombor, apa kata pertimbangkan untuk merancang laluan kerjaya dalam bidang akauntan.

    Tambahan pula, akauntan memperoleh gaji yang lumayan dan berpeluang menjadi Certified Public Accountant (CPA). Sebaik sahaja diiktiraf di bawah CPA, bukan sahaja anda akan memperoleh gaji yang lumayan, malah mempunyai kerjaya yang kukuh selama bertahun-tahun.

    1. Pembangun perisian (software developer)

    Jika anda sukakan komputer dan pengaturcaraan, pertimbangkan untuk menjadi pembangun perisian. Pembangun perisian bertanggungjawab untuk membangunkan laman web, aplikasi dan program yang digunakan di seluruh dunia pada setiap hari. 

    Sekiranya anda mampu menguasai beberapa bahasa dan terus berkhidmat dalam industri ini selama beberapa tahun, anda mampu peroleh lebih daripada enam angka gaji dan mempunyai kestabilan kerjaya untuk dinikmati selama beberapa dekad yang akan datang.

    Apa yang lebih menarik, kerjaya ini sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi dalam pasaran. Justeru itu, kerjaya ini akan kekal relevan untuk beberapa tahun akan datang.

    1. Editor

    Sekiranya mempunyai kemahiran atau kelulusan dalam bidang penulisan dan komunikasi, anda boleh bekerja sebagai editor di agensi penerbitan atau di mana-mana jenis perniagaan lain. 

    Tanggungjawab sebagai editor adalah menganalisis, mengawasi dan membetulkan penulisan orang lain.

    Dalam bidang ini, anda mungkin akan bercakap dengan penulis, wartawan atau rakan sepejabat yang lain. Tetapi kebiasaannya, anda tidak perlu berhubung secara langsung dengan pelanggan atau orang lain yang tidak dikenali. 

    1. Pereka grafik

    Pereka grafik ialah kerjaya berpotensi yang sangat baik untuk introvert. Anda hanya akan menghabiskan masa merenung skrin komputer sahaja. Kebanyakan pereka grafik bekerja dalam talian, jadi komunikasi bersama klien hanya menerusi emel, mesej atau mesyuarat dalam talian.

    1. Arkitek data

    Arkitek data adalah satu lagi pekerjaan yang sangat baik untuk introvert. Hal ini kerana arkitek data ialah pakar analisis data yang bertanggungjawab mengurus dan menghasilkan pelbagai reka bentuk sistem data. 

    Secara ringkasnya, jika anda suka bekerja dengan nombor dan menyediakan perkhidmatan yang berharga kepada syarikat, ini mungkin pekerjaan untuk anda. Sekiranya anda mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang ini, berkemungkinan besar anda akan memperoleh gaji yang sangat lumayan. – RELEVAN 

    Previous ArticleSOP pelitup muka dilonggarkan tapi masih wajib dalam 2 situasi ini
    Next Article 7 lagu alternatif yang menyentuh kasih ibu dan bapa

    Artikel berkaitan

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026
    Artikel Terkini

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.