Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Soal duit, jangan suka ambil ‘shortcut’

    Soal duit, jangan suka ambil ‘shortcut’

    By KU SYAFIQ KU FOZIJune 29, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEMUA hutang boleh jadi buruk kalau kita tak tahu menilai keperluannya dan mengurus pembayarannya. - GAMBAR HIASAN/RUPIXEN.COM (Unsplash)

    STANFORD Marshmallow Test mengajarkan kita tentang pengaruh kepuasan tertangguh (delayed gratification). Kalau faham erti sabar dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati, kita lebih mudah menghadapi cabaran dunia.

    Ini nasihat yang lazim kita dengar. Kata orang tua, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Sabar juga elemen penting dalam Islam, ia sebahagian daripada iman.

    Sehubungan itu, apabila diminta untuk menulis tentang isu hutang dan kecelikan kewangan, saya fikir perkara inilah yang paling penting untuk dibangkitkan: tentang kesabaran dan kekuatan untuk mengelak jalan pintas.

    Sebab godaan ‘syaitan kewangan’ sekarang semakin banyak dan kuat. Ada sahaja jalan yang ditawarkan untuk kita lalai mengurus kewangan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 4 tanda anda bakal jadi hamba hutang

    Rumah terlalu mahal untuk dibeli, maka keluarlah cadangan untuk pinjaman dua generasi. Dia minta kita wariskan hutang pada anak-anak demi mencapai impian memiliki rumah.

    Kos sara hidup semakin tinggi, kita dah tak mampu nak beli barang-barang kehendak. “Tak apa,” kata godaan itu. Dia keluarkan pelan bayaran ansuran bulanan tanpa faedah dan semakan nilai kredit.

    Bisikan-bisikan ini selalu datang apabila kita menatal aplikasi beli-belah dalam talian. Dia buat kita percaya yang kita, dengan ajaibnya, mampu untuk membeli barang kehendak di luar kemampuan melalui pelan hutang.

    Hutang runcit-runcit yang dikumpul melalui pembelian barang kehendak itu akhirnya menggunung juga. Komitmen bulanan jadi tinggi sehingga tiada ruang lagi untuk simpanan atau perbelanjaan kecemasan.

    Bukan semua hutang itu buruk, kita faham hal ini. Namun perlu juga kita faham, semua hutang boleh jadi buruk kalau kita tak tahu menilai keperluannya dan mengurus pembayarannya.

    Ini yang memerangkap kira-kira 34,016 rakyat Malaysia yang muflis sejak 2019 hingga 2023. Mungkin sesetengahnya muflis kerana faktor luaran tetapi asasnya, kita perlu bijak menilai keperluan dan mengurus hutang sendiri untuk mengelak muflis.

    ARTIKEL BERKAITAN: Baik buruk berhutang dengan ‘paylater’

    Dengan kehadiran bentuk hutang baharu seperti beli sekarang bayar kemudian (BNPL), risiko muflis terutamanya dalam kalangan orang muda lebih besar. Kita boleh berhutang untuk lebih banyak barang, termasuk pakaian, gajet dan tiket konsert.

    BNPL memberikan kita kesedaran palsu. Kita dikaburi ilusi bahawa kita ada kemampuan untuk membeli sesuatu barang sebab mampu untuk berhutang. Sedangkan kemampuan untuk berhutang tidak sama dengan kemampuan untuk membeli.

    Pengguna perlu ada kekuatan untuk menolak godaan jalan pintas kewangan yang disajikan banyak pihak sekarang. Latih diri untuk bersabar dan menghargai kepuasan tertangguh.

    Sukar kita nak pastikan diri bebas hutang sepenuhnya pada zaman ini tapi sekurang-kurangnya, berusaha untuk meminimumkan hutang. 

    Kalau tahu diri suka berbelanja secara impulsif, jauhkan diri dari kad kredit atau perkhidmatan BNPL. Kalau tahu situasi kewangan atau kerjaya sedang tidak stabil, jangan buat hutang baharu.

    Berwaspada itu jauh lebih baik daripada terngadah selepas terhantuk. Mencegah muflis itu lebih baik daripada mengubati muflis. Begitulah. – RELEVAN

    Previous Article4 tanda anda bakal jadi hamba hutang
    Next Article Fakta Semesta: Bagaimana pengeluaran air bawah tanah mengubah kecondongan bumi

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.