Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » mySalam jamin kesejahteraan, ini senarai penyakit kritikal dan cara buat tuntutan

    mySalam jamin kesejahteraan, ini senarai penyakit kritikal dan cara buat tuntutan

    By Umi FatehahJune 20, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SKIM mySalam ialah sebuah program perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan. - GAMBAR HIASAN TUBAGUS ANDRI MAULANA/UNSPLASH

    KESIHATAN yang baik merupakan aspek penting dalam membentuk kesejahteraan manusia. Ia layak dimiliki oleh semua orang tanpa batas sosioekonomi.

    Setiap individu mempunyai hak untuk mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti bagi menjamin kehidupan bebas daripada penyakit dan penderitaan yang boleh dicegah.

    Seperti yang kita tahu, rawatan bagi penyakit kritikal boleh mencecah ribuan ringgit. Dalam situasi begini, mungkin kesihatan itu terlalu mewah bagi golongan kurang berkemampuan.

    Untuk memastikan setiap rakyat termasuk golongan berpendapatan rendah mampu menjalani kehidupan yang sihat, kerajaan memperkenalkan inisiatif skim perlindungan kesihatan sosial melalui mySalam.

    Apa itu mySalam?

    Skim mySalam ialah sebuah program perlindungan kesihatan percuma oleh kerajaan. Melalui mySalam, kerajaan memberikan perlindungan takaful kepada individu yang memenuhi syarat untuk menerima manfaat dari Skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam.

    Individu yang menerima bayaran bantuan khas daripada kerajaan, termasuk program seperti Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), berumur 18 hingga 65 tahun, suami dan pasangan secara automatik layak menjadi  penerima mySalam.

    Maklumat mengenai kelayakan mySalam akan disampaikan kepada penerima melalui proses berperingkat, melalui penghantaran SMS ke nombor telefon yang telah dikemas kini untuk program-program yang telah disebutkan di atas.

    Bagi individu yang layak menerima skim mySalam, anda akan menerima pembayaran tunai sebanyak RM8,000 dibayar sekali seumur hidup sekiranya didapati menghidap salah satu daripada senarai 45 penyakit kritikal.

    Anda juga akan menerima pembayaran wang tunai sebanyak RM50 setiap hari untuk tempoh maksimum 14 hari apabila menerima rawatan di hospital.

    45 penyakit kritikal

    Salah satu daripada senarai 45 penyakit kritikal yang dilindungi di bawah mySalam ialah alzheimer atau demensia teruk.

    Kehadiran keadaan ini akan menyebabkan pengurangan yang ketara dalam fungsi mental dan sosial. Pelan rawatan juga memerlukan pengawasan berterusan terhadap peserta atau individu yang dilindungi. Diagnosis ini harus disahkan secara klinikal oleh pakar neurologi.

    Namun, individu yang mengalami kecelaruan otak bukan organik seperti neurosis, penyakit psikiatrik dan kerosakan otak berkaitan dadah atau alkohol tidak akan dilindungi di bawah skim mySalam.

    Selain itu, individu yang mempunyai serangan jantung juga layak dilindungi di bawah skim mySalam, tertakluk kepada tahap keterukan tertentu.

    Pesakit yang mempunyai masalah kegagalan buah pinggang kronik dan memerlukan dialisis secara berkala atau transplan buah pinggang juga layak dilindungi di bawah skim mySalam.

    Untuk mengenal pasti penyakit-penyakit lain yang tersenarai, anda boleh layari laman web rasmi mySalam.

    Proses tuntutan

    Sekiranya anda layak untuk menerima skim perlindungan kesihatan sosial mySalam, berikut ialah cara dan proses tuntutan.

    1. Penerima manfaat mySalam dimasukkan ke hospital atau menerima diagnosis menghidap mana-mana daripada senarai 45 penyakit kritikal dalam tempoh perlindungan.
    2. Log masuk ke www.mysalam.com.my menggunakan No. Kad Pengenalan dan kata laluan yang diterima melalui SMS. Kemudian, anda perlu klik bahagian tuntutan.

      Bagi tuntutan manfaat penghospitalan, masukkan maklumat yang diperlukan dan muat naik salinan Nota Discaj bersama-sama salinan bahagian depan dan belakang kad pengenalan.

      Manakala bagi tuntutan penyakit kritikal pula, anda perlu muat turun borang berkenaan penyakit kritikal dan pastikan ia diisi oleh doktor yang merawat.

      Kemudian, muat naik borang yang lengkap serta salinan bahagian depan dan belakang kad pengenalan.

    3. Pastikan anda telah muat naik borang yang lengkap diisi dan salinan dokumen yang sah sebelum klik Hantar. Sekiranya didapati ada maklumat yang diisi tidak sah atau dokumen tidak lengkap, permohonan anda mungkin akan ditolak.

      Setiap permohonan yang dihantar akan disemak dan diproses oleh Pengendali Takaful untuk kelulusan.

    4. Individu yang menerima manfaat dari mySalam boleh memeriksa status tuntutan melalui portal mySalam untuk mendapatkan maklumat terkini. Pemberitahuan melalui SMS akan dihantar untuk memberitahu sama ada tuntutan telah diluluskan atau ditolak.
    5. Sekiranya permohonan diluluskan, setiap bayaran tuntutan akan dimasukkan terus ke dalam akaun penerima manfaat mySalam.
    6. Penerima manfaat atau ahli keluarga penerima juga boleh mendapatkan khidmat bantuan berkaitan skim ini secara terus dengan berjumpa petugas-petugas mySalam di hospital-hopsital kerajaan seluruh Malaysia. – RELEVAN
    Previous ArticleBelanjawanku ialah panduan, disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah
    Next Article Tarikh pendaftaran calon persendirian SPM 2023 dilanjut sehingga 30 Jun

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.