Facebook Twitter
    Trending
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    • Cara menabung paling ‘bare minimum’
    • Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simpton sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Belanjawanku ialah panduan, disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah

    Belanjawanku ialah panduan, disasarkan untuk golongan berpendapatan rendah

    By June 19, 2023Updated:June 19, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BELANJAWANKU menyediakan panduan untuk orang ramai menyusun perbelanjaan bulanan mereka. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    APABILA panduan Belanjawanku diterbitkan, terdapat bangkangan dan kritikan yang disuarakan, mendakwa panduan tersebut tidak menggambarkan realiti sebenar kehidupan rakyat di bandar-bandar tertentu.

    Antara item yang banyak dipertikai ialah kos tempat tinggal, apabila panduan Belanjawanku meletakkan RM370 sebagai kos untuk menyewa bilik di Lembah Kelang, sedangkan menurut pengalaman beberapa individu, kosnya boleh mencecah RM400 hingga RM500.

    Panduan itu juga dikatakan tidak mengambil kira kos sewa yang tinggi di kawasan dengan kemudahan pengangkutan awam. Bagi mereka yang tinggal jauh daripada akses pengangkutan awam demi mendapat sewa rendah, mereka perlu berbelanja lebih untuk bergerak dari rumah ke stesen.

    Walau bagaimanapun, dalam dokumen Belanjawanku yang diterbitkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan kerjasama Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC) Universiti Malaya (UM), telah dinyatakan bahawa Belanjawanku merupakan garis panduan perbelanjaan untuk pengguna merancang kewangan mengikut peringkat kehidupan serta kesesuaian perbelanjaan mereka.

    Malah, peringatan turut diberikan bahawa buku panduan tersebut bukan muktamad, cuma ia boleh digunakan untuk membantu pengguna merancang kewangan dan mengenal pasti perbelanjaan penting.

    Dalam dokumen sama, turut dinyatakan bahawa Belanjawanku tidak seharusnya dilihat sebagai piawaian untuk apa yang perlu dibelanjakan.

    Untuk golongan berpendapatan rendah

    Relevan turut berkesempatan bertemu Pengarah SWRC, Profesor Emeritus Datuk Dr. Norma Mansor bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan perkara tersebut.

    PROFESOR EMERITUS DATUK DR. NORMA MANSOR

    Diajukan bantahan-bantahan yang disuarakan, kata Norma, Belanjawanku diterbitkan sebagai panduan untuk orang ramai. Dalam menyediakan panduan itu juga, mereka menyasarkan golongan yang berpendapatan rendah.

    “Sasaran kami, siapa yang kami nak mereka belajar dan memperkasakan pengetahuan (kewangan peribadi) adalah mereka yang berpendapatan rendah. 

    “Sebahagian daripada mereka yang mempunyai ijazah boleh dapat gaji (permulaan) sehingga RM3,000. Sebahagian lagi hanya mendapat RM1,500 atau RM2,000. Bagi mereka (yang berpendapatan tinggi) tiada masalah.

    “Sebab dalam aplikasi (Belanjawanku) ada angka mengikut panduan Belanjawanku dan ada juga angka gaji. Kita boleh ikut dua-dua,” katanya.

    Untuk konteks, aplikasi Belanjawanku memberikan pilihan kepada pengguna sama ada untuk menyusun belanjawan mereka mengikut angka-angka yang diberikan dalam panduan Belanjawanku atau mengikut peraturan asas (rule of thumb).

    Sebagai contoh, jika anda mempunyai gaji RM3,000, anda boleh memilih untuk menyusun belanjawan mengikut peraturan asas yang menetapkan nisbah 20 peratus (simpanan), 35 peratus (komitmen) dan 45 peratus (perbelanjaan).

    Menurut Norma, sekiranya gaji pengguna lebih rendah, mereka perlu buat pengubahsuaian pada item-item yang ada.

    “Contohnya, kalau gaji anda RM1,600, mungkin anda perlu kurangkan simpanan walaupun kami berharap anda tak kurangkan simpanan. 

    “Premis kami ketika membuat Belanjawanku adalah selepas dipotong (caruman) KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). Jadi, jika rasa simpanan yang dicadangkan itu terlalu tinggi, boleh dikurangkan.

    “Jika perlu simpanan, gaji masih tak cukup, perlu kurangkan pada item lain,” jelasnya.

    Paling penting, menurut Norma, ialah pecahan item yang telah disediakan dalam panduan Belanjawanku. Ia membantu pengguna mendapat gambaran yang lebih jelas dalam perbelanjaan mereka.

    Ia tidak perlu dipatuhi seratus peratus kerana nilai setiap item akan berbeza mengikut individu. Apa yang boleh dilakukan ialah menyesuaikan perbelanjaan setiap item mengikut kemampuan.

    Minda negara maju

    Bagi Norma, panduan belanjawan yang dibangunkan KWSP dan SWRC adalah penting untuk rakyat Malaysia, terutamanya dalam kalangan mereka yang masih kurang celik tentang kewangan peribadi.

    Disebabkan itu, kata beliau, Belanjawanku bukan hanya mengukur perbelanjaan asas seseorang individu, sebaliknya turut memasukkan item seperti simpanan, perbelanjaan sosial dan perbelanjaan budi bicara (discretionary).

    “Apabila melangkah ke arah negara maju, kita perlu garis panduan yang sejajar dengan tahap pembangunan kita. (Belanjawan) yang menunjukkan seseorang yang hidup dalam negara maju.

    “Jika kita tidak mengukur atau menggalakkan rakyat menuju ke arah itu, minda kita masih minda negara membangun atau tidak maju sedangkan dalam hal lain, kita sudah capai tahap negara maju,” jelas beliau. – RELEVAN

    Previous ArticlePenyakit jarang jumpa Fabry, ini simptom dan rawatan
    Next Article mySalam jamin kesejahteraan, ini senarai penyakit kritikal dan cara buat tuntutan

    Artikel berkaitan

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026

    Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

    January 13, 2026
    Artikel Terkini

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026

    Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.