Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bazar Ramadan, Aidilfitri di Selangor dan Johor Bahru paling laku

    Bazar Ramadan, Aidilfitri di Selangor dan Johor Bahru paling laku

    By June 19, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    JOHOR Bahru menjadi daerah pentadbiran dengan nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri tertinggi pada 2023, dengan jumlah RM207.6 juta mengatasi daerah Petaling (RM204.5 juta) dan Klang (RM87.4 juta).

    Dari segi negeri pula, Selangor tampil mendominasi dengan nilai jualan RM0.6 bilion mengatasi Johor (RM0.4 bilion) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM0.3 bilion). 

    Ketiga-tiga negeri itu menyumbang 50 peratus daripada nilai jualan di seluruh negara.

    Itu merupakan sebahagian statistik berkaitan bazar Ramadan dan Aidilfitri 2023 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan pada 16 Jun.

    Menurut jabatan itu, secara keseluruhannya, nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri pada 2023 meningkat 5.9 peratus kepada RM2.5 bilion berbanding RM2.4 bilion pada tahun sebelumnya.

    Malah, bilangan pekerja juga bertambah 30.3 peratus kepada 203,667 orang pada tahun tersebut.

    Johor menyumbang 35,417 pekerja manakala Selangor 32,760 pekerja dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 10,098 pekerja.

    Bazar Ramadan

    Nilai jualan keseluruhan bazar Ramadan meningkat 2.4 peratus kepada RM2 bilion pada 2023.

    Selangor mencatatkan nilai jualan tertinggi sebanyak RM451.4 juta, diikuti Johor (RM315.5 juta) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM264.3 juta).

    Bagi peringkat daerah pentadbiran, Petaling merekodkan nilai jualan tertinggi sebanyak RM186 juta manakala Johor Bahru mencatatkan RM148.3 juta, diikuti Ulu Langat dengan RM64.3 juta.

    INFOGRAFIK OLEH JABATAN PERANGKAAN

    Sementara itu, Johor mencatatkan bilangan pekerja bazar Ramadan tertinggi iaitu seramai 30,159 orang, diikuti Selangor (26,655 orang) dan Sarawak (14,553 orang).

    Bagi peringkat daerah pentadbiran, Johor Bahru mencatatkan bilangan pekerja tertinggi, iaitu seramai 14,493 orang. Ini diikuti Petaling (8,746 orang) dan Kinta (4,681 orang).

    Bazar Aidilfitri

    Untuk bazar Aidilfitri pula, Selangor mencatatkan jumlah nilai jualan tertinggi, iaitu sebanyak RM112.7 juta. Ini diikuti Johor dengan RM97.5 juta dan Melaka dengan RM47.4 juta.

    Di peringkat daerah pentadbiran, Johor Bahru mencatatkan nilai jualan tertinggi, iaitu sebanyak RM59.3 juta diikuti Klang (RM53.6 juta) dan Melaka Tengah (RM43.5 juta).

    Untuk jumlah pekerja, terdapat 32,281 orang bekerja di bazar Aidilfitri, meningkat 42.6 peratus berbanding 22,635 orang pada 2022.

    Selangor mencatatkan jumlah pekerja tertinggi, iaitu seramai 6,105 orang manakala Johor di tempat kedua dengan 5,258 orang. Kedan mencatat jumlah pekerja ketiga tertinggi dengan 2,850 orang.

    Di peringkat daerah pentadbiran, Klang merekodkan jumlah pekerja tertinggi, iaitus eramai 2,822 orang diikuti Melaka Tengah (2,226 orang) dan Johor Bahru (2,037 orang). – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.