Facebook Twitter
    Trending
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penjagaan oral dalam kalangan warga emas

    Penjagaan oral dalam kalangan warga emas

    By Umi FatehahJune 15, 2023Updated:December 22, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KEPENTINGAN penjagaan oral dalam kalangan warga emas. - GAMBAR HIASAN UMANOIDE/UNSPLASH

    DALAM artikel sebelum ini, Relevan telah kongsikan bahagian satu berkaitan kepentingan penjagaan gigi bersama Dr. Meera Asokan dari Thrive Dental. Bagi artikel ini, Relevan huraikan lagi apa itu pergigian geriatrik buat perhatian pembaca yang lebih berumur.

    Menurut Meera, boleh dikatakan rawatan pergigian am dan geriatrik adalah sama. Cuma yang membezakannya ialah pendekatan yang digunakan. Pendekatan yang dimaksudkan ialah dari sudut diagnostik dan pelan rawatan.

    “Secara ringkasnya, rawatan geriatrik berfokuskan kepada pesakit dan bukan rawatan semata-mata. 

    “Tiada prosedur operasi standard yang tetap dan ia akan disesuaikan untuk pesakit berdasarkan keperluan fizikal dan psikologi mereka,” katanya.

    RAWATAN geriatrik berfokuskan kepada pesakit dan bukan rawatan pergigian semata-mata. – GAMBAR IHSAN DR. MEERA

    Apa yang menarik perhatian tentang Meera ialah dedikasi dan keprihatinan beliau terhadap kesihatan oral dan pergigian dalam golongan individu berumur. 

    Meera menceritakan pengalamannya ketika merawat pesakit Alzheimer. Katanya, beliau dan stafnya selesa merawat pesakit Alzheimer kerana mereka sudah faham dan tahu pendekatan yang perlu digunakan dalam rawatan.

    MEERA sangat berdedikasi dan prihatin terhadap kesihatan oral dan pergigian dalam golongan pesakit berumur. – GAMBAR IHSAN DR. MEERA

    Beliau menegaskan, untuk membantu menyelesaikan masalah pergigian pesakit tersebut, mereka perlu bersabar dengan keadaan fizikal dan mental pesakit. 

    “Oleh kerana mereka takut dengan persekitaran asing, langkah pertama dalam rawatan ialah cuba mendekati hati dan jiwa mereka. Selepas mereka sudah selesa, baru kami boleh mulakan pemeriksaan dan rawatan yang diperlukan.

    “Kami juga perlu pakai baju yang sama setiap kali tiba temu janji pesakit tersebut supaya dia selesa dan tidak rasa seperti dalam persekitaran yang asing. Ia sudah menjadi tanggungjawab kami untuk memberi rawatan dari sudut kesihatan gigi, mental dan juga emosi pesakit,” jelasnya.

    Tambahnya lagi, merawat dan menjaga pesakit berumur boleh menjadi rumit. Selain memerlukan kesabaran yang sangat tinggi, mereka juga perlu melakukan pelbagai persiapan rapi dan bersifat empati terhadap pesakit.

    Sesetengah klinik gigi am tidak mempunyai kelengkapan untuk merawat pesakit yang mungkin memerlukan kelengkapan khas seperti bilik menunggu mesra pejalan kaki dan kerusi roda, bilik rawatan dan kemudahan lain.

    “Saya terinspirasi untuk menubuhkan klinik gigi geriatrik kerana saya percaya warga emas yang tidak mampu berjalan atau mempunyai penyakit kronik lain juga mempunyai hak untuk mendapatkan rawatan pergigian diperlukan.

    “Kami juga akan mengajar penjaga atau ahli keluarga apa yang mereka perlu lakukan bagi membantu pesakit. Setiap temu janji, kami bukan sahaja merawat pesakit tetapi juga mendidik penjaga,” tambah Meera.

    Pesan beliau lagi, jangan apabila umur sudah lanjut dan mengalami pelbagai komplikasi baru mahu mula menjaga gigi dengan baik. Sepatutnya, penjagaan gigi yang rapi dimulakan seawal usia kanak-kanak selepas gigi kekal mula tumbuh. – RELEVAN

    Previous ArticleJaga gigi untuk jaga diri
    Next Article Petua menjaga kesihatan mulut di rumah

    Artikel berkaitan

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026
    Artikel Terkini

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.