Facebook Twitter
    Trending
    • Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga
    • Urus pusaka tanpa tekanan
    • Guru bukan pembantu peribadi anak
    • Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia
    • Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh
    • Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?
    • ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda
    • Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025

      Bukan semua pewangi selamat, ini risiko yang anda perlu tahu

      April 17, 2025

      Kenapa masih penat walaupun dah tidur 8 jam? Ini penjelasannya

      April 14, 2025

      ‘Healing’ tak semestinya melancong, ini 5 aktiviti lain yang anda boleh buat

      April 10, 2025
    • Kewangan

      Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

      May 19, 2025

      Urus pusaka tanpa tekanan

      May 19, 2025

      Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

      May 12, 2025

      Apa itu tarif dan kesannya kepada pengguna

      April 11, 2025

      Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

      April 7, 2025
    • Pendidikan

      Guru bukan pembantu peribadi anak

      May 16, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Jangan ikut kawan, pilih jurusan sesuai dengan minat

      April 28, 2025

      Kecewa dengan keputusan SPM 2024? Semak semula dengan cara ini

      April 24, 2025

      Syarat dan cara memohon patching sijil SPM

      April 24, 2025
    • Kerjaya

      Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

      May 14, 2025

      Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

      May 13, 2025

      ‘Monday blues’? Jangan biar ia kawal diri anda

      May 12, 2025

      Bermula dengan minat, diteruskan sebagai cita-cita

      May 7, 2025

      Nampak remeh tetapi ini 5 punca tak dapat temu duga kerja

      May 2, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Shafa’atussara srikandi pejuang syair

    Shafa’atussara srikandi pejuang syair

    By May 18, 2023Updated:May 18, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SHAFA’ATUSSARA menerima pelbagai pengiktirafan di atas jasa-jasanya memartabatkan syair dan puisi-puisi Melayu tradisional seperti Anugerah Biduan Syair ASEAN 2022 dan Anugerah Bitara Syair Nusantara 2021. - FOTO OLEH FARIZ RUSADIO

    SIAPA sahaja pasti terpukau dengan kelunakan dan kemerduan suara Dr. Shafa’atussara Silahudin ketika mendendangkan alunan syair dengan bait-bait kata yang sangat indah.

    Kelembutan dan tutur bicara yang tersusun rapi menjadi bukti bahawa puisi Melayu tradisional mengalir dalam darahnya sehinggakan telinga berasa tidak puas mendengar beliau berkata-kata.

    Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) itu adalah figura pejuang syair yang cukup popular dalam komuniti pencinta puisi Melayu tradisional baik di dalam negara mahupun di luar negara.

    Beliau menerima pelbagai pengiktirafan di atas jasa-jasanya memartabatkan syair dan puisi-puisi Melayu tradisional seperti Anugerah Biduan Syair ASEAN 2022 dan Anugerah Bitara Syair Nusantara 2021.

    SHAFA’TUSSARA membuat transisi dari bidang Sains ke  bidang seni budaya yang sangat diminatinya.- FOTO OLEH FARIZ RUSADIO

    Beliau juga merangkul johan Pertandingan Dendang Syair Antarabangsa pada tahun 2019.

    Shafa’atussara atau mesra disapa Shafa telah mempopularkan syair di beberapa buah negara seperti Indonesia, Brunei, Tasmania, Australia, China, Belanda dan Vietnam.

    Bercerita lanjut mengenai kecintaannya dalam seni budaya, Shafa berkata, penglibatannya bermula sejak di bangku sekolah rendah apabila beliau sering mengikuti pelbagai pertandingan nyanyian.

    “Bakat seni saya diwarisi daripada arwah bapa yang merupakan guru Bahasa Melayu, Muzik dan Matematik.

    “Berbeza dengan ibu yang merupakan guru subjek Sains dan di sinilah kecintaan kepada seni budaya serta Sains itu bergabung,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.

    Ketika belajar di Maktab Rendah Sains Mara Kuantan, Pahang, beliau semakin rancak mengikuti aktiviti seni seperti nasyid, pertandingan gurindam dan bergiat dalam teater.

    Walaupun sibuk dengan aktiviti seni budaya, beliau tetap meletakkan keutamaan kepada pelajaran sehingga memperoleh keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.

    SHAFA’ATUSSARA telah mempopularkan syair di beberapa buah negara seperti Indonesia, Brunei, Tasmania, Australia, China, Belanda dan Vietnam.

    “Selepas itu, saya menyambung pengajian di Pusat Asasi Sains di UM dan pada masa sama aktif menyanyi

    “Pada tahun 2002 saya menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Biokesihatan di Fakulti Sains, UM.

    “Setelah menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda, saya bekerja sebagai penyelidik di Fakulti Perubatan, UM selama dua tahun dan di sinilah transisi saya sama ada mahu bekerja dalam bidang Sains atau meneruskan minat dalam bidang seni budaya,” katanya yang berasal dari Muar, Johor itu.

    Buntu membuat keputusan demi masa hadapannya, Shafa berjumpa dengan kaunselor UM untuk mendapatkan pandangan dan akhirnya beliau memilih Pengajian Melayu.

    Pada tahun 2008, beliau menyambung pengajian peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang Seni Persembahan Melayu di Akademi Pengajian Melayu, UM.

    “Saya memilih bidang ini kerana ia begitu dekat dengan jiwa. Saya mahu bekerja dengan rasa sukacita, gembira dan inginkan hidup berkualiti apatah lagi kita perlu bekerja dalam tempoh yang lama.

    “Syukur keluarga memberi sokongan penuh walaupun pada

    awalnya agak keberatan, tetapi mereka akur setelah saya memberi penjelasan,” tuturnya yang berpegang kepada prinsip setiap perkara itu perlu dilakukan dengan cemerlang.

    Pertemuan dengan Roslan Madun iaitu maestro syair menjadi titik tolak kepada kecintaannya kepada syair.

    Semuanya bermula pada 2012 apabila beliau mengikuti Pertandingan Puisi Warisan Syair peringkat kebangsaan dan para peserta ketika itu mendapat tunjuk ajar daripada Roslan Madun.

    SHAFA’ATUSSARA bersama Roslan Madun aktif memenuhi jemputan membuat demonstrasi dan bengkel syair di seluruh Malaysia.

    “Sejak itu, saya bergiat aktif memberi demonstrasi syair di sekolah, institusi pengajian tinggi dan terlibat dengan konsert[1]konsert syair di dalam dan luar negara.

    “Saya sayang semua genre puisi Melayu tradisional dan bertanggungjawab melestarikannya, namun saya lebih terserlah dengan syair.

    “Roslan Madun pernah mengatakan bahawa Shafa adalah tangan kanannya dalam kerja-kerja melestarikan syair,” ujar pemegang doktor falsafah (PhD) dalam bidang Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Belanda.

    Shafa bersama Roslan Madun aktif memenuhi jemputan membuat demonstrasi dan bengkel syair di seluruh Malaysia.

    Beliau juga menyebarkan keindahan syair menerusi saluran Youtube miliknya iaitu di Shafa’atussara Silahudin.

    Kini, beliau sedang menjalankan kajian mengenai potensi seni muzik terhadap kesihatan warga tua. Kajiannya itu mendapat kerjasama daripada Fakulti Perubatan, UM.

    BERPELUANG melanjutkan pelajaran di peringkat PhD dalam Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Belanda merupakan peluang yang sangat bermaknak buat Shafa’atussara untuk mengangkat martabat kesenian dan kebudayaan bangsa Melayu.- FOTO OLEH FARIZ RUSADIO

    “Saya percaya apa-apa muzik sekalipun dapat memberi manfaat kepada kesihatan masyarakat terutamanya untuk golongan berusia.

    “Saya mahu masyarakat kita hidup ceria dan bahagia, maka kajian ini ingin melihat kesan muzik kepada kesihatan mental.

    “Pada hari ini saya bekerjasama dengan Fakulti Perubatan UM untuk mengadakan Seminar Pemulihan Kardiak Kesihatan Jantung Warga Emas. Program ini bertempat di Pusat Perubatan UM,” kongsinya yang merupakan Felo di Universiti Malaya Community Engagement Centre (UMCares).- RELEVAN

    featured sajak syair zubaidah
    Artikel Terkini

    Hibah vs faraid? Fahami perbezaannya demi kesejahteraan keluarga

    May 19, 2025

    Urus pusaka tanpa tekanan

    May 19, 2025

    Guru bukan pembantu peribadi anak

    May 16, 2025

    Myra Bradwell: Peguam wanita pertama di dunia

    May 14, 2025

    Mahu kerja dari rumah? Ini cara mulakan pencarian kerja jarak jauh

    May 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.