Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 25 ‘guru luar biasa’ terima peruntukan RM5,000 dari McDonald’s

    25 ‘guru luar biasa’ terima peruntukan RM5,000 dari McDonald’s

    By Umi FatehahMay 16, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s merupakan usaha tahunan McDonald’s Malaysia bagi menghargai warga pendidik KPM yang telah memaparkan komitmen luar biasa.

    MCDONALD’S Malaysia hari ini mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s 2023. AGI McDonald’s ini merupakan inisiatif dan komitmen McDonald’s Malaysia dalam mengiktiraf dan menyanjung warga pendidik yang telah banyak menyumbang dan menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi madani.

    Hasil daripada kolaborasi kukuh bersama Kementerian Pendidikan, AGI McDonald’s 2023 telah berjaya membongkar kisah guru luar biasa di seluruh Malaysia. Hal ini terbukti apabila lebih daripada 16,000 pencalonan telah diterima iaitu melebihi tiga kali ganda daripada jumlah pencalonan tahun lepas.

    “McDonald’s amat menghargai kerjasama strategik dan erat yang telah diberikan oleh pihak KPM. Kejayaan kerjasama ini telah meningkatkan jumlah pencalonan yang berlipat kali ganda pada tahun ini, melebihi 16,000 pencalonan. 

    “Kisah-kisah luar biasa yang diterima menunjukkan anugerah ini mendapat perhatian dan tarikan ramai serta menjadi platform masyarakat berkongsi kisah luar biasa guru kebanggaan yang telah memberi impak dalam kehidupan mereka,” ucap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar.

    Bagi menghargai jasa dan menyokong usaha kementerian untuk memberi fokus kepada kebajikan warga pendidik, McDonald’s Malaysia akan menyumbangkan peruntukan sebanyak RM5,000 bagi menaik taraf bilik guru di sekolah-sekolah penerima AGI McDonald’s bertugas.

    Di samping itu, peruntukan itu juga diberikan sebagai tanda sokongan yang lebih menyeluruh buat guru-guru hebat ini serta rakan sekerja di sekolah tersebut. Majlis pengumuman pemenang ini telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

    “Sumbangan peruntukan menaik taraf bilik-bilik guru ini merupakan antara usaha McDonald’s Malaysia menghargai jasa warga pendidik. Bukan sahaja penerima AGI McDonald’s tetapi juga semua rakan-rakan guru di sekolah beliau kerana mereka juga sedikit sebanyak ada memainkan peranan disini.

    “Hadiah ini juga sebagai tanda sokongan McDonald’s kepada inisiatif Kementerian Pendidikan dalam menjaga kebajikan dan memastikan kesejahteraan guru-guru,” tambah Azmir.

    McDonald’s juga tidak melupakan anak-anak murid yang telah mencalonkan para guru ini. Atas persetujuan dan kelulusan Kementerian Pendidikan, selain pemberian trofi, sijil dan baucar bernilai RM500, mereka juga akan dihadiahkan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) atas inisiatif menghantar kisah-kisah menarik tentang guru kebanggaan mereka. 

    Markah ini akan dapat membantu melonjakkan pencapaian murid-murid dalam bidang kokurikulum iaitu satu elemen penting dalam usaha ke arah kemenjadian murid.

    Sejak pertama kali dilaksanakan pada tahun 2017, AGI McDonald’s telah dianugerahkan kepada 156 guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, memotivasi dan memberi impak kepada generasi muda negara. 

    Bagi merancakkan lagi sambutan Hari Guru dan menghargai para guru, McDonald’s Malaysia akan meraikan guru-guru Malaysia di semua 340 restoran McDonald’s seluruh negara sepanjang bulan Mei ini.

    Tempoh pencalonan AGI McDonald’s 2023 telah mula dibuka pada 20 Mac 2023 dan berakhir pada 15 April 2023. Hadiah utama yang diterima oleh penerima AGI McDonald’s 2023 adalah wang tunai sebanyak RM5,000, trofi dan sijil. 

    Para penerima anugerah ini telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald’s, pegawai-pegawai Kementerian Pendidikan dan pihak media. – RELEVA

    Previous Article9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023
    Next Article Huraian 10 inisiatif memperkasa kebajikan guru oleh Kementerian Pendidikan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.