Facebook Twitter
    Trending
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    • 8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026
    • Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026

      Tanda kolesterol tinggi pada wajah

      January 23, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

    9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 15, 2023Updated:May 15, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    EKONOMI Malaysia berkembang pada 5.6 peratus pada suku tahun pertama 2023. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KELUARAN Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.6 peratus pada suku pertama 2023 berbanding 7.1 peratus pada suku tahun sebelumnya. 

    Secara bulanan, prestasi ekonomi negara berkembang sederhana sepanjang suku tahun pertama dengan pertumbuhan 4.6 peratus pada Januari, 6.6 peratus pada Februari dan 5.6 peratus pada Mac.

    Berbanding negara lain dalam rantau Asia Tenggara, ekonomi Malaysia bertumbuh lebih baik berbanding beberapa negara jiran. Sebagai contoh, Singapura dijangka mengalami pertumbuhan 0.1 peratus pada suku sama manakala KDNK Indonesia kekal meningkat 5.0 peratus.

    Prestasi ekonomi Vietnam dan Filipina pula masing-masing meningkat 3.3 peratus dan 6.4 peratus.

    Bagi memahami punca prestasi ekonomi negara yang memberangsangkan pada suku ini, Relevan menyenaraikan pecahan pertumbuhan mengikut sektor berdasarkan kenyataan Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin pada 12 Mei lalu.

    • Sektor Perkhidmatan

    Sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama ekonomi Malaysia. Pada suku pertama 2023, sektor ini berkembang 7.3 peratus berbanding 9.1 peratus pada suku sebelumnya. 

    Prestasi memberangsangkan ini disumbang oleh subsektor perdagangan borong dan runcit (9.4 peratus); pengangkutan dan penyimpanan (17.0 peratus); perkhidmatan perniagaan (16.2 peratus) serta makanan, minuman dan penginapan (12.0 peratus).

    Perkembangan kukuh yang dicatatkan subsektor perkhidmatan perniagaan didorong oleh agensi pelancongan dan aktiviti berkaitan pelancongan, berikutan peningkatan ketibaan pelancong.

    • Sektor pembuatan

    Sektor pembuatan berkembang sederhana 3.2 peratus pada suku pertama berbanding 3.9 peratus pada suku sebelumnya.

    Ia dipacu oleh subsektor produk elektrik, elektronik dan optikal (3.8 peratus); peralatan pengangkutan, pembuatan lain dan pembaikan (7.7 peratus) serta minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan dan prosesan makanan (7.2 peratus).

    Sebaliknya, produk kayu, perabot, kertas dan produk kertas dan percetakan mencatatkan penurunan 4.0 peratus.

    • Sektor pembinaan

    Sektor pembinaan berkembang 7.4 peratus pada suku pertama 2023, berbanding 10.1 peratus pada suku sebelumnya.

    Prestasi sektor itu disumbangkan pertumbuhan positif dalam kejuruteraan awam (15.9 peratus); aktiviti pembinaan pertukangan khas (8.7 peratus) serta bangunan bukan kediaman (6.4 peratus).

    Walau bagaimanapun, subsektor bangunan kediaman menyusut 3.4 peratus.

    • Sektor perlombongan dan pengkuarian

    Sektor perlombongan dan pengkuarian meningkat 2.4 peratus pada suku pertama 2023, berbanding 6.3 peratus pada suku sebelumnya.

    Ia disokong oleh kesemua aktiviti, terutamanya subsektor minyak mentah dan kondensat yang meningkat 4.0 peratus.

    Gas asli pula bertumbuh pada kadar perlahan sebanyak 0.6 peratus.

    • Sektor pertanian

    Sektor pertanian meningkat marginal sebanyak 0.9 peratus pada suku pertama 2023, berbanding 1.1 peratus pada suku sebelumnya.

    Ia disokong oleh prestasi yang lebih baik dalam subsektor kelapa sawit (3.4 peratus) dan pertanian lain (2.6 peratus).

    • Perbelanjaan penggunaan akhir swasta atau isi rumah

    Perbelanjaan penggunaan akhir swasta atau isi rumah menyumbang 61.5 peratus kepada KDNK. Ia meningkat 5.9 peratus pada suku pertama 2023, berbanding 7.3 peratus pada suku sebelumnya.

    Prestasi ini disokong oleh penggunaan yang lebih tinggi dalam pengangkutan (11.2 peratus), diikuti oleh perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain (8.9 peratus) serta makanan dan minuman bukan alkohol (3.4 peratus).

    • Pembentukan modal tetap kasar (PMTK)

    PMTK atau pelaburan ke atas aset tetap meningkat 4.9 peratus pada suku pertama 2023, berbanding 8.8 peratus pada suku sebelumnya.

    Prestasi PMTK disumbangkan oleh subsektor sturuktur (7.5 peratus); jentera dan peralatan (2.6 peratus) manakala aset lain menguncup 0.3 peratus.

    Berdasarkan PMTK mengikut sektor, kedua-dua sektor awam dan swasta merekodkan peningkatan pada suku pertama 2023.

    • Perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan

    Perbelanjaan penggunaan akhir kerajaan menyusut 2.2 peratus pada suku pertama 2023, berbanding pertumbuhan 3.0 peratus pada suku sebelumnya.

    Ia dipengaruhi pertumbuhan perlahan dalam perbelanjaan bagi bekalan dan perkhidmatan.

    • Eksport bersih

    Eksport bersih kekal positif pada 54.4 peratus untuk suku pertama 2023, berbanding 23.0 peratus pada suku sebelumnya.

    Momentum ini dipengaruhi oleh kejatuhan sebanyak 6.5 peratus dalam import berbanding eksport yang menyusut 3.3 peratus. 

    Prestasi ini disebabkan oleh kemerosotan eksport dan import barangan. – RELEVAN

    Previous Article10 makanan membantu menyejukkan badan ketika cuaca panas
    Next Article 25 ‘guru luar biasa’ terima peruntukan RM5,000 dari McDonald’s

    Artikel berkaitan

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026

    Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

    January 27, 2026
    Artikel Terkini

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026

    Padah lambat makan

    January 27, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.