Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 36 jam beradu idea, UPSI komited pupuk kepimpinan mahasiswa

    36 jam beradu idea, UPSI komited pupuk kepimpinan mahasiswa

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 10, 2023Updated:May 10, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    UPSI mahu mencipta rekod Malaysia bagi program pengucapan awam terpanjang yang pernah dianjurkan.

    SEBAGAI sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang berwibawa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sentiasa berusaha membangunkan potensi kepimpinan bukan sahaja dalam kalangan pelajarnya, malah pelajar universiti-universiti lain.

    Pelbagai program telah dianjurkan dan terbaharu, salah satu kolej kediaman di universiti itu, Kolej Aminuddin Baki (KAB) dengan kerjasama Gerakan Mahasiswa Perak akan menganjurkan program UPSI Leaders Colloquium 2023 yang membuka penyertaannya kepada pelbagai lapis masyarakat, termasuk orang awam dan pelajar sekolah.

    Program itu juga mahu mencipta rekod Malaysia sebagai program pengucapan awam terpanjang yang membincangkan aspek kepimpinan belia dengan durasi penuhnya selama 36 jam.

    Tanpa henti, 36 jam itu akan diisi ucapan-ucapan wakil pelajar dan belia dari seluruh pelusuk negara yang beradu idea dan kata-kata, mencari penyelesaian kepada pelbagai isu kepimpinan belia.

    Pengarah programnya, Siti Fairuz Rohaliza Ejahar berkata, program itu menyasarkan penyertaan 250 peserta yang terdiri daripada orang awam, mahasiswa atau mana-mana individu.

    SITI FAIRUZ ROHALIZA EJAHAR

    Katanya, program itu menawarkan pentas terbuka bagi mereka yang mahu melontarkan idea dan pandangan tentang kepimpinan.

    “Saya lihat banyak potensi dalam kalangan rakan-rakan sekeliling yang harus diketengahkan, terutamanya dalam aspek kepimpinan belia.

    “Saya tidak mahu belia hanya sekadar berani memberi kritikan dalam media sosial. Saya mahu mereka berani tampil dalam ruangan yang betul untuk memberikan idea serta solusi terhadap sesuatu perkara,” katanya kepada Relevan. 

    Program yang membawa motto “Real Talk, Real Ideas & Real Solutions” itu akan diadakan bermula pada pukul 11 malam 30 Mei dan diteruskan secara tanpa henti sehingga 11 pagi 1 Jun 2023.

    Bertempat di Auditorium Utama Kampus Sultan Abdul Jalil UPSI, program itu turut menghidupkan aspirasi Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff yang menekankan kepentingan melahirkan modal insan yang cemerlang di universiti.

    Siti Fairuz berharap, program tersebut akan mendapat sambutan yang baik dalam kalangan mahasiswa dan orang awam.

    Jelasnya, program tersebut merupakan usaha untuk membawa idea-idea baharu dan penyelesaian bernas dalam aspek kepimpinan belia, sekali gus membantu memacu kepimpinan negara.

    Mahasiswa dan orang awam yang berminat untuk menyertai program tersebut boleh mendaftar di sini. – RELEVAN

    Previous Article5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan
    Next Article Twitter akan benarkan panggilan suara dan video, dedah Musk

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.