Facebook Twitter
    Trending
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    • 8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026

      5 makanan buat kita susah tidur malam

      June 17, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Raya dengan selamat, 5 langkah ini cegah litar pintas

    Raya dengan selamat, 5 langkah ini cegah litar pintas

    By Zubaidah IbrahimApril 20, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MASALAH litar pintas perlu diberi perhatian agar anda sekeluarga dapat beraya dengan selamat.- GAMBAR HIASAN/RAWPIXEL.COM/FREEPIK

    DALAM keterujaan menyambut Hari Raya Aidilfitri, jangan dilupakan aspek keselamatan elektrik terutamanya berkaitan litar pintas dengan mengamalkan pelbagai langkah bagi memastikan anda sekeluarga selamat daripada perkara yang tidak diingini.

    Sehubungan itu, Pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Ir. Dr. Mohd Zainal Abidin Ab. Kadir kongsikan lima langkah pencegahan litar pintas untuk perhatian anda.

    1. Periksa soket sebelum menggunakannya

    Adakah anda tahu bahawa di belakang semua soket di rumah anda terdapat kotak dengan berbilang wayar yang dipasang? Beberapa punca litar pintas yang paling biasa dikaitkan dengan soket ialah usianya, sambungan wayar yang longgar atau pendawaian yang rosak.

    Walaupun mungkin sukar untuk mengenali isu ini disebabkannya tersembunyi di sebalik dinding anda, memeriksa soket sebelum menggunakannya merupakan langkah terbaik.

    Semasa memeriksa soket, terdapat beberapa perkara tertentu yang anda boleh cari untuk mengetahui sama ada ia mungkin berisiko menyebabkan litar pintas atau tidak.

    Jika anda dapati terdapat kesan melecur pada soket atau bau terbakar datang daripadanya, ini mungkin cukup untuk menunjukkan soket tersebut mempunyai masalah.

    Selain itu, jika ia mengeluarkan bunyi berdengung atau meletus atau mengeluarkan percikan api apabila digunakan, anda harus mengelak daripada terus menggunakannya kerana tanda ini juga menunjukkan potensi risiko.

    1. Periksa peralatan sebelum menggunakannya

    Adalah penting untuk memeriksa peralatan anda sebelum memasangkannya kepada soket. Apabila perkakas mempunyai pendawaian atau litar yang rosak, ini juga boleh menyebabkan litar pintas.

    Walaupun tiada masalah dengan soket, pemasangan perkakas yang rosak boleh merosakkan soket tersebut dan lebih teruk lagi akan menyebabkan litar pintas.

    Terdapat beberapa tanda utama kerosakan peralatan elektrik. Jika anda melihat kerosakan pada kabel, sarung (casing), kabel atau terdapat retakan pada peralatan tersebut, sebaiknya jangan gunakan.

    Anda perlu berhati-hati dengan peralatan yang memiliki litar yang terdedah dan sebaiknya membuang peralatan tersebut atau memperbaikinya secara profesional.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jangan mandi ketika kilat, pakar syorkan panduan elak panahan petir – Relevan

    1. Kurangkan penggunaan elektrik semasa ribut petir

    Percaya atau tidak, sambaran petir adalah satu lagi cara yang boleh menyebabkan litar pintas. Malah, ini adalah salah satu jenis senario litar pintas yang paling berbahaya kerana arus dan voltan yang tinggi boleh menyebabkan beberapa kerosakan yang serius.

    Malaysia sememangnya mempunyai kadar panahan petir antara yang tertinggi di dunia. Atas sebab ini, penggunaan elektrik pada tahap minimum semasa ribut petir adalah sangat disarankan. 

    Ini akan membantu anda mengelakkan litar pintas di samping mengehadkan kerosakan sekiranya lonjakan kuasa berlaku.

    1. Lakukan penyelenggaraan pada pemutus litar

    Setiap sistem elektrik rumah mempunyai perlindungan tetap terhadap litar pintas yang dikenali sebagai pemutus litar. 

    Pemutus litar ialah komponen dalam panel elektrik yang akan dimatikan apabila arus elektrik tidak stabil. Penyelenggaraan yang kerap akan memastikannya berfingsi dengan baik.

    Anda boleh melakukannya dengan memeriksa sebarang kerosakan seperti keretakan atau pemasangan yang longgar. 

    Anda juga boleh menggunakan kain kering untuk membersihkan kotoran atau kesan lain yang terdapat pada pemutus litar dan panel untuk memastikan ia sentiasa bersih.

     ARTIKEL BERKAITAN: Kanser prostat membunuh dalam setiap 45 minit – Relevan

    1. Jadualkan pemeriksaan elektrik tahunan

    Pemeriksaan elektrik tahunan mampu mengurangkan risiko litar pintas. Semasa pemeriksaan, orang kompeten boleh memeriksa sepenuhnya sistem anda untuk mengenal pasti isu yang mungkin menimbulkan potensi risiko untuk litar pintas dan masalah elektrik yang lain.

    Selepas mengenal pasti risiko sedemikian, orang kompeten boleh menawarkan khidmat nasihat untuk tindakan terbaik bagi membetulkan sebarang isu yang wujud, sekali gus, memastikan rumah anda dapat didiami dengan selamat.

    – RELEVAN

    Previous Article15 lagu raya baharu yang ada potensi jadi klasik
    Next Article Menganjak hobi jadi kerjaya: Kembara Eizuwan menjadi pencipta kandungan

    Artikel berkaitan

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026

    5 tip beli barangan kemas terpakai

    June 24, 2026
    Artikel Terkini

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.