Facebook Twitter
    Trending
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    • Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • Kenali punca mata kering
    • Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas
    • Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026

      Kenali punca mata kering

      June 2, 2026

      ‘Craving’ sesuatu? Ini petanda yang perlu diberi perhatian

      May 28, 2026

      Cara detoks badan selepas pesta makan Aidiladha

      May 27, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lima adab penting sebagai tetamu ketika beraya 

    Lima adab penting sebagai tetamu ketika beraya 

    By Umi FatehahApril 17, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SAMA-samalah kita menjaga adab ketika ziarah-menziarahi agar hubungan kita sesama manusia yang lain terpelihara. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    TEMPOH hari, seorang pengguna Twitter membuat ciapan berkaitan pesanan untuk orang yang bakal datang beraya di rumah. Menerusi ciapan itu, ramai pengguna Twitter lain berkongsikan pesanan masing-masing.

    Kebanyakan pesanan yang dikongsikan juga berkaitan dengan adab menziarahi rumah orang untuk beraya. 

    Justeru itu, Relevan himpunkan beberapa pesanan yang dikongsikan oleh pengguna di Twitter buat perhatian orang ramai sebagai peringatan untuk diri kita sendiri.

    1. Beritahu awal sebelum datang ke rumah

    Seperti bulan Ramadan yang disambut selama sebulan, Aidilfitri juga begitu. Kita sering menyebutkan kalam “raya kan sebulan” untuk terus menikmati Aidilfitri dengan meriah. 

    Walaupun Aidilfitri disambut selama sebulan, ia tidak bermakna kita boleh sesuka hati berkunjung ke rumah orang lain pada bila-bila masa. Seeloknya, beritahu awal-awal sebelum kita ingin menziarahi rumah orang lain. Mana tahu, mereka juga mungkin tidak berkelapangan kerana mahu beraya di rumah orang lain juga.

    Selain itu, tuan rumah juga perlukan masa untuk lakukan beberapa persiapan sebelum menerima tetamu seperti mengemas rumah dan menyediakan juadah. Jadi, elakkan untuk terus terjah ke rumah orang lain sesuka hati. 

    Apabila sudah berjanji mahu datang, pastikan datang. Tuan rumah sudah bertungkus lumus menyediakan juadah kerana seronok mahu menyambut tetamu. Pasti mereka kecewa sekiranya anda tidak dapat menunaikan janji.

    1. Jaga kelakuan anak-anak kecil

    Naluri semulajadi kanak-kanak ialah mahu meneroka benda baharu, bermain dan berseronok. Sesetengah kanak-kanak juga hiperaktif. Mereka tidak salah, namun ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk menjaga dan mengawal kelakuan mereka.

    Di samping ibu bapa teruja dapat menziarah rumah sanak-saudara atau kenalan, jangan terlalu leka sehingga membiarkan anak-anak melakukan perkara yang boleh menimbulkan ketidakselesaan pada tuan rumah. 

    Antara pesanan yang dikongsikan oleh pengguna Twitter adalah jangan sesuka hati masuk bilik. Ada juga yang berkongsi pengalaman televisyen di rumah terjatuh dan kucing kesayangan mereka dilayan dengan lasak. 

    Janganlah begitu, hubungan antara ibu bapa dengan tuan rumah juga boleh menjadi dingin sekiranya perkara tidak diingini berlaku.

    1. Makan kuih raya berpada-pada

    Tidak dinafikan memang kuih raya dihidangkan untuk tetamu. Tidak salah jika anda sukakan kuih tersebut dan berulang memakannya berkali-kali tetapi perlu beringat. Tuan rumah juga ada lebih ramai lagi jemputan yang akan datang menziarah.

    Selain itu, kalau makan kuih raya yang ada pembalut seperti paper cup dan sebagainya, jangan pula lepas makan kuih pembalutnya dimasukkan semula ke dalam balang atau buang merata-rata. Seeloknya, kumpul satu tempat dan minta izin untuk ke dapur bagi membuang sampah tersebut.

    Ada juga yang pesan, jangan terus menghabiskan kuih dalam balang. Sekurang-kurangnya tinggalkan satu supaya mudah untuk tuan rumah kenal pasti kuih apa yang perlu diisi semula untuk dihidangkan kepada tetamu yang seterusnya.

    1. Jangan membuka aib tuan rumah

    Masuklah rumah orang lain dalam keadaan buta dan keluarlah rumah orang dalam keadaan bisu. Apa sahaja yang anda nampak, dengar atau berlaku di rumah orang yang dikunjung, jangan pula bercerita kepada orang lain. 

    Ini juga dikira sebagai hormat menghormati sesama manusia dalam menjaga privasi. Agama Islam juga menegaskan supaya aib orang jangan sesekali dibuka. 

    Berdasarkan firman Allah SWT, orang yang mengumpat adalah sama seperti memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai).

    Rasulullah SAW juga bersabda dalam Hadis Riwayat At-Thabrani, bahawa dosa mengumpat itu lebih berat daripada dosa zina. 

    Oleh itu, jaga percakapan dan adab masing-masing. Sudah penat mengumpul pahala ketika bulan Ramadan, jangan pula kita menambah dosa dengan membuka aib orang lain.

    1. Elakkan bersembang berkaitan isu sensitiviti

    Contoh soalan yang menyentuh sensitiviti orang lain ialah berkaitan rezeki, zuriat, perkahwinan, bentuk badan dan sebagainya. 

    Selagi apa sahaja keputusan yang dilakukan oleh orang lain dalam kehidupan mereka tidak menyentuh kehidupan anda, jangan mempersoalkan atau menegur secara berlebihan.

    Sesetengah soalan yang ditanya mungkin kedengaran biasa-biasa sahaja bagi kita tetapi boleh mengguris perasaan tuan rumah tanpa kita sedar kerana kita tak tahu apa yang dilalui oleh mereka. 

    Namun begitu, setiap tahun ada sahaja diskusi berkaitan orang yang lebih berumur bertanya tentang soal jodoh dan zuriat. 

    Mungkin mereka hanya mahu bersembang sahaja, tetapi kita sebagai orang muda perlu menjawab dengan penuh rasa hormat. Meskipun tidak suka dengan soalan yang ditanya, jangan menjawab dengan biadap. 

    Contoh jawapan yang tidak mengguriskan hati sesiapa ialah “mungkin belum rezeki lagi, makcik dan pakcik doa-doakan lah ya.” 

    Di sebalik keterujaan menyambut perayaan Aidilfitri setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan, sama-samalah kita menjaga adab ketika ziarah-menziarahi agar hubungan kita sesama manusia yang lain terpelihara. – RELEVAN

    Previous ArticleJangan balik kampung beraya jika belum buat 9 perkara ini
    Next Article Hikayat lelaki miang dan perempuan penyondol 

    Artikel berkaitan

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026

    Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

    June 3, 2026

    Kenali punca mata kering

    June 2, 2026
    Artikel Terkini

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026

    Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

    June 4, 2026

    Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

    June 3, 2026

    Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

    June 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.