Facebook Twitter
    Trending
    • Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya
    • 3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka
    • Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026

      3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

      March 19, 2026

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 penjelasan tentang pinjaman KWSP

    10 penjelasan tentang pinjaman KWSP

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 5, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    INISIATIF FSA2 yang membolehkan ahli KWSP membuat pinjaman menggunakan caruman dalam Akaun 2 merupakan alternatif kepada pengeluaran simpanan yang telah dilaksanakan beberapa kali sebelum ini. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    BERMULA 7 April ini, ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memenuhi syarat boleh memohon inisiatif pembiayaan peribadi yang dikenali sebagai Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP. 

    FSA2 merupakan kemudahan untuk membantu ahli KWSP memohon pembiayaan peribadi dengan jumlah maksimum RM50,000 menggunakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

    Inisiatif ini merupakan alternatif kepada pengeluaran simpanan KWSP yang telah dilaksanakan beberapa kali sebelum ini. 

    Berikut Relevan senaraikan kepada anda maklumat-maklumat penting berkenaan inisiatif tersebut. Harapnya dengan maklumat-maklumat ini, anda dapat membuat keputusan yang lebih baik berkenaan perkara ini.

    Bayar setiap bulan atau tidak?

    Menurut sumber KWSP yang dihubungi Relevan, peminjam FSA2 tetap perlu membayar ansuran pinjaman secara bulanan seperti biasa.

    Cuma, jelas sumber tersebut, kelebihan FSA2 berbanding pembiayaan peribadi lain ialah kadar faedahnya yang lebih kompetitif dan sokongan daripada Akaun 2 KWSP pencarum.

    ARTIKEL BERKAITAN: Syarat dan cara memohon pinjaman KWSP 

    “Permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun adalah untuk memberikan keyakinan kepada pihak bank.

    “Untuk Fasa 1, tempohnya hanya 10 tahun. Selepas tamat 10 tahun, pencarum boleh gunakan wang dalam Akaun 2 untuk bayar tunggakan yang ada. Bukan untuk bayar keseluruhan pinjaman, cuma tunggakan,” katanya kepada Relevan.

    Namun, perincian yang lebih jelas akan diberikan pihak bank yang terlibat, iaitu MBSB Bank dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Mereka dijangka membuat pengumuman tersebut sebelum 7 April.

    Tidakkah fasiliti ini melanggar Akta KWSP 1991?

    Seksyen 51 Akta KWSP 1991 menetapkan bahawa caruman ahli tidak boleh “… diserahhakkan, dipindahkan, kena ditahan, disekuesterkan, dilevikan ke atasnya, bagi, atau berkenaan dengan, apa-apa hutang atau tuntutan apa jua pun…”.

    Menurut KWSP, Pengeluaran Bersyarat 50 Tahun atau 55 Tahun menggunakan Akaun 2 adalah tidak melanggar seksyen tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: Selesaikan hutang 10 tahun sebelum bersara 

    Ini kerana jumlah simpanan tersebut hanya dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur kelayakan bagi pengeluaran 50 tahun atau 55 tahun berdasarkan pengeluaran sedia ada yang dibenarkan di bawah Akta KWSP 1991.

    “Untuk tempoh selama mana ahli tersebut belum mencapai umur kelayakan bagi pengeluaran 50 tahun atau 55 tahun, simpanan KWSP ahli tidak akan dipindahkan kepada institusi perbankan tersebut.

    “Fasiliti ini bukan merupakan satu cagaran atau serah hak kepada pihak institusi perbankan,” kata KWSP.

    Ada berapa fasa?

    FSA2 akan dilaksanakan dalam dua fasa, yang mana fasa pertama dibuka kepada ahli berumur 40 tahun ke atas.

    Ini kerana tempoh maksimum pembiayaan peribadi di bawah fasiliti ini adalah 10 tahun. Bagi melayakkan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun dibuat, hanya ahli berumur 40 tahun ke atas yang boleh menyertai FSA2 buat masa ini.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 tip hidup bebas hutang 

    Sebagai contoh, jika ahli memohon fasiliti itu pada umur 40 tahun, pembiayaan peribadi tersebut akan matang apabila ahli berumur 50 tahun. Dengan itu, ahli boleh membuat pengeluaran bersyarat pada umur 50 tahun.

    Fasa kedua pula akan dibuka kepada ahli di bawah umur 40 tahun setelah semua perkara berkaitan terma dan syarat berkaitan pembiayaan peribadi tersebut dimuktamadkan oleh semua pihak terlibat.

    Mengapa dibuka selama satu tahun?

    FSA2 hanya dibuka untuk satu tahun dan permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja bagi mengelakkan kebergantungan penuh kepada simpanan KWSP untuk membayar dan menyelesaikan hutang. 

    Menurut KWSP, kebergantungan penuh itu akan menjejaskan simpanan ahli.

    Apa yang terjadi apabila permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan?

    Jika permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun diluluskan, jumlah tersebut berserta dividen terkumpul akan dibayar kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur pilihan pengeluaran sama ada 50 atau 55 tahun.

    Ahli juga masih boleh membuat pengeluaran prapersaraan lain, tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2 selepas ditolak jumlah Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun.

    Jika sudah buat Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun, masih boleh buat Pengeluaran Umur 50 tahun yang asal?

    Ahli juga boleh memohon Pengeluaran Umur 50 Tahun apabila telah mencapai umur 50 tahun. Namun, ia tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun 2.

    Apa ciri-ciri produk pembiayaan peribadi yang ditawarkan institusi perbankan?

    Ciri-ciri produk yang ditawarkan oleh institusi perbankan adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan yang mengambil bahagian.

    ARTIKEL BERKAITAN: 7 amalan bertanggungjawab apabila berhutang 

    Menurut KWSP, pihaknya tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa implikasi kewangan dan tindakan yang diambil oleh institusi perbankan ke atas ahli, termasuklah disenarai hitam di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) berikutan kegagalan membayar ansuran pembiayaan tersebut. 

    Adakah permohonan Pengeluaran Bersyarat Umur 50 Tahun atau 55 Tahun boleh dibatalkan?

    Ahli tidak boleh membatalkan permohonan awal pengeluaran bersyarat setelah diluluskan oleh KWSP. Sebaliknya, permohonan hanya terbatal dalam keadaan seperti berikut:

    • Ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur pilihan pengeluaran yang dinyatakan dalam permohonan awal pengeluaran bersyarat.
    • Ahli telah menyelesaikan sepenuhnya pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan. Ahli atau pihak institusi perbankan perlu memaklumkan KWSP mengenai penyelesaian pembiayaan peribadi tersebut.

    Bagaimana dengan ahli yang meninggal dunia sebelum mencapai umur 50 atau 55 tahun?

    Bagi ahli yang meninggal dunia sebelum mencapai umur pilihan pengeluaran yang dinyatakan dalam permohonan awal pengeluaran bersyarat, permohonannya akan terbatal. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Hutang baik dan hutang buruk: Apa yang anda perlu tahu?  

    Semua simpanan ahli yang meninggal dunia akan diagihkan kepada waris atau penama mengikut polisi Pengeluaran Kematian dan Penamaan sedia ada.

    Jika ahli buat penyelesaian awal pembiayaan dengan institusi perbankan sebelum mencapai umur 50 atau 55 tahun, apa yang perlu dilakukan?

    Jika ahli telah membuat penyelesaian awal pembiayaan peribadi dengan institusi perbankan sebelum mencapai mana-mana umur pilihan, mereka perlu memaklumkan KWSP melalui institusi perbankan.

    Sekiranya KWSP tidak menerima sebarang makluman, amaun pengeluaran awal berserta dividen terkumpul akan dibayar secara automatik ke akaun pembiayaan ahli pada umur pilihan pengeluaran bersyarat. – RELEVAN

    Previous ArticleBagaimana gegaran gempa bumi di Indonesia dirasai di Malaysia? 
    Next Article Diplomasi panda: Seekor duta yang kerjanya makan, tidur dan berguling sepanjang hari

    Artikel berkaitan

    Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

    March 19, 2026

    3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

    March 19, 2026

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026
    Artikel Terkini

    Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

    March 19, 2026

    3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

    March 19, 2026

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.