Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bagaimana gegaran gempa bumi di Indonesia dirasai di Malaysia? 

    Bagaimana gegaran gempa bumi di Indonesia dirasai di Malaysia? 

    By Umi FatehahApril 5, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bagaimana gegaran gempa bumi di Indonesia dirasai di Malaysia? - GAMBAR HIASAN SARAH CREGO/UNSPLASH

    BARU-BARU ini, ramai rakyat Malaysia kongsikan notifikasi gempa bumi yang dihantar oleh Google Maps. 

    Rata-rata menyatakan mereka agak terkejut dengan notifikasi yang dihantar dengan bunyi yang kuat dan sedikit sebanyak menimbulkan kegusaran. 

    Notifikasi gempa bumi yang dihantar oleh Google Maps.

    Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET), berlaku gempa bumi di Utara Sumatera, Indonesia kira-kira jam 10:59 malam, 3 April lalu.

    Laporan itu menjelaskan gegaran gempa bumi yang berlaku di Indonesia mungkin turut dirasai di sekitar Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

    Namun, dalam kenyataan tersebut MET menjelaskan bahawa ekoran daripada gegeran itu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

    Bagaimana gempa bumi yang terjadi di negara jiran turut dirasai di beberapa kawasan di Malaysia?

    Bagi menjawab pertanyaan tersebut, Institut Geologi Malaysia (IGM) berkata, lebih banyak kerjasama dalam penyelidikan antara Indonesia dan Malaysia diperlukan untuk memahami bagaimana gempa bumi Indonesia akan menjejaskan Malaysia.

    Pengarah Pusat Geoengineering Tropika Universiti Teknologi Malaysia, Profesor Dr. Edy Tonnizam Mohamad berkata, Malaysia mungkin mengalami gegaran apabila plat Sunda yang terletak di bahagian atas berlanggar dengan plat Laut Filipina berdekatan Sabah atau Plat Indo-Australia di barat.

    NOTA: Plat yang dimaksudkan merujuk kepada dalam geologi, teori bahawa litosfera bumi (kerak dan mantel atas) dibahagikan kepada beberapa bahagian besar seperti plat yang bergerak sebagai jisim yang berbeza.

    Penyelidik telah memetakan kebanyakan zon sesar berpotensi di Malaysia dan mengkaji potensi kereaktifannya.

    “Sifat gempa bumi di Malaysia berbeza dengan Indonesia kerana Indonesia terletak berhampiran zon subduksi,” katanya.

    NOTA: Zon subduksi ialah tempat di mana dua plat tektonik planet bertembung. Proses tektonik ini boleh menghasilkan beberapa gempa bumi, tsunami dan gunung berapi yang paling kuat di bumi.

    Zon sesar berpotensi di Malaysia. – GAMBAR OLEH DOUST AND SUMNER

    “Apa yang boleh diperbaiki ialah pemahaman kita tentang bagaimana corak subduksi serantau, seperti yang berlaku di Indonesia, mempengaruhi garis sesar negara kita,” katanya kepada Relevan.

    Edy Tonnizam berkata, terdapat tujuh garisan sesar utama di Semenanjung Malaysia iaitu Sesar Bok Bak, Sesar Lebir, Sesar Terengganu, Sesar Bukit Tinggi, Sesar Kuala Lumpur, Sesar Lepar dan Sesar Mersing.

    Tambah beliau, zon sesar adalah pecahan antara plat, sama seperti sendi badan kita.

    “Zon sesar ini seperti ‘sendi’, di mana pergerakan lebih mudah berlaku berbanding bahagian badan lain yang lebih kukuh dan tegap.

    “Secara amnya, garisan sesar di Semenanjung Malaysia adalah stabil, tetapi terdapat gegaran berskala rendah hingga sederhana telah direkodkan di beberapa lokasi,” ujarnya.

    Ujarnya lagi, gegaran pernah direkodkan di kawasan seperti Kuala Lumpur, Bukit Tinggi, Jerantut dan Baling sejak sedekad lalu, walaupun ia tidak melebihi 4.0 pada skala Richter.

    Di Lahad Datu, Sabah mengalami gempa bumi 6.2 magnitud pada 1976 manakala gempa bumi 5.9 magnitud melanda Ranau pada 2015 yang menyebabkan 18 kematian.

    Faktor gegaran gempa bumi dirasai di Malaysia

    Jurucakap Institut Geologi Malaysia memberitahu, gempa bumi yang dirasai di Malaysia adalah berpunca daripada dua faktor.

    Satu dikenali sebagai gempa bumi jauh, timbul daripada gempa bumi yang berasal daripada Sumatera atau Filipina.

    Faktor kedua, gempa bumi adalah sumber tempatan, iaitu gegaran yang dirasai di Empangan Kenyir atau di bahagian tengah atau timur Sabah.

    Beliau bagaimanapun menafikan tanggapan bahawa garis sesar di semenanjung akan diaktifkan semula dan menyebabkan Malaysia berisiko mengalami gegaran berskala besar.

    “Pada masa ini tiada bukti menunjukkan akan berlaku pengaktifan semula talian sesar di Semenanjung Malaysia.

    “Di Sabah, terdapat zon sesar aktif di kawasan Ranau dan Lahad Datu dan ini juga sedang dipantau oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia serta Jabatan Meteorologi Malaysia,” jelasnya.

    Beliau menambah bahawa langkah aktif sedang diambil oleh pihak berkuasa untuk bersiap sedia menghadapi gempa bumi.

    Sekadar panduan, sekiranya Malaysia mengalami gempa bumi yang kuat ambil langkah keselamatan yang dikongsikan oleh METMalaysia seperti berikut.

    Langkah keselamatan semasa gempa bumi. – METMALAYSIA

    – RELEVAN

    Previous ArticleBagaimana racun ikan buntal ‘membunuh’? Ini fakta mengenainya
    Next Article 10 penjelasan tentang pinjaman KWSP

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.