Facebook Twitter
    Trending
    • Tahi mata sebagai pelindung mata senyap
    • Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat
    • Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini
    • Senjata baru penipu siber bernama AI
    • Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16
    • Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini
    • Usah kecewa, cuba lagi tahun mendatang
    • 7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025
    • Kewangan

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025

      5 kos tersembunyi selepas bersara di Malaysia

      December 16, 2025

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025
    • Pendidikan

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025
    • Kerjaya

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perempuan di dapur, lelaki goyang kaki: sampai bila Ramadan kita begini?

    Perempuan di dapur, lelaki goyang kaki: sampai bila Ramadan kita begini?

    By Umi FatehahMarch 30, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SETELAH seharian menahan lapar dan dahaga di bulan Ramadan, kita pasti akan tertunggu-tunggu azan Maghrib berkumandang untuk menikmati juadah berbuka puasa. 

    Namun begitu, perasan atau tidak, kebiasaannya kaum perempuan sahaja yang bertungkus lumus melakukan persiapan untuk berbuka puasa. Begitu juga dengan waktu sahur, mereka juga yang perlu bangun lebih awal daripada ahli keluarga yang lain untuk menyiapkan juadah bersahur. 

    Bermula daripada membeli bahan masakan, memasak, menghidang dan membasuh pinggan, kebanyakannya ibu atau adik beradik perempuan sahaja yang buat.

    Ramai antara kita yang berasa lesu dan kurang bermaya kerana berpuasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. Ada juga yang hanya tidur seharian akibat terlalu lesu. 

    Tetapi, jangan jadikan letih berpuasa sebagai alasan untuk tidak dapat membantu ibu dan adik beradik perempuan di dapur, mereka juga berpuasa.

    Di media sosial khususnya di Twitter, ramai anak-anak perempuan yang meluahkan rasa tidak puas hati atas perkara ini. Betullah, mana adil semua mahu makan sedap-sedap tetapi perempuan sahaja yang memasak bukan?

    ANTARA keluhan sebagai anak perempuan di Twitter.

    Ganjaran mewah

    Menurut Setiausaha Kehormat Panel Undang-Undang, Majlis Dakwah Negara, Dr. Nurul Haq Shahrir, dalam Islam, urusan kerja rumah seperti memasak dan sebagainya bukanlah kewajipan isteri tetapi ia dilakukan atas dasar sukarela dan mengikut budi bicara.

    Tidak dinafikan, kaum perempuan mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali ganda nilainya. 

    Jelas Nurul Haq, Rasulullah SAW berkata sebanyak mana ahli keluarga yang makan masakan yang dimasak, kesemua pahala puasa itu akan diberikan kepada kaum perempuan yang menyediakan makanan. 

    Meskipun ganjaran pahala yang ibu dan isteri akan dapat itu mewah, jangan pula jadikan ia sebagai alasan untuk anda sebagai kaum lelaki tidak tolong memasak. 

    Dalam keadaan lain, ada ibu-ibu yang memang mengharapkan dan menyuruh anak-anak perempuan sahaja yang masuk dapur.

    Stereotaip berzaman

    Reniya Naji mencatat pengalamannya di Vice. Penulis dari India itu merenung jauh ke zaman kanak-kanaknya untuk sedar tentang ketidakadilan ini. 

    “Yang sedihnya, saya hanya perasan kerja berat yang ditanggung ibu selepas saya sendiri perlu buat kerja sama.

    “Ketika saya, seorang perempuan, menginjak dewasa, beberapa tanggungjawab dan jangkaan (untuk menyediakan juadah) berbuka mula diturunkan kepada saya. Namun, tidak adik-beradik lelaki saya,” tulisnya.

    Reniya mewarisi hanya sebahagian daripada kerja dapur yang telah berpuluh tahun dilakukan ibunya tetapi itu sudah cukup untuk buat hatinya menjerit.

    Jeritan hati itu membawa kepada konfrontasi. Reniya bertanya pada ibunya, mengapa adik-beradik lelaki tak perlu buat kerja dapur?

    Ini soalan retorik: Reniya sudah tahu jawapannya tapi dia mahu alasan itu keluar dari mulut ibunya sendiri. Selepas beberapa ketika, ia berhasil.

    “Itu memang kerja perempuan,” kata ibunya; mengeluh.

    Reniya tidak terkejut, malah tidak juga lega. Yang keluar dari mulut ibunya itu ialah manifestasi patriarki terbatin (internalised patriarchy) yang berpuluh, kalau tidak beratus, tahun lamanya.

    Putuskan tradisi

    Ini adalah beban yang digalas wanita sepanjang Ramadan. Berjam-jam masa dan tenaga dihabiskan untuk memasak, tanpa sesiapa yang menghulurkan bantuan. Malah, sering kali terpaksa berdepan dengan kritikan terhadap masakan yang hanya melemahkan lagi semangat.

    Bulan yang sepatutnya membawa kegembiraan dan kebahagiaan, malangnya, hanya memberi keletihan, burnout dan kesihatan mental yang terjejas bagi ramai wanita.

    Meskipun wujud mentaliti kaum wanita perlu duduk di dapur, ia tidak bermakna kita perlu mematuhinya dan mewariskannya kepada generasi akan datang. 

    Sudah tiba masanya untuk kita hentikan perkara yang hanya menguntungkan sesetengah pihak sahaja sementara pihak yang lain terseksa. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025

    Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

    December 17, 2025
    Artikel Terkini

    Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

    December 19, 2025

    Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

    December 19, 2025

    Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

    December 18, 2025

    Senjata baru penipu siber bernama AI

    December 18, 2025

    Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

    December 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.