Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

    Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran

    By Umi FatehahMarch 16, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tidak dibenarkan surcaj tambahan di premis perniagaan, BNM beri amaran. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    TIDAK lama lagi Ramadan bakal tiba, pasti ramai yang sudah mula merancang menu dan membeli barangan keperluan dapur untuk juadah berbuka puasa bersama keluarga. 

    Seperti yang kita tahu, kini urusan pembelian sudah tidak lagi bergantung pada wang tunai semata-mata. Kita bebas memilih untuk melakukan bayaran melalui kad debit, kad kredit atau imbasan kod Quick Response (QR). 

    Jika telefon pintar yang dimiliki mempunyai kemudahan transmisi Near Field Communication (NFC), anda juga boleh melakukan pembayaran menggunakan Samsung Pay dan Apple Pay. 

    Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kedai yang mengenakan syarat seperti hanya menerima bayaran kad jika anda berbelanja melebihi jumlah tertentu. 

    Terdapat juga premis perniagaan yang mengenakan bayaran dua hingga tiga peratus bagi transaksi menggunakan kad kredit. 

    Mengimbas kembali laporan yang dikongsikan oleh The Edge Malaysia, Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi amaran kepada semua premis perniagaan bahawa mereka tidak dibenarkan mengenakan surcaj tambahan.

    Mereka juga tidak boleh meletakkan syarat perlu berbelanja melebihi jumlah tertentu untuk pembayaran melalui kad kredit atau debit.

    Oleh kerana kenyataan dikeluarkan pada tahun 2018, mungkin ada di antara peniaga atau pengurus perniagaan terlupa atau terlepas pandang amaran ini. 

    Justeru itu, diharapkan selepas ini para peniaga atau premis perniagaan tidak lagi mengenakan bayaran dan syarat yang disebutkan di atas. 

    BNM juga menggesa pengguna untuk memfailkan aduan kepada pihak saudagar pemeroleh (merchant acquirer) atau badan yang menyediakan kemudahan penerimaan kad pembayaran kepada peruncit. 

    Sehubungan itu, Relevan kongsikan cara memfailkan aduan menurut panduan yang diberikan oleh BNM.

    1. Sebelum memfailkan aduan, anda perlu menyediakan dokumen peribadi seperti nama penuh, nombor kad pengenalan dan nombor telefon.
    2. Pastikan anda tahu nama dan alamat premis perniagaan yang mengenakan syarat minimum untuk pembayaran melalui kad kredit atau debit dan yang mengenakan surcaj.
    3. Kenal pasti nama pemeroleh pedagang atau badan yang menyediakan terminal pembayaran. Ia boleh didapati di bahagian atas slip transaksi kad pembayaran atau terminal kad pembayaran.

      TELITI di bahagian atas slip transaksi kad pembayaran atau terminal kad pembayaran. – BNM
      BNM

      4. Anda juga perlu menampilkan bukti bahawa peniaga mengenakan surcaj atau jumlah pembelian minimum. 

      Sebagai contoh, resit transaksi dengan jumlah surcaj atau notis yang dipaparkan di kedai peruncit.

      CONTOH bukti peniaga mengenakan surcaj atau jumlah pembelian minimum. – GAMBAR HIASAN OLEH ASKLEGAL

      5. Sebaik sahaja sudah mempunyai maklumat premis tersebut, anda boleh rujuk kepada BNMTeleLink dan menyerahkan borang aduan.

      Pada bahagian institusi, pastikan anda isikan nama saudagar pemeroleh atau badan yang menyediakan terminal pembayaran di premis berkenaan.

      Namun, perlu diingatkan bahawa walaupun aduan sudah dilakukan, ia tidak menjamin bahawa anda akan menerima bayaran semula untuk surcaj tambahan kad. 

      Walau bagaimanapun, saudagar pemeroleh atau badan yang telah menerima aduan rasmi perlu mengambil tindakan untuk menangani isu surcaj tambahan dan jumlah pembelian minimum. – RELEVAN

    Previous Article10 tanda manusia narsistik, lari sebelum terlambat
    Next Article Pesakit jantung boleh berpuasa?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.