KES jangkitan harian Covid-19 dilaporkan sebanyak 188 kes semalam berbanding 164 kelmarin.
Menurut data laman web KKMNOW, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 5,043,978 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 181 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,997,801 kes.
Semalam juga dilaporkan sifar kes kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian Covid-19 setakat semalam sebanyak 36,966 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,876 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 9,211 kes dengan 8,884 kes atau 96.4 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 325 kes atau 3.5% pesakit dirawat di hospital, dua kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan sifar kes atau 0% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN